Jun 21, 2011

tunisia - presiden dan first lady dihukum penjara 35 tahun, denda $65 juta


Mahkamah Tunisia pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara 35 tahun setiap seorang terhadap bekas presiden yang digulingkan, Zine al-Abidine Ben Ali dan isterinya selepas mendapati mereka bersalah atas kecurian dan pemilikan haram wang tunai dan barang kemas.

Hakim juga memutuskan Ben Ali dan isterinya perlu membayar denda berjumlah $ 65,600,000.

Hakim berkata keputusan atas tuduhan lain, yang berkaitan dengan pemilikan haram dadah dan senjata, akan disebut pada 30 Jun, menurut agensi berita Reuters.

Sumber : Al-Jazeera

No comments: