Aug 26, 2011

menjelang pilihanraya umum - syarikat pos peluru dikenal pasti

sumber : utusan satan

kah kah kah! ni berita lawak apa ni? polis sudah mengenal pasti syarikat kurier yang digunakan untuk pos peluru? kah kah kah! bukan ke sekali pandang je boleh tau syarikat kurier mana? dhl, nationwide, poslaju, kangaroo, ups, fedex, tnt, skynet, city link dan lain lain. bukan ke semua syarikat courier tu pakai consignment note dengan lambang dan nama syarikat masing masing? itu pun polis ambil masa sehari ke nak kenal pasti? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

pergi la buat kerja lain woi. molotov cocktail berpenutup pink, parang bau kedai dengan t-shirt bersih 2.0 packing ikut saiz itu hari pun tak setel lagi ni. kah kah kah! sudah sudah la bodohkan melayu, melayu dah muak dengan berita bangang macam ni woi!

notasemut : awas, peluru telah disahkan hidup. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!



ramadan yang tenang jangan disangka tiada si kitul

sumber : bernama

kah kah kah! angin takde ribut takde syaitan takde tiba tiba lepaskan jawatan? lepaskan jawatan sebab sebab kepentingan parti? ini keindahan pentadbiran umno? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

kenapa gua gelak sakan ni? nah baca sendiri dekat bawah ni.. (dipetik dari blog gunungmatcincang)


December 25, 2009 4:25 AM

SALAM.

Terima kasih diatas komen rakan!

Dan mungkin inilah gambaran sebenar perjalanan dan pimpinan UMNO terdahulu dan yang terkini dan mungkin inilah virus-virus yang sedang menyerang UMNO Padang Serai dari dalam oleh pemimpin UMNO itu sendiri.

Segala ketidakpuasan ini adalah berpunca dari berebut sisa-sisa bangkai yang masih ada.Projek dan kedudukkan adalah menjadi Agenda utama mereka!

Dari faktor dalaman inilah "SI KITUL" menyangak kesempatan untuk Agenda peribadinya.

Sayangnya pemimpin UMNO diperingkat bahagian yang sedang berebut "BANGKAI" yang ada tidak merasa dari perbalahan mereka akan merosak seluruh perjuangan bangsa.

Benarkah mereka ini dipilih atas dasar mampu memimpin bangsa ATAU dipilih atas dasar mereka bijak melapah Projek yang ada?

Andainya perpaduan UMNO Padang Serai diperingkat Bahagian ini masih berpanjangan.

Insyaallah "SI_KITUL" yang mengkafankan UMNO Padang Serai!

Hari ini "SI_KITUL" sedang berusaha untuk melingkup dan meranapkan UMNO Padang Serai.

Andainya perbalahan diantara ketua bahagian dan Timbalan masih belarutan. Insyaalah hancurlah UMNO padang serai!!

Siapa Si-Kitul yang licik itu? Tunggu saatnya Si Kitul bergelar juara Rakyat dengan alasan UMNO Padang Serai sudah tidak relevan lagi untuk dipimpin oleh mereka yang lebih berkepentingan pribadi!


notasemut : sekarang dah tau kenapa gua gelak? ya, sebab depa tengah perang!


pandu cermat poket selamat



Had laju jalan persekutuan, negeri dikurangkan

2011/08/25

KUALA LUMPUR: Had laju di jalan persekutuan dan jalan negeri di seluruh negara dikurangkan sebanyak 10km/j dalam usaha memastikan keselamatan pengguna jalan raya ketika perjalanan "balik kampung" untuk menyambut Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata had laju bagi jalan persekutuan kini diturunkan kepada 80km/j daripada 90km/j dan jalan negeri ialah 70km/j daripada 80km/j.
Beliau berkata, pengurangan kadar had laju itu bermula dua hari lalu sehingga 6 September.
"Walaupun kes kematian menunjukkan penurunan sebanyak empat peratus sepanjang tempoh Januari-Jun tahun ini, namun langkah berjaga-jaga adalah penting diutamakan sebelum dan selepas perjalanan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Kebangsaan 2011 sempena perayaan Aidilfitri, di sini hari ini.

Mengenai tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang melanggar had laju itu, Kong berkata pelbagai badan penguatkuasa sudah mengambil langkah berhubung perkara itu.

Katanya, kementerian akan memantau keadaan sepanjang kempen itu bagi mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian.

Mengenai permintaan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia dan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional supaya kementerian merombak Akta Pengangkutan Jalan 1967, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, beliau berkata kementerian akan mengkajinya.
Malah, katanya, agensi berkenaan di bawah kementerian itu mengadakan mesyuarat pagi ini untuk membincangkan perkara itu.

"Kami akan kaji cadangan itu dan maklumkan kepada mereka," katanya.

Mengenai laporan kira-kira 1,200 bas gagal ujian PUSPAKOM, beliau berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan mengendalikan perkara itu.

"Untuk mereka yang gagal, mereka perlu lakukan pembaikan atau tukar alat ganti yang perlu dan mereka perlu jalani ujian sehingga lulus. Selepas itu baru boleh berada di jalan raya," katanya.

Kong turut menasihatkan pengguna jalan raya yang akan balik ke kampung halaman untuk Hari Raya mengikut nasihat jadual perjalanan yang dikeluarkan syarikat pengendali lebuh raya, PLUS Expressways bagi mengelakkan kesesakan.

"Saya ingin nasihatkan juga supaya orang ramai menjaga Tiga K apabila memandu iaitu kelajuan, kesabaran dan kecergasan," katanya. - BERNAMA


notasemut : benda benda macam ni buat gua murka ni!

Aug 20, 2011

menjelang pilihanraya umum - pendaftaran 6P dilanjutkan sampai kiamat

sumber : bernama 12 ogos (minggu lepas)

sumber : bernama 20 ogos (hari ini)

hah ni apa cerita ni? lepas lanjut, lanjut lagi. senang cerita macam ni la. baik lu orang KDN dan imigresen pergi bukak kaunter dekat tepi pantai tempat pendatang asing mendarat. ha, senang. turun je bot terus isi borang. amacam?





Aug 18, 2011

Anna Hazare, protes anti-rasuah dan media pro-rasuah

sumber : utusan perasuah










ok kisahnya mudah. aktivis anna hazare ni melancarkan mogok lapar bagi mendesak kerajaan India membersihkan apa yang patut dalam sistem kerajaan depa. kira ok la tu tuntutan dia. bukan apa, gejala rasuah di india ni sejak gua sekolah rendah lagi dah biasa tengok petang petang dekat tv2. memang power punya rasuah. sampai tahap hero kampung tak boleh tahan, mengamuk belasah semua orang jahat termasuk polis polis korup baru la setel segala masalah.

lepas baca berita utusan kat atas tu, gua pergi google layan gambor gambor protes masa dia ditahan. disebabkan tak berapa nak percaya dengan utusan, gua pergi baca sendiri apa berita India online tulis pasal isu ni. dan seperti dijangka, taktik media dia lebih kurang je dengan malaysia ni rupanya. tak percaya tengok sendiri gambar highlight merah dekat bawah ni.

sumber : times of india


"We are emerging as one of the important players on the world stage. There are many forces that would not like to see India realize its true place in the comity of nations. We must not play into their hands." - kata PM India sambil menuduh protes tersebut didalangi Amerika.
gua ingat najib je kelakar, rupanya manmohan singh ni pun boleh tahan badut juga. dah sah sah orang tua tu protes sebab nak hapuskan rasuah yang makin teruk dalam kerajaan India, apa ke jadahnya Times of India cerita protes didalangi amerika pulak ni? ni belajar dari siapa ni? belajar dari hishamudin hussein masa bersih 2.0 ke ni? gua harap lepas ni polis India takde la jumpa parang, bom molotov dan t-shirt bertulis 'I am Anna' di semak berhampiran lokasi protes pulak. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah! oh ya lagi satu harapan gua supaya penduduk India takde la beramai ramai masuk kristian pulak lepas ni. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

notasemut :  budaya media putar belit ni sebenarnya berleluasa sejak zaman chedet lagi. ala, pendatang kerala tu..


Aug 16, 2011

menjelang pilihanraya umum - mati katak

sumber : wiki

kita bagi la dia enjoy dulu puas puas ye dak? bukan apa, kalau tengok pada mimik muka dia ni, gua syak zaman sekolah dulu dia ni jenis selalu kena buli. sebab tu dia membesar dalam keadaan yang macam kita tengok sekarang ni. kah kah kah!

notasemut : kalau gua kata PAS bangang karang mesti ramai yang melatah. tapi bila tengok pada nama calon tahun 2008 tu, dan apa yang dah jadi sekarang, memang bangang sangat la. terus terang kabor. harap pilihanraya umum akan datang ni takde la calon sampah macam ni lagi.

pesakit mental


Aug 15, 2011

Golden Churn Pure Creamery Butter - haram di malaysia, halal di brunei

sumber : bernama

sumber : blogger

* * * * * * *

sementara itu di brunei,


Brunei News : Golden Churn Pure Creamery Butter is HALAL finally.

The Ministry of Religious Affairs of Brunei Darussalam would like to inform the public especially the Muslim community in this country that the Islamic Religious Council of Brunei Darussalam conducted a meeting to discuss the status of Golden Churn Pure Creamery Butter.

After evaluating the reports made by the Department of Scientific Services, Ministry of Health which analysed 17 samples collected from all four districts in this country, including samples from a neighbouring country, the result of the analysis on all samples have shown that Golden Churn Pure Creamery Butter is free from pig DNA. Based on this analysis, the Islamic Religious Council of Brunei Darussalam concluded that all Golden Churn Pure Creamery Butter products currently distributed in Brunei Darussalam are free from pig DNA and can now be consumed by the public particularly the Muslim community.


notasemut : tahukah anda poco poco haram di perak tapi halal di selangor? nasib baik gua tak terpoco poco dekat kampung semalam. debor sekejap. debor my ass


PAS dibubarkan berkuatkuasa serta merta

sumber : utusan syaitan laknatullah

dumb and dumber

apa hal binatang kat atas ni? dia tau tak dia cakap apa? dia ni lulusan universiti tampoi ke tanjung rambutan? dia ni reti membaca ke tidak? dia ni kenal google ke tidak? jenis perangai na'haram macam ni layak ke nak bagi anugerah kepimpinan khas di uitm? dia tau tak berapa ramai melayu tak puas hati dengan dia ni? dia tau tak berapa ramai anak muda pandang keji dan hina susuk bernama ibrahim ali ni? dia tau ke tak hari hari dia kena maki di kedai kopi? apa yang dia tau?!


* * * * * * *

Dr Asri: Benarkan hanya azan di pembesar suara

Mohd Asri Zainul Abidin
Jan 15, 11
4:20pm

Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan -selain azan - yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan Islam sehingga mereka menyangka ia azan.

Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah 'perjuangan mempertahankan Islam'. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

• Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

• Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan Islam dan lain-lain.

Keliru antara azan dan bacaan lain

• Ramai orang bukan Islam keliru antara azan dan bacaan-bacaan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

• Sebenarnya, Nabi sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Baginda, kata Abu Sa'id al-Khudri:

“Ketika Nabi Muhammad SAW beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain.

Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid. Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya.

Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin r.h mengulas hadis ini dengan katanya:

“Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).

Dosa menyakiti sesiapa di sekeliling

“Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa.. tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid.. dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini.. boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

“Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/al​l/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua beragama Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita?

Tipu daya iblis

• Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai. Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata:

“Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan. Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

• Maka, dengan itu umat Islam patut menghentikan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi s.a.w. dan juga menjaga Islam yang harmoni. Suara-suara yang dikuatkan itu bukan menambahkan cinta mereka kepada Islam, sebaliknya menimbulkan salahfaham banyak pihak.


notasemut : gua nak tulis benda benda agama ni takde la pandai sangat, jadi gua copy paste je la. walaupun isu ni sebenarnya dah lama, tapi gua kongsi jugak memandangkan masih ramai melayu beragama umno yang bebal di luar sana. tapi gua tau, lepas baca ni pun depa tetap kekal bebal seperti biasa. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!


Aug 13, 2011

najib di mahkamah - utusan vs AFP

muka depan utusan


sumber : utusan syaitan

sumber : AFP

kah kah kah! sebenarnya gua takde hal pun najib dengan rosmoh ni tak nak bercakap ke, nak berlakon bisu ke, pura pura lupa macam mahathir ke, serius gua tak kisah. itu memang hak masing masing. tapi tak payahla lu cerita pungpangpungpang nak bantu mahkamah merungkai blablabla.. lepas tu siap bagitau wartawan tak perlu dedah apa yang dah disampaikan pada peguam anwar. kah kah kah! boleh tahan bangang juga perdana menteri malaysia ni rupanya.

tapi terus terang kabor, bangang bangang dia, bangang lagi penyokong dia. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!


Aug 12, 2011

demo anti murtad - feat. ezam dan zulkifli nordin [gambar curi]








sumber : blog pencacai

notasemut : oh macam ni rupanya demo anti murtad. harap makin ramai la saudara baru yang berminat nak peluk Islam lepas tengok demo ni. 




riot uk - berani kerana benar





Chelsea Ives, 18, ditahan selepas ibu bapanya mendakwa melihatnya di TV semasa keganasan tercetus di Enfield lalu menelefon polis.

Ibu Adrienne, 43, berkata: "Saya tidak menyesal. Saya sayang anak perempuan saya tetapi dia dah besar dan tahu apa yang salah."

Dia ditahan di lokap malam tadi selepas ibu bapa Adrienne dan Roger menyerahkannya pada pihak polis apabila mereka mendakwa melihat di TV anaknya menyerang sebuah kereta polis.

Adrienne berkata: "Kami tidak menyesal dan akan melakukan perkara yang sama sekali lagi.

"Anak-anak saya sentiasa diajar apa yang betul dan apa yang salah. Mana-mana orang yang berfikir tentang kebenaran akan melakukan perkara yang sama."

Polis hari ini mendedahkan separuh daripada 240 suspek rusuhan London yang telah muncul di mahkamah setakat ini adalah di bawah umur 18 tahun.

By 07:00 pagi ini, polis telah menahan 1051 di London manakala 591 telah dikenakan hukuman. Lebih daripada 1,500 telah ditangkap di seluruh negara.

Chelsea, seorang atlet berbakat dan penyanyi, adalah antara kumpulan remaja London yang dipilih untuk menjadi duta untuk Sukan Olimpik 2012.

Mereka sepatutnya menjadi kebanggaan di ibu kota kita - dan secara rasmi akan mengalu-alukan pelancong asing.

Adrienne menceritakan saat-saat menakutkan apabila dia dan Roger melihat aksi Chelsea di skrin TV mereka semasa keganasan pada Ahad malam di Enfield, North London.

Beliau berkata: "Kami menonton rusuhan. Ia adalah menjijikkan. Kemudian kami terlihat dia dan kami sangat terkejut ....

"Dia bukan seorang yang kami baru kenal, tapi dia adalah anak perempuan kami. Dia belajar A-level, olahragawati halus dan seorang penyanyi yang hebat - kanak-kanak yang indah, kreatif dan berbakat.

Beliau menambah: "Kami sangat sedih. Dia tidak cuba untuk menghentikan kami daripada menelefon polis, dia tahu itu semua tidak berguna.

"Pihak polis telah datang ke rumah untuk membawanya. Anggota polis berkata, tindakan kami sangat berani.

"Ramai ibu bapa tahu anak-anak mereka telah terlibat. Saya menggesa mereka untuk melakukan apa yang kami lakukan."

Chelsea, seorang remaja berbakat.


notasemut : agak agak najib nak serahkan rosmoh ke balai polis berdekatan tak? kah kah kah!


Aug 11, 2011

misteri bible nusantara

sumber : facebook la mana lagi

ok ini tak kelakar. dari pagi tadi gua perasan status jenis macam atas ni penuh dekat news feed facebook gua. mula mula tu gua buat buat tak nampak je, sebab status jenis spam ni gua dah malas nak layan sebenarnya. lagipun gua tengah lapar, lagi la malas jadinya.

tapi bila dah lebih 10 orang update benda lebih kurang sama, gua jadi tensen. gua try la buat benda yang dia tulis tu. ala benda blablabla.blogspot.com tu la. lepas tu? kah kah kah! padan muka semua. sikit pun tak best. baik baca kad pengenalan sendiri daripada layan baca website macam gitu ye dak?

tapi tu la masalahnya, bila gua fikir fikir balik. mudah betul melayu ni kena ayam ayamkan. gua syak orang yang mula mula up status macam screenshot di atas la yang sebenarnya yang nak promote website tersembunyi tu. untuk apa? entahla gua pun tak tau. itu dia punya hal. gua baca takde pulak rasa nak jadi murtad ke mende. tapi siapa tahu daripada 1000 orang yang baca mungkin ada seorang yang akan tertarik? ya, jadi itu la tujuannya. dan kita pulak tolong sebarkannya lagi. keh keh keh

sebab tu la gua tak copy dan paste status jenis macam atas tu. sebenarnya lu orang menyebarkannya supaya lebih ramai orang tau benda yang.. err rasanya tak perlu tau pun takpe. dan sekarang, rasanya semua pembaca pun dah tau. sebab gua dah bagitau! kah kah kah!


notasemut : harap takde la yang gua murtadkan hari ni.

demo sokong jais dan pertahankan Islam [gambar]



sumber gambar : blog pencacai

notasemut : kalau gua bukan Islam, confirm gua makin benci dengan Islam bila tengok gaya monyet monyet ni semua..