May 23, 2011

tanda tanda makin jelas - RON95 akan naik minggu ini!

sumber : bernama sebentar tadi

kah kah kah! tak nampak lagi? tak nampak permainan perkataan 'rasionalisasi subsidi' dan 'penyelarasan harga'? kah kah kah! kenapa tak gunakan perkataan 'naikkan' harga minyak je? kan senang...

tapi kenapa minggu ni? kenapa tak bulan depan? kenapa tak lepas raya? kah kah kah! matematiknya mudah. minyak nak naik minggu ni sebab minggu depan dah mula cuti sekolah. bila cuti sekolah ramai family akan keluar bawa anak berjalan jalan. ramai cikgu cikgu akan keluar makan angin. yang mengajar di pedalaman time ni la nak balas dendam pusing ibu kota.

cuti sekolah juga adalah musim orang kahwin. bila orang kahwin dah tentulah berderet deret umat kereta datang nak join kenduri. dah tentu juga rombongan keluarga pengantin berduyun duyun datang dari entah mana mana untuk memeriahkan majlis. kah kah kah! ini semua peluang kerajaan buat untung besar!

itu scene standard di semenanjung setiap kali cuti sekolah. kalau di sabah, pesta keamatan pun minggu depan juga. dua hari kemudian, sambutan hari dayak si sarawak pula. peh. memang berbaloi baloi la kalau minyak naik minggu ni. kah kah kah!

notasemut : tahukah anda maksud pukul keliling?

1 comment:

Anonymous said...

bodoh pnye kerajaan yg memerintah.. kalah la dl pru nie.. bodoh tahap gaban