Jun 1, 2011

Mubarak dan anak-anaknya dibicara pada Ogos



Hosni Mubarak, bekas presiden Mesir, dan kedua anaknya akan diadili mulai 3 Ogos di mahkamah Kaherah atas jenayah rasuah dan peranan mereka dalam pembunuhan demonstran, lapor agensi berita Mesir.

Seorang pegawai mahkamah mengatakan Mubarak akan diadili atas tuduhan rasuah dan sengaja membunuh demonstran selama 18-hari pemberontakan yang menamatkan kuasa 30 tahunnya pada tarikh 11 Februari, agensi berita Timur Tengah melaporkan pada hari Rabu.

Hakim Ahmed Rifat akan memimpin perbicaraan Mubarak dan anak-anaknya, Ala'a dan Gamal, di mahkamah jenayah Kaherah Utara, sumber mahkamah mengatakan kepada pejabat berita AFP.

Mubarak didenda lebih $ 90 juta kerana memotong akses internet dan perkhidmatan telefon bimbit sepanjang protes besar-besaran seluruh negara yang bermula pada bulan Januari.

Namun laporan telah mengatakan tuduhan Mubarak yang paling serius adalah "pre-mediated killing", atau memainkan peranan dalam menentang demonstran yang akhirnya mengorbankan lebih 800 orang.

Dia boleh menghadapi hukuman mati jika terbukti bersalah.

Hosni Mubarak telah ditahan di sebuah hospital di Sharm el-Sheikh, bandar pelancongan pantai Mesir, sejak April 13 selepas dilaporkan mengalami serangan jantung semasa soal siasat tentang penipuan dan memerintahkan pembunuhan demonstran anti-rejim.

Sumber : Al-Jazeera

No comments: