Jul 21, 2011

selepas bersih 2.0 - bebaskan tahanan EO6 (bukti KJ juga menyokong)

sumber : twitter kj

Walaupun Perhimpunan BERSIH 2.0 telah berakhir, 6 rakan-rakan kami tetap ditahan kerana menyokong BERSIH 2.0. 6 ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) telah ditahan di bawah Ordinan Darurat sejak 2 Julai 2011. Ordinan Darurat adalah serupa dengan Akta Keselamatan Negara (ISA) kerana ia membenarkan TAHAN TANPA BICARA.

Tahanan EO6 terdiri daripada Dr Jeyakumar Devaraj (MP Sungai Siput), Sarasvathy Muthu, A. Letchumanan, M. Sukumaran, Sarat Babu dan Choo Chon Kai.

Pemimpin negara kami dan media massa telah melontarkan tuduhan palsu “melancarkan perang terhadap Agong” dan membangkitkan komunisme. Walaubagaimanapun, menurut dokumen-dokumen rasmi, individu-individu ini dituduh atas penglibatan sebagai penggerak utama BERSIH 2.0.

Sudah menjadi pengetahuan am bahawa BERSIH 2.0 dipimpin oleh badan-badan masyarakat madani dan semua parti-parti politik telah dijemput untuk menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0.

Penahanan EO6 adalah tidak adil, zalim dan patut dikecam keras oleh semua. Kesalahan mereka hanyalah untuk menyokong BERSIH 2.0. Sekiranya seorang daripada kami ditahan, maka kami semua turut ditahan!



No comments: