May 9, 2011

tutorial for blogger : linkwithin or nrelate?

rasanya semua orang tau apa itu linkwithin. ala, benda petak petak kecik (thumbnail) dekat bawah entri yang link pada post post yang lama. gua pun pernah pakai linkwithin ni. cuma bila gua dah padam sesetengah post, linkwithin still rujuk pada post tersebut. dan bila orang klik, dia akan dibawa ke entri yang sudah tak wujud. padan muka semua.


gua jadi tak puas hati. bila gua tak puas hati, gua mengadu pada google. dan macam biasa, google tak pernah mengecewakan gua. rupa rupanya ada pilihan lain untuk pakai sejenis widget yang seakan linkwithin, tapi dinamakan nrelate. benda ni mungkin dah lama ada, tapi gua yang tak tahu. bila ada masalah dengan widget lama, barulah gua tau kewujudan widget baru ni. berikut adalah contoh nrelate.


amacam? nampak lagi stail bukan? jadi tanpa membuang masa gua terus install nrelate pada blog semut ni. hasilnya? tengok di bawah post ni. kalau takde tu maknanya nrelate buat hal! cuma proses installnya agak rumit dan tak semudah linkwithin. tapi hasilnya macam ginih! kelebihannya yang gua suka ialah kita boleh set size thumbnail dan boleh letak berapa banyak link yang kita suka. tapi kalau banyak sangat linknya jadi tak senonoh pulak ye dak? entahlah. terpulang pada taste masing masing

notasemut : tutorial gua ni tak macam tutorial sebenarnya. sebabnya gua malas nak tunjuk proses dari a-z. gua banyak kerja. yang penting gua dah bagi jalan, yang lain pandai pandai la explore sendiri. cubalah!


No comments: