May 12, 2011

VAKSIN AIDS DITEMUI ?

Sejenis vaksin eksperimen telah membantu monyet dengan satu bentuk kawalan jangkitan virus AIDS selama lebih dari satu tahun, membayangkan vaksin itu mungkin juga boleh digunakan untuk manusia, kata penyelidik AS.

Vaksin tersebut bekerjasama dengan sistem kekebalan tubuh dan dengan cepat menyerang virus HIV ketika pertama kali memasuki tubuh, suatu titik di mana virus dalam keadaan paling terdedah, penyelidik AS mengatakan dalam sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature pada Rabu.

Doktor Louis Picker dari Oregon National Primate Research Center mengatakan tidak mustahil untuk memiliki vaksin yang sedia untuk diuji pada manusia dalam masa tiga tahun.

"Kami rasa ia mempunyai kemungkinan dapat mengawal penuh perkembangan virus atau membersihkan virus," kata Picker.

Ujian vaksin dengan virus versi primate yang disebut simian immunodeficiency virus menunjukkan lebih dari setengah mampu mencegah virus dari replikasi sehingga bahkan ujian paling sensitif tidak dapat mengesan adanya jejak virus.

Setakat ini, sebahagian besar daripada monyet yang divaksinasi telah berjaya mempertahankan kawalan terhadap virus selama lebih dari satu tahun, dan secara berperingkat kehilangan tanda-tanda bahawa mereka pernah dijangkiti.

Picker dan rakan menggunakan virus relatif tidak berbahaya disebut cytomegalovirus (CMV) sebagai sistem pengangkut untuk membawa vaksin eksperimen ke dalam tubuh.

Human immunodeficiency virus (HIV) yang menyebabkan AIDS telah menjangkiti 33.3 juta orang di seluruh dunia, menurut agensi PBB UNAIDS.

Ia telah membunuh lebih daripada 25 juta orang.

Sumber : Al-Jazeera

No comments: