Jul 5, 2011

sempena bersih 2.0 - baju rampasan jadi pelakon utama

Polis merampas 20 bilah parang, 36 botol bom petrol dan sejumlah bebola besi dalam serbuan di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama dekat Shah Alam, malam semalam.

Utusan Malaysia Online dalam laporannya menyebut rampasan itu disyaki berkaitan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Sabtu ini.

Akhbar milik Umno itu juga memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan oleh mereka terlibat sama dengan golongan komunis semasa zaman darurat.

Dalam serbuan itu, polis turut menemui 44 baju T berlambang BERSIH 2.0 dan sejumlah lilitan kepala berwarna merah serta kuning yang semuanya disimpan di dalam lima buah beg pakaian dan dua beg plastik.

Sabtu lalu ahli parlimen Sungai Siput Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula di bawah Ordinan Darurat (EO).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakarberkata penahanan itu adalah kerana mengikut maklumat awal, mereka dikatakan terbabit dengan pihak dari luar negara dan telah diresapi anasir subversif.



sumber : malaysiakini

ok ini kelakar. tengok tajuk entri di atas dan lu orang pikir la sendiri. buang masa gua nak ulas panjang panjang. kah kah kah!

notasemut : kali terakhir gua nampak geng psm ni masa perarakan aman sempena revolusi egypt yang bermula dari masjid klcc hingga ke kedutaan us. penganjur buat hari jumaat, lepas solat. masa tu memang ramai datang. psm pun ada. gua ingat lagi ada sekumpulan geng psm dengan berbaju-t merah dan berjaket hitam menunggu di tempat duduk taman klcc sementara menunggu khutbah dan muslim lain bersolat jumaat. gua senyum dan mereka pun senyum. kalau betul la mereka ni komunis, apa jadah mereka nak join perarakan anti-mubarak? lagipun perarakan tersebut berskala kecil dan majoriti disertai muslim yang bukan beragama umno. jadi, kesimpulan yang gua nampak psm ni berfikiran terbuka dan lantang menentang kezaliman. mereka bukan komunis. berarak pun sehelai sepinggang je. sumpah gua ada nampak geng psm ni ada bawak botol, tapi botol air mineral sejuk la. keh keh keh


No comments: