Jun 10, 2011

PANAS : TNB AKAN BINA LOJI NUKLEAR !

sumber : mStar

yes tahniah! mula mula rare earth di kuantan, sekarang kita main nuklear pulak! hidup wawasan 2020! hidup 1malaysia! kalau baca betul betul berita di atas, rosatom (rusia) akan membantu 'kerajaan yang berminat' nak bangunkan loji nuklear. heh, confirm la dia minat. ini projek bilion bilion beb! 

betul, memang teknologi nuklear ni boleh kurangkan penggunaan bahan api fosil tapi adakah malaysia betul betul perlukannya? dengan sana sini bangunan runtuh sebab pembinaan tak ikut spesifikasi, adakah kita bersedia? alangkan stadium gergasi yang runtuh itu hari pun masih samar samar siasatannya dan tiada tindakan tegas diambil, adakah kita rela berkorban jika berlaku sebarang bencana yang di luar jangkaan kita?

dinding runtuh, siling jatuh, parlimen bocor, stadium musnah. itu semua boleh pejam mata lagi. sebab tiada kesan berangkai. tapi loji nuklear? jangan main gila beb. jepun punya loji fukushima tu sampai sekarang pun tak setel lagi. cuma berita dari sana 'makin kurang' untuk mengelakkan panik di kalangan penduduk seluruh dunia. cuma negara yang celik saja yang nampak risiko besar yang menanti.

jerman pun dah mula 'shutdown' satu persatu loji nuklear kerana mengutamakan keselamatan rakyatnya. dijangka semua loji nuklear di jerman akan ditutup menjelang 2022. tapi TNB malaysia pulak akan bangunkan loji nuklear menjelang 2020. bodoh macam mahathir. 

notasemut : agaknya negeri mana pulak yang bakal menjadi mangsa? harus diingat, sebarang malapetaka akan meninggalkan kesan 'padang jarak padang terkukur'. itu jam lu terpekik terlolong pun dah tak guna.

sumber : ghost town fukushima

No comments: