May 29, 2011

gua, rebel dan dead pixel

Canon 1000D / Rebel XS

selain menjadi facebooker, twitterer dan blogger, gua juga adalah seorang fotografer runcit runcit. kenapa runcit runcit? sebabnya gua selalu buat kerja amal tangkap gambar orang kahwin tanpa mengenakan sebarang bayaran. kadang kadang siap ada sesi outdoor sampai ke maghrib menangkap gambar pengantin. cuma bila ada pengantin yang hulur duit tanda terima kasih, gua terus sambar takde cakap banyak. orang kabor rezeki jangan ditolak, musuh mesti dicari lebih lebih lagi jika mereka adalah ahli umno!

masalahnya selepas hampir dua tahun, kamera canon dslr beginner model yang terkenal dengan panggilan 'seribudi' kesayangan gua ni dah mula buat hal. ini bukan hal kecik, hal hal macam ni boleh menyebabkan kamera gua tiba tiba muncul di mudah.my tak lama lagi.

masalah pertama, gua dah nampak tanda tanda dead pixel. ini adalah bala. nak edit gambar pun jadi tak sedap bila nampak ada bintik bintik halus pixel mati. dan masalah kedua, autofocus pulak jahanam. this is disaster! tapi mujur gua masih boleh beraksi dengan setting manual fokus. tapi leceh la sebab agak sukar nak tangkap gambar gambar candid. dah nama pun candid, kena la cepat. masalahnya manual fokus ni slow sikit.

gua down. dah la minggu depan gua dah janji nak tangkap gambar member kahwin. siap outdoor dekat air terjun katanya. haih.

akan bersambung...

No comments: