May 6, 2011

HARI KEMARAHAN RAKYAT [gambar dari masjid negara]

Polis halang Saf Anti Fitnah masuk ke pjbt JAWI.

Cikgu Azmi TERAS sedang berucap. Akan serah memo kepada Raja2 Melayu tolak politik fitnah.

Rozan di Pelancaran Hari Kemarahan Rakyat di Masjid Negara.

Hancur Utusan. Hancur TV3! - Jonah

Di hdpn bgunan TV AlHijrah. Kemarahan rakyat ada hadnya. Imej Msia teruk di mata dunia - Azmi TERAS
Kredit gambar : Sidiqin Omar


300 berdemo di Masjid Negara, sebelum ke Jawi untuk tolak fitnah

KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 peserta Gerakan Saf Tolak Fitnah (Saf) berkumpul secara aman di perkarangan Masjid Negara, dalam demonstrasi ‘Hari Kemarahan Rakyat’ selesai solat Jumaat sebentar tadi.

Mereka melaungkan slogan ‘tolak fitnah’, selain dilihat turut mengoyakkan akhbar propaganda milik Umno, Utusan Malaysia.

Perserta berkenaan kemudian berjalan menuju bangunan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang terletak berhampiran Masjid Negara.

Program itu anjuran Saf Anti Fitnah (SAF) yang menggabungkan badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Teras, Sekratariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Muafakat Perubuhan Islam Kedah (Wehdah), Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jama’iy) dan Insititut Penyelidikan dan Pengembangan Syariat.

Penganjuran perhimpunan itu turut mendapat kerjasama dengan Gabungan Pemuda Pakatan Rakyat Anti Politik Lucah/Fitnah (Maruah)

Kira-kira 10 wakil dari yang terdiri antaranya Timbalan Ketua AMK, Khairul Anwar Zainuddin, Presiden Teras, Azmi Abdul Hamid, Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohd Nazri Yunus, Timbalan Ketua Penerangan AMK Pusat, Rozan Azen Mat Rasip, masuk ke Pejabat JAWI.

Turut hadir bekas imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus.

Mereka menyerahkan memorandum kepada Pengarah Jawi sebagai membantah tindakan yang dilakukan Trio Datuk T, melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul Jumaat lalu.

Mereka turut menuntut supaya Jawi mengambil tindakan qazaf terhadap trio berkenaan yang melakukan fitnah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, kira-kira 50 hingga 60 anggota polis beruniform, dilihat berada di sekitar perkarangan masjid.

Mereka merampas sepanduk dan mengarahkan supaya kain rentang yang dipasang peserta terbabit diturunkan. Pihak polis juga tidak membenarkan pembesar suara digunakan dalam demonstrasi berkenaan.

Bagaimanapun, tidak ada sebarang tangkapan dibuat pihak polis.

- KeadilanDaily

No comments: