Jun 17, 2011

file sharing website, apa kebaikannya?


sebenarnya lepas gua post entri pasal kemunculan malaysiabay baru baru ni, gua tak try pun nak download. gua anggap semua okay je. gua percaya kerja kerja lanun ni biasanya sangat memuaskan. bukan macam menteri, haram tak tau buat kerja. rais yatim jadi menteri internet? kah kah kah! come on la.. dah la jadi bahan lawak satu dunia tahun lepas (rujuk tragedi #yorais) kah kah kah! 

tapi hari ni gua baru perasan yang malaysiabay dah tukar gambar kapal kepada gambar tengkorak lanun dan dihiasi dengan warna warna yang diambil dari bendera malaysia! kah kah kah! gua jadi teruja!

alang alang dah teruja, takkan gua nak close tab ye dak? lalu gua pun terus browse movie movie sedap yang ada dan lepas hampir sepuluh minit mencari, gua ambil keputusan nak download cerita power. tapi power zaman dulu dulu punya. gua pilih cerita Spirited Away dengan Amélie. ingat, power tak semestinya dari hollywood. keh keh keh



dua dua ni filem 2001. maknanya dah 10 tahun. kalau 10 tahun lepas gua beli vcd ori, tak tau la sekarang entah dekat mana letaknya vcd tu semua. kalau jumpa pun mungkin vcd A ada, vcd B dekat rumah orang lain. zaman tu zaman vcd, jadi paham paham je la kualiti dia macam mana kalau tengok balik sekarang ni. 

mujur ada file sharing website macam piratebay/malaysiabay dan lain lain. dapat juga gua download (kualiti terbaik!) dan layan balik movie lama lama yang kalau cari dekat speedy video pun belum tentu jumpa. kalau jumpa pun mesti gua tak beli, sebab gua tahu lagi 10 tahun mesti vcd/dvd tu hilang lagi sekali. jadi sebab itu la gua menyokong website website macam ni. sekian penjelasan gua.

notasemut : tahukah anda gua juga banyak belajar teknik fotografi daripada e-book yang bersepah dalam file sharing website ni? sebenarnya banyak ilmu berguna yang kita boleh dapat. kalau tak percaya cuba search service manual. amacam?


1 comment:

Anonymous said...

KRU takut filem merongmahawangsa ngan filem karak dia yang hebat tu tak laku...

kalau bende bende ni takde dia orang expect boleh kutip keuntungan cam hollywood nye file...

bile dia orang wat cam gini lagi la orang yang dah terbuke hati nak tengok filem melayu kat cinema terus tertutup pintu hati serapat-rapatnye...