Jun 30, 2011

melayu dan ayam [awas entri berdarah]


Dua pejabat Umno bahagian - Cheras dan Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur - telah disimbah dengan cat kuning dan dilempar dengan beberapa ekor ayam mati.

Dalam blog Umnobahagiancheras.blogpsot, ketua bahagiannya Datuk Syed Ali Al-Habshee dipetik berkata kejadian tersebut disedari kakitangan pejabat itu pada jam 8 pagi tadi.

Menurutnya, beliau kesal dengan kejadian tersebut dan mendakwa perbuatan "jahat" itu berunsur provokasi menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

Dalam blog itu juga, Syed Ali mendakwa tujuan membaling ayam dan menyimbah cat untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu dan seterusnya akan berlaku pertelingkahan antara kaum khususnya di Kuala Lumpur.

Sehubungan itu, Syed Ali menasihatkan supaya ahli akar umbi tidak melatah kerana perbuatan tersebut bertujuan merosakkan perpaduan kaum dan menjejaskan keamanan negara. - malaysiakini

* * * * * * *

KETUA UMNO BAHAGIAN CHERAS, DATUK WIRA SYED ALI ALHABSHEE AMAT KESAL DENGAN KEJADIAN MENYIMBAH CAT ‘KUNING’ KE BANGUNAN PEJABAT UMNO DAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN CHERAS, TERMASUK MEMBALING EMPAT EKOR AYAM YANG TELAH DISEMBELIH. - blog umno cheras

* * * * * * *

perhatikan betul betul ayat Syed Ali mendakwa tujuan membaling ayam dan menyimbah cat untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu dan seterusnya akan berlaku pertelingkahan antara kaum khususnya di Kuala Lumpur. mana dia tau tujuan si bangang yang nak baling ayam dan simbah cat tu? dia ada deria ke enam macam gua ke? ke..sendiri baling sendiri lepas tu baru cipta tujuan? kah kah kah!

apa kaitan ayam sembelih dengan kemarahan melayu? setahu gua melayu paling alergik dengan babi. patutnya umno bersyukur kerana ayam tu dah disembelih. tinggal nak buang bulu, cuci dan potong secukup rasa.boleh juga buat makan makan. dengarnya umno cheras dapat empat ekor. peh!

notasemut : jangan ingat orang lain bodoh macam umno la. ini semua taktik bangang semulajadi yang diwarisi umno sejak turun temurun lagi. dulu dekat pejabat dap sg. chua pun ada kes gantung ayam mati juga. yang tu tujuan apa pulak? gantung ayam mati dekat pejabat dap untuk bangkitkan kemarahan melayu? kah kah kah! bangang!


Jun 29, 2011

persiapan menjelang bersih 2.0 [video khas buat first timer]

sumber : facebook video

atau kalau rajin boleh baca ni - nota penting untuk peserta perhimpunan BERSIH 2.0


tambah nilai prepaid pun kena cukai

sumber : bernama

notasemut : elok la tu. boleh gua tambah senarai boikot gua lepas ni. topup 3 bulan sekali orait juga ye dak? kah kah kah!


Jun 28, 2011

HAPPY BIRTHDAY MONSTER TAJIMA !



ini lah uncle tajima. hari ni umurnya 61 tahun

"gua tak perlu gelang magnet untuk jadi power!"

ok yang pasal gelang magnet tu gua reka sendiri. berikut ialah info ringkas monster tajima, gua petik dari wiki.

Nobuhiro 'Monster' Tajima (Shinjitai: Tajima Nobuhiro, Japanese nickname Monsuta Tajima), is a hillclimb racer, tuning shop owner, rally team manager and former rally driver who is best known for his participation in Suzuki's rallying program as well as his triumphs at the Pikes Peak International Hillclimb.

On July 21, 2007, Tajima bested Rod Millen's thirteen year old course record at the Pikes Peak International Hill Climb in his Suzuki Sport XL7, becoming the fastest man in the history of the race, with a time of 10:01.408.

On June 26, 2011, (kelmarin!) Tajima bested his own record and broke the "10 minute barrier" of the Pikes Peak International Hill Climb with a time of 9:51.278.

berikut antara gambar gambar 'monster' yang digunakannya sepanjang misi menakluk pikes peak. (sumber : google images)





notasemut : dah layan video dia pecah rekod tu sampai habis? ok, sekarang jom race!


mastercard hacked!

MasterCard's website is currently inaccessible following what appears to be a WikiLeaks-inspired internet attack against it.

In what appears to be the latest salvo by hactivists, the mastercard.com website is thought to be suffering from a denial-of-service attack - where an internet site is bombarded with a large amount of traffic making it impossible for genuine visitors to access it.

A Twitter user called ibomhacktivist seems to be taking responsibility for the attack, and links the action to the WikiLeaks-inspired attack on MasterCard by the Anonymous group last year.



MasterCard angered the hacktivist community after it suspended the ability for WikiLeaks to accept payments via the firm. Police in the Netherlands arrested two teenagers for allegedly playing their part in the attacks last year.

WikiLeaks is a subject which tends to generate strong emotions - whether you're in favour of what the organisation stands for, or against it.

Computer users would be wise, however, to remember that even if you feel WikiLeaks is being persecuted by the authorities or abandoned by online companies, denial-of-service attacks are still illegal. - nakedsecurity.sophos.com

jawapan wardina [harap blogger umno/bn baca dan fahamkan]

Salaam,

27/6/2011


Di dalam masa yang saya sangat sibuk dan tak menang tangan memenuhi segala permintaan, pelawaan dan undangan berbagai pihak yang mahu saya turut serta dalam program mereka... saya cuba juga sedaya upaya, sambil-sambil perlu menyiapkan tugasan, bekerja, menjaga anak-anak yang memerlukan perhatian....saya masih cuba untuk turun padang dalam apa jua acara yang baik dan berguna untuk memberi kesedaran dan mengajak orang berjuang ntuk 'kebaikan'... Di sambil memberi inspirasi saya juga selalu mendapat inspirasi tatkala berjumpa dengan orang ramai. Ianya seolah-olah satu medan di mana setiap kali habis selesai program, saya berjanji pada diri supaya lebih baik lagi...menjadi orang yang lebih baik lagi.... I just love meeting people....

Mesej saya mudah..mari kita makmurkan dunia ini supaya ianya lebih baik..kerana kita ini Khalifah di muka bumi ini...tapi dalam masa yang sama kita ini juga 'hamba'.. Menarik bukan? Kita "Tuan" tapi kita juga "hamba"..2 ekstrim yang berbeza....tahukah kita, bahawa kita ini hidup di muka bumi ciptaan Allah ini setelah mendapat 'bantahan' dari para malaikat? Bukan iblis je tak senang hati apabila manusia diciptakan...

My Question is - Dengan adanya kita dimuka bumi ini ADAKAH DUNIA INI LEBIH BAIK? Is this world a better place with me around?? What have I done to make this world a better place? Ambil masa untuk menjawab soalan saya ini...

"Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi setelah Allah menjadikannya (makmur/teratur) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu orang-orang yang beriman" Al-A'raf ayat 85

Tidak mahu saya menjadi antara orang yang membuat kerosakan.... Sekali lagi saya tegaskan kebergantungan kita bukan kepada orang tapi pada Allah. Saya yakin dan percaya kepada Allah. Kerana tujuan kita orang Islam sudah jelas.....

Untuk bertasbih beribadat memuji Allah.... Az-Zariat 56#"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku"

Kalau kita tidak menyembah Allah maka kita tidaklah layak hidup di muka bumi ini. Sudah berapa tahun kita hidup? Jantung kita tidak berhenti berdegup sejak dari usia kita 5 minggu dalam kandungan...Bersyukurlah...Pujilah Dia yang memberi air dan udara serta degupan jantung itu kepada kita......Tapi...INGATLAH! -

Beribadah itu juga bukan hanya di masjid....

Oleh kerana inilah saya menambil dan menggalas tanggungjwab ini melakukan apa yang boleh untuk menyebar mesej "kebaikan" di mana sahaja.... Saya sedar di mana saya di mata masyarakat...saya mempunyai pengaruh yang tersendiri... dan apa yang saya lakukan dan katakan mempunyai kesan yang tersendiri khususnya buat peminat-peminat saya.

Saya tidak pula mahu mencari musuh dan tidak mahu pula melakukan kerosakan....saya merasakan setiap manusia itu sama di sisi Allah dan yang membezakan kita cumalah TAQWA kita...

Oleh kerana ini saya tidak pernah pilih bulu - tidak pernah memilih-milih dengan siapa saya berkawan dan bergaul... asalkan mesejnya baik saya pergi.Asalkan orang itu baik saya menyambut persahabatan. Malah kalau tidak baik sekalipun saya tetap berkawan. Akan tetapi saya melihat ketidakmatangan kita di Malaysia ini terserlah apabila tiap kali saya (atau sesiapa sahaja) duduk semeja atau berjumpa mahupun berkawan dengan mereka dari 'ideologi' yang berbeza...

Saya pernah dihentam kerana berjumpa dengan Tuan Guru Nik Aziz...kini sekali lagi saya menjadi bahan tomahan apabila saya duduk semeja dengan YB Azmin Ali...

Soalan pertama saya. Salahkah? Ini adalah negara bebas di mana saya mempunyai hak duduk berbincang dengan sesiapa sahaja... Berbagai "versi" kini tersebar di internet. Hakikatnya mereka yang menulis ini semua memanglah menampakkan ketidakmatanagan dan memperihatkan rendahnya mentaliti dan cara pemikiran mereka. Saya terpanggil untuk menceritakan hal yang sebenar supaya anda boleh mendengar dari mulut saya sendiri. Tiada seorang pun "blogger" media baru itu menghubungi saya bertanyakan kisah sebenar. Bahasa dan cara mereka menulis mengerikan saya. Amat parah sekali jiwa mereka. Jika mereka ini mewakili UMNO dan BN, saya mengharapkan ada diantara pihak atasan "menegur" anak buah mereka ini....

  • Saya telah dipanggil oleh YB Nik Nazmi untuk turut serta bersama dalam Karnival Mesra Rakyat bersama dgn Uthaya Sankar, Safee Sali dan ramai lagi pada pagi Sabtu tersebut. Saya yakin tiada agenda politik dalam program ini maka saya bersetuju. Saya diminta memberi MOTIVASI KEIBUBAPAAN (satu bidang yang memang dekat dengan hati saya)
  • Akan tetapi saya tidak dapat hadirkan diri pada pagi tersebut kerana hal yang tidak dapat dielakkan, maka disuruh oleh YB untuk hadir pada majlis penutupan pada waktu malam pula. Saya bertanya apa sebenarnya program malam itu. Perlukah saya hadir? Kerana seikhlasnya saya sudah teramat penat kerana baru lepas pulang dari satu lagi program di SIRIM Shah ALam bersama 400 wanita dan remaja perempuan. YB menegaskan bahawa ramai menantikan kehadiran saya. He insisted me to come.
  • Tiada siapa memberitahu saya apa agenda malam itu.Walaupun berkali-kali saya bertanya. Saya dibawa ke restoran untuk makan malam. Kemudian saya diberitahu YB Azmin sudah sampai. Saya tidak pula tahu, kerana tiada siapa memaklumkan kepada saya. YB Azmin bukanlah seorang penjenayah dan saya bukanlah seorang yang biadap.Kami berbual dan ini kali pertama saya berbual dengan beliau. Saya berjumpa dengan ramai orang...janganlah begitu jumud dalam pemikiran. Bagaimana pula gambar saya dengan Datin Seri Rosmah Mansur? Ada yang nak tolong sebarkan?

Saya sedar implikasinya sekiranya saya kelihatan duduk semeja dengan beliau. Tetapi saya merasakan bahawa amat perlu untuk kita tidak berfikiran sempit dan menghormati hak saya atau sesiapa sahaja untuk bertemu dan berbincang denagn sesiapa pun! Saya tidak melakukan kesalahan.

Saya dijemput berucap untuk memberi motivasi kepada penduduk di situ hanya untuk 10 minit. Saya jujurnya agak terkilan kerana diberi masa yang begitu singkat. Sepatutnya saya tidak perlu pun hadir. Tetapi saya ini orang yang berpegang kepada janji. Saya sepatutnya dimaklumkan dengan lebih terpenci mengenai apa yang akan berlaku.

Sepatutnya lebih berkesan jika saya turun padang dan mengadakan motivasi bersama ibu-ibu dalam kumpulan yang lebih kecil agar impaknya lebih terkesan. Saya megakui saya tidak berapa gemar dikaitkan dengan mana-mana parti politik dan saya amat dukacita dengan apa yang berlaku. Buat masa ni lebih banyak yang dapat saya sumbangkan sekiranya tidak menyertai mana-mana parti politik...anatara sebabnya juga saya merasakan kita di Malaysia belum mencapai satu tahap yang benar-banar 'matang dan tulus' maka saya sememangnya tidak teringin pun melibatkan diri dalam politik....

Tetapi saya percaya ada hikmahnya disebalik semua ini. Semoga kita bijak menilai dan tidak terpengaruh dengan orang-orang yang kronik dalam jiwa mereka. Blogger yang seolah-olahnya tiada kerja lain selain mencaci orang lain dan menulis dalam cara yang tidak ilmiah serta menjengkelkan. Tiada rasa malu dan bersalah menyebarkan fitnah pada saya (dan juga orang lain). Apa nak jadi dengan Malaysia? Apa nak jadi dengan oang Melayu? Bangunlah dan gunakanlah akal yang diberi ini kita ini untuk berfikir....

Sedarlah "Dan kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, Sungguh leih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?" Al-Ana'm #32

Bermainlah kamu.... saya tidak terpedaya dengan dunia yang sementara..kerana saya yakin pada yang Esa...Itu kekuatan saya.


-Wardina Safiyyah-



sempena bersih 2.0 - patriot buat kecoh di pkr HQ (tropicana)

baru kejap tadi gua post gambar gambar geng pa*turot buat hal di seremban. dan di bawah ni gua kongsikan gambar gambar geng pa*turot buat hal di pkr hq (tropicana) pulak. 

setahu gua, balai polis kat sebelah hq tu je tapi macam takde apa apa tindakan pun ye dak? kalau jual baju kuning, sekelip mata kena gari. kah kah kah!









Jun 27, 2011

sempena bersih 2.0 - patriot buat perangai beruk di seremban

ok sebenarnya tadi gua tengah rilek rilek main kucing. tiba tiba seorang rakan fesbuk bertanyakan soalan di wall gua. disebabkan beliau bertanya di wall dan demi menjaga reputasi gua sebagai blogger bermaklumat, gua jadi kucar kacir cari info tentang geng 'patriot' buat hal di seremban. hasil tindakan pantas, dapat la beberapa keping gambar seperti di bawah. cerita penuh gua tak tau. cari sendiri.



*gambar dan ayat di bawah tu gua copy paste bulat bulat dari twitter budak umno. harap maklum.

Depan pej pkr rahang seremban

Pemuda seremban Berkonvoi ke seluruh seremban

Pemuda ke area seremban 2 beramai2 sambil memakai baju patriotik

Team patriot berkumpul di seremban

Ketua pemuda negeri bersama pejuang2 patriot melaungkan lagu ini lah barisan kita dgn penuh semangat..

notasemut : itu je la paling power yang geng pa*turot ni boleh buat. al maklumlah, IQ rendah..

website SUARAM (suara rakyat malaysia) kena hack la pulak

KUALA LUMPUR: Hackers have defaced the website of local human rights organisation Suaram today, in what is believed to be part of the “crackdown” against activists in recent days.

Suaram coordinator E Nalini said that the intrusion was detected at 6.45pm today and the NGO was still trying to get information technology experts to restore the website, which has been entirely replaced with a single page entitled “Indonesiancoder Team”.

A logo with a twin AK-47s appeared beneath the flaming title while below were the words “Hacked by Dr. Cruzz”. The website’s icon is replaced by a daemon face and the greyed backdrop was also filled with animated falling snow.

What is believed to be Quranic prayers is also being played in the background.

Also written on the vandalised site were “Marhaban Ya Ramadhan that will come soon” and “Get the Codes and Feel the Soul”.

“We don’t know what happened but we suspect that it is linked to the ‘crackdown’ on activists that we’re seeing on Parti Sosialis Malaysia and Bersih supporters,” Nalini told FMT.

She said the website was so badly hacked that even archived information is inaccessible.

“We were once hacked in October 2008 around the time (blogger) Raja Petra (Kamarudin) was arrested,” Nalini said, adding that it took several months before the website was restored then. - MT

ada bunyi macam orang baca al-quran tapi favicon pakai kepala setan pulak. keh keh

notasemut : buat masa ni www.suaram.net tak boleh dibuka dan dihalakan terus ke facebook page suaram (suara rakyat malaysia). untuk maklumat lanjut, refer dekat facebook page je la ye. 


UNGGUN BERSIH - kini merebaklah nyala unggun itu! [SOUNDCLOUD]

Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID


Unggun Bersih by A Samad Said (klik PLAY untuk dengar!)



* * * * * * *

video sekitar pelancaran bersih 2.0

Jun 26, 2011

sempena bersih 2.0 - pelancaran patriot (baca: beruk)

ok tadi ada berita pelancaran 'patriot' oleh pemuda umno untuk menghalang perhimpunan bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 julai 2011. yang kelakarnya baju merah dia ada tulis 'patriot' dan majoriti pemakainya bila berdiri, terserlah 'perut' ke hadapan. kah kah kah!

jadi, kita anggapla nanti akan ada pertembungan geng bersih dan geng perut di kuala lumpur pada tarikh tersebut. ini satu perkembangan yang sihat. sekurang kurangnya mereka bersenam. kah kah kah! berikut antara gambar gambar masa pelancaran petang tadi


Majlis pelancaran Perhimpunan Patriot disempurnakan oleh Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Dato Reezal Merican Naina Merican di Dewan UMNO Taman Mewah Bandar Tun Razak petang Ahad. - agendadaily

budak budak umno ni dah takde idea lain ke? balik balik patriot. dulu lancarkan bloggers patriot semata mata nak lawan blogger pro pakatan rakyat yang bergerak bebas tanpa ditaja mana mana pihak. mungkin ada benarnya kata kata lokman adam (ketua unit pidato BN) bahawa umno ni 'tidak mempunyai imaginasi atau IQ yang rendah'. kah kah kah!

gua harap pemuda umno yang turun 9 julai nanti dapat kawal tingkahlaku masing masing. dah dapat baju free tu jangan la sombong pulak. biasanya golongan 'manja' ni perangai tak tentu arah sikit. so please behave. jangan nanti kena panas sikit dah merengek nak balik. kena tear gas sikit dah berguling guling pedih. kah kah kah!

oh ya, lagi satu mintak la reezal merican wira melayu lu orang tu bawak awek turun ramai sikit. takdela boring sangat nanti. heh. hidup patriot! ptui!

nama meeelayu ni reeeeezal meeerican naina meeeerican. harap maklum 


Jun 25, 2011

sempena bersih 2.0 - benarkah SPR itu KOTOR? [video - mesti tengok]

ADA APA DENGAN SENADIN?


Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) bercadang memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan bagi kerusi N65 Senadin setelah calonnya Dr Michael Teo Yu Keng (bawah) kalah dengan majoriti tipis 58 undi kepada Datuk Lee Kim Shin daripada Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden PKR Tian Chua menyuarakan rasa tidak puas hati beliau berikutan keengganan pegawai pengurus pilihan raya Chai Ko Het supaya undi dikira semula di pusat penjumlahan undi malam tadi.

"Kami tidak puas hati, beliau (Chai) tidak memberi kami sebarang alasan yang kukuh berikutan keengganannya itu," kata beliau kepada pemberita.

Lee memperoleh sejumlah 7,334 undi dan mengalahkan Dr Teo yang meraih 7,276 undi.

Penyokong PKR, termasuk anggota Exco Selangor Elizabeth Wong, yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu, enggan meninggal stadium tiga jam selepas keputusan diumumkan untuk mendesak Chai melakukan kiraan semula.

- Bernama


tengok la cara polis bertindak, inikah demokrasi?




notasemut : [fakta - undi pos senadin PKR 58; BN 1134] dengan majoriti 58, dan undi rosak yang melampau banyak (186), memang dilihat seperti ada yang tidak kena dengan proses pengiraan undi di kerusi senadin. dan lebih menghairankan, pegawai pengurus pilihanraya menolak untuk melakukan kiraan semula. syabas diucapkan. 'good dog' kata orang jawa.


Jun 24, 2011

kenapa gua boikot kedai 1 malaysia? [awas! gambar jijik]

rasanya ramai yang dah tahu bahawa kedai 1 malaysia ni diuruskan oleh mydin holdings. ala mamak mydin anak beranak tu la siapa lagi. senang cerita memang banyak barang mydin la ye dak? cuma label je ditukar kepada lambang 1 malaysia bagi nampak konon kononnya rakyat didahulukan. dengarnya seluar dalam 1 malaysia pun ada dijual! peh..

berikut antara komen pengunjung dan pekerja, dipetik dari malaysiakini

"Harga boleh tahanlah rendah cuma produk terhad. Dari segi bungkusan memang menarik, tapi kualiti tidak tahulah" - Zafirul

"Mesti mahu cuba dahulu. Harga bolehlah (murah). Mesti tengok kualiti dia (barangan) baru boleh cakap. Mesti mahu cuba kualiti dahulu baru boleh tahu boleh datang lagi ke tidak" - Alice

"Kedai 1 Malaysia terpaksa 'meminjam' kakitangan daripada syarikat Mydin Mohamed Holdings Bhd yang mengendalikan kedai berkenaan" - Nuriah, pekerja kedai

"Harga barangan yang tidak berjenama 1Malaysia tetap dijual dengan harga sama seperti di kedai lain" - Angeline

* * * * * * *

rata rata, ramai yang masih ragu ragu dengan tahap kualiti barang murah berjenama 1malaysia tersebut. ye la, kalau melibatkan makanan mesti la kualiti diutamakan. tapi pada gua, kalau dah namanya mydin, memang gua tak berapa percaya la kualiti dia. terus terang cakap punya. lagipun bukan pengalaman seminggu dua, ini pengalaman peribadi yang dah masuk berbelas tahun! kalau google mydin punya tahap kualiti memang silap silap terus geleng kepala taknak pergi mydin. kah kah kah!

berikut antara komen forumer terhadap kualiti barangan mydin, dipetik dari forum cari.com.my

jgn beli barang elektrik atau part-part elektrik yang kecik-kecik tu....hampeh semacam....ader ke beli starter lampu ...dibungkus 3 dan berharga RM 2.00....setiap satu tahan seminggu ajer...heheheheh....3 starter cuma tahan 3 minggu ajer....padan ngan muka aku - forumer A


jgn sesekali beli Jam kat Mydin...bukan setakat hampeh...tapi taraf hancus.... - forumer B

Ari tu, ingat nk beli Olay Total Effect kt Mydin sbb murah. Hubby beria2 tak bagi! Kata dia, nk beli menda lain tak per but klau menda2 kosmetik, brg elektrik, menda2 makan (jamu, ect), Mydin is not the place! - forumer C

* * * * * * *

ah, asalnya gua nak tumpu pada isu kedai 1 malaysia ni tapi dah disebabkan kedai tu mydin yang handle, jadi gua kongsi semua benda benda 'taik' yang datangnya dari mydin ni. kah kah kah.! nah amik ko!

gambar bawah ni diambil di mydin melaka central pada 2008 (sebelum pru), gua pinjam dari blog tokasid. cilakak baru hari ni gua jumpa cerita ni, geng geng dia pun dah lama boikot mydin. nak tau cerita lanjut? pegi la lawat blog tokasid. gua cuma kongsi gambor je

t-shirt jijik untuk dijual

kedai ke markas barisan?

pemandangan jijik

merata tempat diletaknya

payung yang melambangkan rendahnya IQ si pemakai

bodoh bangang

barisan nasional sahaja

mydin = barisan nasional

hah amacam? best kan bisnes mamak mydin ni. bisnes jenis jilat. kira sekarang ni tahap jilat dia dah masuk level paling tinggi la ni. tu yang dapat projek handle kedai 1 malaysia. untung beb. tak payah susah susah buat iklan promosi. siap masuk sari berita penting di semua siaran tv malaysia. akhbar akhbar promote dekat muka depan. radio pun siang malam heboh pasal kedai 1malaysia. kesimpulannya, lu jilat, lu dapat!

gua ni bukanla nak mengajak orang ramai boikot mydin dan kedai 1 malaysia ni. itu hak kebebasan beli belah masing masing. tapi masalahnya gua memang anti habis dengan lahanat mydin ni. gua boikot habis habisan sejak wife gua bertekak dengan customer service mydin usj1 itu hari lagi. memang servis macam bangsat!
notasemut : ini semua dendam, ya dendam. sekali lu (mydin) dah buat taik dengan pelanggan, lu bukakla kedai baru nama 1 malaysia ke, 1 kimma ke, 1 dua tiga go ke, memang gua tetap boikot! pergi jahanam sama lu mydin!


perhimpunan sokong pornografi



sumber : malaysiakini dan malaysianinsider

Jun 23, 2011

zebra palsu jadi tarikan pelancong

Polis di Semenanjung Crimea Ukraine telah merampas seekor kuda putih yang telah dicat dengan warna kuda belang. Kuda tersebut merupakan tarikan pelancong, tetapi pemiliknya telah didakwa atas kesalahan kekejaman terhadap haiwan.

Zebra palsu, empat kuda yang lain dan dua kuda padi dikatakan tidak diberi makanan secukupnya, lapor akhbar Segodnya Ukraine.

Haiwan tersebut dijadikan tarikan pelawat di sebuah taman di Sevastopol. Ramai pelawat berminat untuk menunggang dan gambar mereka diambil, walaupun ia jelas bukan kuda belang sebenar.

Semua kuda kini disimpan di sebuah ladang berhampiran bandar.

Pemilik berdepan dengan denda sebanyak $ 5000 jika didapati bersalah mendera haiwan.

Ini bukan kali pertama ianya berlaku. Pada tahun 2009, terdapat laporan kuda belang palsu di zoo Gaza, yang sebenarnya seekor keldai yang telah dicat.


gambar : segodnya.ua


bersih 2.0 - himpunan bersejarah di seluruh dunia ! [sila inform kawan kawan yang berlajar/kerja di luar negara]

Kempen Bersih 2.0 diadakan serentak di luar negara - MalaysianInsider

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Perarakan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal dianjurkan di sini awal bulan depan juga akan diadakan di beberapa negara luar termasuk di Amerika Syarikat pada tarikh yang sama, demikian umum jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, sekretariat itu berkata perarakan tersebut diusahakan oleh rakyat Malaysia yang tinggal di negara luar, yang turut menyokong tuntutan Bersih 2.0.

“Mereka secara peribadi menghubungi Bersih 2.0 dan menyatakan minat untuk menganjurkan perarakan di mana mereka tinggal,” kata jawatankuasa itu lagi.

“Kami menganggap minat luas di kalangan rakyat Malaysia di luar negara menunjukkan bahawa rakyat Malaysia dari semua lapisan percaya pada keperluan pembaharuan pilihan raya dan mempertahankan demokrasi,” kata beliau lagi.

Justeru menurut jawatankuasa Bersih 2.0, perarakan akan diadakan di pekarangan Kedutaan Malaysia di Seoul, Korea Selatan pada pukul 3 petang, pejabat kedutaan dan konsul Malaysia di Canberra, Melbourne dan Sydney pukul 12 tengah; Tower of the Sun, Osaka di Jepun 3 petang; pejabat besar konsul Malaysia di Los Angeles 10 pagi; Chrissy Field Picnic Area, Presidio, San Francisco (9.30 pagi) dan pejabat konsul Malaysia di New York (10 pagi).

“Bersih 2.0 meminta rakyat Malaysia yang tinggal di United Kingdom, Amerika Syarikat, Taiwan, Jepun, Korea Selatan dan Australia mengambil bahagian dalam perarakan itu jika mereka juga percaya bahawa perlunya pilihan raya bersih, bebas dan adil di Malaysia.

“Rakyat Malaysia di luar negara juga perlu datang dan menuntut hak undi pos pada pilihan raya umum ke-13,” katanya lagi.

Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai di sini belum memperoleh permit polis.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata Bukit Aman akan memanggil penganjur Bersih 2.0.

Turut akan dipanggil ialah pemimpin Perkasa dan Pemuda Umno yang bercadang mengadakan perarakan balas pada hari yang sama.

Dalam kenyataannya, jawatankuasa itu juga berkata, program jelajah seluruh negara menjelang perhimpunan 9 Julai akan diadakan di beberapa bandar.

Ia termasuklah di Kompleks Muhibbah, Jalan Taugeh 24/17, Persiaran Sultan, Seksyen 24, Shah Alam pada pukul 10 malam esok dan disusuli di Dewan Asam Jawa, Kuala Selangor pada pukul 8.30 malam keesokan hari.

Program itu juga akan diadakan di Pusat Aduan Rakyat Kempas, Taman Dahlia, Johor Baru pada pukul 8.30 malam Sabtu ini.

Perhimpunan di Dataran PSM, Taman Orkid, Sungai Siput akan diadakan pada pukul 8.30 malam Ahad ini.

 * * * * * * *

notasemut: sms bunuh? kah kah kah! kalau samseng sangat bunuh je la terus. ugut ugut pakai sms ni kerja budak budak sekolah la. budak sekolah yang jenis nak topup kredit pun mintak dengan mak. kah kah kah! kenapa perlu ada ayat 'jika perhimpunan ini diteruskan', baru nak bunuh? maknanya kalau perhimpunan batal, maka takdela bunuh? gitu? kah kah kah! lepas perhimpunan ni kalau lu orang tak bunuh jugak, lu jaga baik. gua MMS gambor kote ke nombor +601119732179. kah kah kah!

Jun 22, 2011

nota penting untuk peserta perhimpunan BERSIH 2.0

Nota penting untuk peserta-peserta BERSIH 2.0--daripada NGO SUARAM

Nota tersebut adalah panduan anda semasa menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 di Kuala Lumpur.

Tuntutan Bersih 2.0:
  • Pendaftaran automatik
  • Reformasi undi pos
  • Penggunaan dakwat kekal
  • Akses kepada media
  • Masa berkempen minima
  • Pengukuhan perbadanan awam
  • Hentikan rasuah

BERSIH 2.0 has been actively advocating for electoral reform but our demands have fallen on deaf ears. Bersih 2.0 feels that, the time has come for those mandated to administer the nation to “listen to the voices of the rakyat”. There is a clamour worldwide for greater democratisation of societies and we would invite those in power to heed those voices.

Perhimpunan Bersih 2.0 is threefold: to further press for the rakyat’s demands for electoral reform, strengthening of public institutions, and to take a stand against widespread corruption at all levels of society. We would like to emphasise that this initiative is spearheaded purely by civil society with every intention of inviting all political parties to join forces with the rakyat to promote and uphold democracy in this country.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *
  • Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
  • Duit-maksimum RM100 sahaja.
  • Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 2.0
  • Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
  • Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya boleh digunakan.
  • Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
  • Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
  • Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
  • Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
  • Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
  • Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
  • Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
  • Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
  • Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com

*Perkara yang tidak dibenarkan*
  • Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
  • Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
  • Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
  • Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
  • Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya.
  • Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
  • Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.
  • Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
  • Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
  • Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
  • Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
  • Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
  • Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.

*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan*
  • Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
  • Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
  • Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.
  • Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
  • Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
  • Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
  • Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
  • Jangan lupa *charge* bateri handphone dan kamera.
  • Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan -- Sogo, DBKL atau Masjid Kg Baru
  • Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
  • Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
  • Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, DBKL atau Masjid Kg Baru (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
  • Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula.
  • Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan Sogo, DBKL, Masjid Kg Baru dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik.

*Semasa perhimpunan dan perarakan*
  • Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
  • Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
  • Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
  • Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
  • Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
  • Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
  • Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
  • Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
  • Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
  • Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
  • Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
  • Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
  • Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
  • Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
  • Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.
  • Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

*Selepas perhimpunan*
  • Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
  • Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan.
  • Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan bantuan daripada Unit Amal.
  • Jangan tinggalkan apa-apa sampah di tempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
  • Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
  • Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.

*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 2.0 buat Provokasi*
  • Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.
  • Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
  • Jangan hampiri mereka.
  • Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
  • Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
  • Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*
  • Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
  • Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan meriam air.
  • Duduk jika pimpinan arahkan.
  • Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.
  • Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
  • Ambil gambar mereka jika sempat.
  • Buat laporan Polis jika anda dikasari.

*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*
  • Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
  • Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
  • Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
  • Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawab dengan ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
  • Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab "Masih tengah cari kerja" atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai pelajar. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
  • Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
  • Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu di luar balai jika anda ditahan.
  • Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
  • Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah terpedaya bila mereka berlembut.
  • Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
  • Jangan terlalu risau kerana di luar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*
  • Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
  • Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
  • Buat laporan Polis jika anda diberi layanan kasar semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
  • Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
  • Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
  • Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
  • Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
  • Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
  • Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
  • Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
  • Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

*Perhatian!*
  1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
  2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
  3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
  4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini
Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.

Perhimpunan Bersih berjaya pada 10 November 2007 kerana ketabahan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan perbadanan institusi dan hentikan korupsi.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada *Field Commander* atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini.


* * * * * * *

notasemut : gua ada di klcc masa demo anti mubarak sempena revolusi egypt itu hari. dan sekarang, mubarak dah digulingkan. first lady mesir, anak-anak dan kroni kroni mubarak semua bungkus. kah kah kah! siapa yang join perhimpunan tu dia tau la 'feel' dia macam mana. tapi bersih 2.0 ni takde la sampai nak gulingkan pemimpin. keh keh keh

Jun 21, 2011

tunisia - presiden dan first lady dihukum penjara 35 tahun, denda $65 juta


Mahkamah Tunisia pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara 35 tahun setiap seorang terhadap bekas presiden yang digulingkan, Zine al-Abidine Ben Ali dan isterinya selepas mendapati mereka bersalah atas kecurian dan pemilikan haram wang tunai dan barang kemas.

Hakim juga memutuskan Ben Ali dan isterinya perlu membayar denda berjumlah $ 65,600,000.

Hakim berkata keputusan atas tuduhan lain, yang berkaitan dengan pemilikan haram dadah dan senjata, akan disebut pada 30 Jun, menurut agensi berita Reuters.

Sumber : Al-Jazeera

bintang jackass mati dalam kemalangan ngeri [gambar]

ryan dunn - bintang jackass, viva la bam dan lain lain

kereta yang dikatakan terlibat dalam kemalangan

gambar terakhir ryan dunn beberapa jam sebelum kemalangan

kawasan kemalangan

semua terbakar

don't drink and drive.. dan jangan tumpang orang mabuk juga

beribu berita cerita pasal kemalangan ni, tapi seperti biasa gua lebih selesa petik dari wikipedia..

On June 20, 2011, at approximately 3:30 a.m. EDT, Dunn died in a car crash on the West Chester Bypass (US 322) within West Goshen Township, Pennsylvania, when his 2007 Porsche 911 GT3 slid off the road, hit a tree, and burst into flames. Reports from TMZ state that he posted a photo of himself drinking with friends a few hours before onto Twitter. Police said that Dunn was probably speeding at over 100 mph at the time of the accident. An unidentified occupant of the vehicle was also found dead at the scene. WKST-FM reported that both men had suffered severe burns; Dunn was reportedly identified by his tattoos and facial hair.

bersih 2.0 - sokong atau bangkang? [vote]

keputusan pada pukul 10.55am tadi

Jun 19, 2011

perhimpunan melayu bebal - bakar gambar ambiga, ugut cina jangan sertai bersih






sumber : malaysianinsider dan malaysiakini
"Cuba bayangkan jika berlaku huru-hara... jika himpunan Bersih 2.0 tidak dibatalkan, saya percaya kaum Cina perlu simpan bekalan makanan." - Ibrahim Ali, The King of Katak.