Jun 7, 2011

tutorial / tips : drive-thru caddy


sempena cuti sekolah, hari ni gua nak kongsi cara mudah membuat drive-thru caddy. apa bendanya tu? ala benda ni lebih kurang tray makanan yang biasa kita jumpa dekat restoran fast food tu. cuma yang ni special sikit sebab untuk guna dalam kereta, diy, selamat dari tumpahan air dan bersaiz kompak. ya, aksesori tambahan ini penting bagi mereka yang suka singgah drive-thru dan makan dalam kereta sepanjang perjalanan.

perhatikan betul betul gambar di atas. macam biasa tengok? yes! bekas tersebut sebenarnya adalah tray yang biasa kita pakai untuk mengecat rumah! atau bahasa standardnya, orang panggil 'plastic paint tray'. mudah bukan?

projek ni cuma perlukan satu tray baru yang belum dicemari cat, dua plastik bulat bersaiz lebih kurang 3 inci, dan gam kuat khas untuk plastik atau pvc. benda benda ni bersepah kat kedai hardware. siap boleh pilih yang cantik cantik kalau ada banyak pilihan. hah apa lagi, cubalah!

sumber asal : instructables


notasemut : tray ini sesuai untuk makan makanan ringan seperti gambar di atas. kalau nak pekena nasik siap dengan kuah tomyam atau lain lain lauk eksotik, gua nasihatkan baik berhenti makan puas puas dekat restoran atau mana mana R&R.

No comments: