Jun 10, 2011

gua masih boleh download, lu orang bagaimana?

hah baru baru ni kecoh skmm / mcmc blok beberapa website untuk menghalang rakyat malaysia mendownload segala macam benda terutamanya movie dan software pirate dari internet. gua sebenarnya dah kurang aktiviti mendownload ni. semuanya gua serahkan pada adik gua untuk download movie movie terbaru. gua tinggal pilih yang mana gua nak tengok dan copy masuk thumbdrive je. kah kah kah. itu la untungnya jadi abang long. senarai website yang diblok seperti di bawah.


tapi tadi, disebabkan gua boring dan saja suka mencabar keputusan kerajaan, jadi gua saja bukak piratebay dan cuba download satu album black eyed peas - the beginning (2010). ingatkan dah tak boleh, tapi orait je. keh keh keh. sekarang download dah siap dan gua sedang melayan suara lunak fergie sambil mengarang entri ni. pheww


No comments: