Jul 21, 2011

selepas bersih 2.0 - video versi pdrm ditayangkan, tapi bukan untuk semua

sumber : bernama



Polis hari ini mengakui kemungkinan meriam air dipancutkan ke lorong-lorong di belakang hospital Tung Shin manakala asap gas pemedih mata yang ditembak meresapi perkarangan hospital itu.

Namun sasaran polis adalah peserta perhimpunan BERSIH 2.0 dan ia dijalankan mengikut prosedur operasi standard polis,” kata Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid.

"Perkara itu masih dalam siasatan. Namun polis tidak menafikan kemungkinan itu (pancutan meriam air dan gas pemedih mata memasiki kawasan hospital),” katanya pada sidang akhbar petang ini.

Dalam mempertahankan tindakan polis, Salleh berulangkali berkata dalam banyak kejadian peserta BERSIH 2.0 yang memprovokasikan anggotanya supaya menangkap mereka.

Sebelum sidang akhbar bermula, tayangan video juga dipertontonkan kepada wartawan bagi membuktikan polis mematuhi peraturan dan “layanan baik” mereka kepada hampir 1,700 orang yang ditangkap pada perhimpunan 9 Julai itu.

Semua klip video yang ditayangkan itu menunjukkan tindakan polis ke atas peserta BERSIH 2.0.

Bagaimanapun tidak ada klip video mengenai layanan polis terhadap anggota Pemuda Umno yang juga berhimpun bagi menentang BERSIH 2,0 pada hari berkenaan.

* * * * * * *

notasemut : apa cerita ni? kenapa tak tayang pada umum? kenapa tak tunjuk pada dunia? takut kena rakam dan dikaji secara terperinci ke? kah kah kah!


No comments: