Aug 26, 2011

ramadan yang tenang jangan disangka tiada si kitul

sumber : bernama

kah kah kah! angin takde ribut takde syaitan takde tiba tiba lepaskan jawatan? lepaskan jawatan sebab sebab kepentingan parti? ini keindahan pentadbiran umno? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

kenapa gua gelak sakan ni? nah baca sendiri dekat bawah ni.. (dipetik dari blog gunungmatcincang)


December 25, 2009 4:25 AM

SALAM.

Terima kasih diatas komen rakan!

Dan mungkin inilah gambaran sebenar perjalanan dan pimpinan UMNO terdahulu dan yang terkini dan mungkin inilah virus-virus yang sedang menyerang UMNO Padang Serai dari dalam oleh pemimpin UMNO itu sendiri.

Segala ketidakpuasan ini adalah berpunca dari berebut sisa-sisa bangkai yang masih ada.Projek dan kedudukkan adalah menjadi Agenda utama mereka!

Dari faktor dalaman inilah "SI KITUL" menyangak kesempatan untuk Agenda peribadinya.

Sayangnya pemimpin UMNO diperingkat bahagian yang sedang berebut "BANGKAI" yang ada tidak merasa dari perbalahan mereka akan merosak seluruh perjuangan bangsa.

Benarkah mereka ini dipilih atas dasar mampu memimpin bangsa ATAU dipilih atas dasar mereka bijak melapah Projek yang ada?

Andainya perpaduan UMNO Padang Serai diperingkat Bahagian ini masih berpanjangan.

Insyaallah "SI_KITUL" yang mengkafankan UMNO Padang Serai!

Hari ini "SI_KITUL" sedang berusaha untuk melingkup dan meranapkan UMNO Padang Serai.

Andainya perbalahan diantara ketua bahagian dan Timbalan masih belarutan. Insyaalah hancurlah UMNO padang serai!!

Siapa Si-Kitul yang licik itu? Tunggu saatnya Si Kitul bergelar juara Rakyat dengan alasan UMNO Padang Serai sudah tidak relevan lagi untuk dipimpin oleh mereka yang lebih berkepentingan pribadi!


notasemut : sekarang dah tau kenapa gua gelak? ya, sebab depa tengah perang!


No comments: