May 11, 2011

teksi baru untuk new york, teksi buruk untuk kuala lumpur

Nissan Motor Japan telah memenangi kontrak untuk menyediakan teksi kuning generasi baru New York.

Perjanjian itu, yang dianggarkan bernilai $ 1 bilion diumumkan oleh Mayor Michael Bloomberg.

Rekaan asal adalah dari model minivan Nissan NV200.

Van tersebut, yang menewaskan pengeluar kereta Ford Motor US dan Karsan Otomotiv Turki mendapat kontrak 10 tahun, secara berperingkat mulai tahun 2013.

Michael Bloomberg mengatakan bentuk kotak NV200 Nissan sesuai bagi pergerakan sekitar kota, dan cat kuning akan memberikan sentuhan ikon New York.

Kenderaan ini mempunyai tingkap bumbung untuk menawarkan pemandangan pencakar langit di bandar, dan pelbagai kelengkapan lain.

"Untuk pertama kalinya, kita akan mempunyai teksi yang bukan 'dari rak', tetapi disesuaikan dengan keperluan setiap pemilik, pemandu dan penumpang dari bandar kami," kata David Yassky (Taxi and Limousine Commissioner).

"Orang-orang akan jatuh cinta dengan teksi ini sebaik sahaja mereka masuk ke dalamnya. Ia akan mewakili New York City dengan baik."

Kenderaan ini juga akan dilengkapi navigasi satelit, sehingga penumpang yang meninggalkan koridor utama Manhattan tidak perlu risau dengan pemandu yang tidak tahu jalan sekitar.

Nissan adalah yang paling jimat bahan bakar dan yang paling murah dari tiga finalis, iaitu sekitar $ 29,000 bagi setiap kenderaan.

Sebahagian besar teksi yang digunakan sekarang, Ford Crown Victoria, sebuah kereta yang hanya melakukan sekitar 12 batu pada setiap galon, berbanding dengan 25 batu pada setiap galon untuk NV200 Nissan.

13,000 teksi New York berwarna kuning mengangkut sekitar 600,000 penumpang sehari, dan hanya kenderaan ini dibenarkan untuk mengambil penumpang dari tepi jalan.

NV200, yang akan dibina di kilang Nissan di Mexico, adalah yang pertama yang direka khusus untuk digunakan sebagai teksi New York City.

Sumber : BBC

* * * * * * *

buruk bodoh jijik hina penipu. sebijik macam umno

KAH KAH KAH! KAH KAH KAH!

2 comments:

Anonymous said...

kalau atok,bapak,abg anda yang bawak teksi sanggup ke anda cakap 'sebiji macam umno'...

sEmut said...

sanggup.. member gua pun bawak teksi dan dia pun selalu kutuk teksi teksi lain juga. apa ada hal?

benda ni gua cakap secara general tentang mutu perkhidmatan teksi di malaysia.

otak tu jangan la sempit sangat dol.

huarghh.. bosan layan spesis tak-terbuka ni