Jul 5, 2011

semut di pentas showdown

sumber : showdown leaderboard

dipendekkan cerita, siang tadi gua pergi join final tournament anjuran 8tv showdown. mula mula tu liat juga nak pergi, tapi lepas hanna 8tv cakap, "datang je, semua dapat hadiah" maka gua jadi bersemangat. ye la bukan gua sorang, wife gua pun layak ke final juga!

dipendekkan cerita lagi, gua kalah. wife gua pun kalah. kah kah kah! ye la, semua yang power power satu malaysia masuk. tapi kira ok la sebab kitorang dapat juga top 12 daripada entah berapa ramai yang main sejak dari minggu pertama showdown 2011 lagi. heh lagi pun bukannya kena bayor, apatah lagi sms! 

harap 8tv tak kecik hati la sebab gua tak pernah pun sms undi crew yang bertanding dalam showdown tu. gua cuma layan main game je boring boring. tak sangka pulak layak ke final. syukur alhamdulillah

akhir kata, terima kasih 8tv, sony, adidas, gua.com.my, tonton.com.my dan matchmove games di atas hadiah saguhati yang sangat lah banyaknya. kira raya ni memang gua tak payah beli baju la. kah kah kah! err bola adidas tu boleh tukar tak? gua tak sokong ac milan!

berikut antara gambar yang sempat gua tangkap sambil tunggu tournament bermula..







notasemut : gua nak buat apa dengan nombor talipon hanna 8tv ni?


1 comment:

Anonymous said...

WOW!!hebatla..no hana tu share2la bro..hehehe..