Jun 14, 2011

50 tahun memerintah - rahsia tumbangnya sebuah kerajaan [video untuk dikongsi]


tengok sampai habis. hayati keluhan anak anak muda malaysia. ok yang last tu man kadir, ala yang jadi pak jabit dalam filem hantu kak limah tu. dia dah tak berapa nak muda, tapi dengar dulu apa dia nak cerita. bukan, kali ni bukan cerita lawak.

gambar hiasan

* * * * * * *

berikut antara mesej yang disampaikan oleh penduduk jepun. baca dan fahamkan..

"kami selesa dengan kerajaan yang sedia ada, tapi dalam pilihanraya akan datang, kami akan undi pihak pembangkang. kenapa? sebab kami mahukan perubahan. ya, perubahan yang lebih baik. kami mahu lihat pembangkang melaksanakan janji janjinya. ia untuk kebaikan kami juga."

"negara hanya akan mengalami perubahan drastik jika kerajaan pusat bertukar tangan. menang di beberapa tempat atau negeri tanpa mengambil alih kerajaan pusat hanya akan menyulitkan lagi keadaan. ini adalah tidak baik untuk perkembangan sesebuah negara." (lihat apa yang berlaku di perak. dan layanan kerajaan pusat dan media terhadap selangor, pulau pinang, kelantan dan kedah. ingat, negara luar dan pelabur asing memerhati. dan mereka bukannya bodoh)

"negara luar akan memandang bahawa negara kami semakin tidak stabil jika kemenangan itu tidak kukuh. apabila negara tidak stabil dari segi politik, pelabur asing akan kurang berminat dan ini akan menjejaskan ekonomi negara. ekonomi yang lemah akan membawa kepada pelbagai masalah. pengangguran, sebagai contoh." (yang tinggal hanya pelabur perosak masa depan negara. lynas, misalnya)

"anak muda cerdik pandai yang belajar tinggi di luar negara juga akan cuba mengelak untuk pulang berkhidmat ke negara asal. malah yang selama ini berkerja dalam negara juga turut keluar, mencari peluang yang jauh lebih baik. ini merupakan satu kehilangan besar buat negara." (rujuk - brain drain)

"kuasa di tangan rakyat, jika parti yang diundi gagal untuk menunaikan janji, malah mentadbir dengan lebih teruk daripada kerajaan asal, kami akan menghukum mereka dalam pilihanraya yang akan datang. dan pusingan ini akan berulang setiap kali tiba pilihanraya.." (ini orang kabor mentaliti kelas pertama!)


- petikan kata kata di atas adalah antara penjelasan penduduk jepun terhadap wartawan asing ketika ditemubual, beberapa hari sebelum pilihanraya umum 2009 yang menyaksikan kerajaan LDP yang memerintah selama 50 tahun, akhirnya tumbang, dan digantikan dengan kerajaan baru (DPJ).

notasemut : ok gua mengaku, petikan kata kata tersebut gua tambah perisa tambahan sebab google translate bahasa dia berterabur. berikut gua sertakan dua daripada beribu berita yang menceritakan mengenai tumbangnya kerajaan yang telah berkhidmat cemerlang (pada pandangan gua) selama 50 tahun di jepun. kenapa tumbang walaupun selama ini jepun dilihat membangun pesat? sebab rakyatnya mahukan perubahan yang lebih cemerlang! as simple as that! kuasa di tangan rakyat!


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sehingga mereka mahu mengubah diri mereka sendiri.”

p/s : sebarkan video di atas :) terima kasih!

1 comment:

Andy Zs said...

ulasan blog yang belum matang dan umphh... mari kita ubah kerajaan. pasti kita akan lebih terbela di bawah pemerintahan orang cina.