Jul 12, 2011

daftar pekerja asing ditangguh - kejayaan awal bersih 2.0?

sumber : mstar

sumber : bernama

* * * * * * *

kenapa sebelum ni kerajaan beriya nak laksanakan sistem biometrik menjelang pru-13 nanti? nampak? tak nampak? kalau tak nampak takpe. sila tadah tangan bersyukur. kah kah kah!

PENGGUNAAN sistem biometrik atau imbasan ibu jari pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 diyakini dapat menghapuskan keraguan dan mainan politik pihak tertentu, terutama pembangkang yang mendakwa wujud penipuan dalam proses pengundian. Langkah itu sepatutnya dapat meyakinkan rakyat berikutan kesangsian yang ditimbulkan pembangkang. Mereka mendakwa kononnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan terbabit dalam penipuan dan menggunakan senarai daftar ahli yang turut mengandungi nama pengundi yang meninggal dunia. 

Ketelusan dalam sistem pengundian itu adalah antara tuntutan pihak pembangkang dan kumpulan pengacau yang bercadang untuk mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini. Antara lain mereka menuntut agar dibersihkan senarai nama pengundi dan mahukan dakwat kekal digunakan pada PRU-13. Ternyata sistem biometrik yang kini digunakan dengan meluas oleh Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengesan kemasukan pendatang asing didapati kaedah yang lebih baik bagi mewujudkan ketelusan dalam pilihan raya. Sistem itu lebih praktikal dan sesuai dengan pemodenan dalam pentadbiran kerajaan, berbanding penggunaan dakwat kekal seperti yang dilakukan di negara lain. Penggunaan dakwat kekal hanya menyusahkan pengundi dan pegawai SPR di pusat mengundi dan boleh mencetuskan kekecohan sekiranya timbul perasaan tidak puas hati daripada pihak tertentu. - berita hairan online (22 Jun 2011)


notasemut : biometrik la sangat. ptui! 


No comments: