Sep 30, 2011

FITNAH khalid samad - utusan syaitan didapati bersalah

klik kasi besar

gambar di atas ni muka depan utusan 11 september 2009. letih juga gua cari, nasib baik jumpa. dan di bawah ni pula berita fitnah penuh yang ditulis oleh wartawan utusan syaitan. tak payah baca pun takpe, sebab dah confirm fitnah. saja je gua letak sebagai rujukan sejarah ke-syaitan-an pihak utusan ni. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

11/09/2009
Zulkifli bidas ‘Pak Janggut’

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 10 Sept. – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya ‘Pak Janggut’ yang sanggup memutar belit ayat-ayat al- Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seksyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu.

Menurutnya, ‘Pak Janggut’ turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.

“Yang paling jelik, ‘Pak Janggut’ ini sanggup memutar belit ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil,’’ katanya.

Zulkifli berkata demikian di dalam blognya, http://zul4kulim. blogspot.com/ bagi mengulas isu pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam yang dirancang kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang tetapi dibantah penduduk Islam di situ.

Ia menyebabkan 12 penduduk Islam di kawasan itu dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dalam perhimpunan haram mengarak kepala lembu di hadapan bangunan kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini bagi membantah pembinaan kuil itu.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan identiti individu yang digelar ‘Pak Janggut’ itu.

Zulkifli berkata, memang umat Islam disuruh berlaku adil termasuk kepada bukan Islam yang berada di bawah pemerintahan Islam tetapi ia hanya terhad kepada soal menjaga kebajikan mereka termasuk memelihara tempat ibadah.

Katanya, umat Islam di situ bagaimanapun dilihat seolah-olah tidak mempunyai hak untuk bersuara dan hidup dalam keadaan aman harmoni berdasarkan status quo mereka.

“Umat Islam di situ dipaksa menerima perintah untuk kuil dibina dan perintah itu dikatakan dibenarkan di dalam al-Quran.

“Malahan mereka dikatakan berdosa kerana tidak mengikut al-Quran untuk membenarkan pembinaan kuil itu,” jelasnya.

Katanya, pembinaan kuil itu telah banyak diputar belit dan digembar-gemburkan sehingga menyebabkan isu sebenar pencerobohan tanah di kawasan itu untuk menghalalkan pemindahan dan pembinaan kuil yang haram terus tenggelam.

“Isu demonstrasi kepala lembu pula diputarbelitkan cerita sebagai menghina tuhan orang lain,” katanya.

Bagaimanapun Zulkifli berkata, tindakan yang dilakukan penduduk Seksyen 23 itu mengadakan perhimpunan haram dengan membawa kepala lembu dan memijaknya tidak sepatutnya berlaku kerana menimbulkan persepsi yang negatif.

Katanya, ada banyak cara lain untuk menunjukkan ketidakpuasan hati dalam isu tersebut contohnya memfailkan saman dan injunksi menghalang keputusan kerajaan Selangor itu.

* * * * * * *

dan berita di bawah pula adalah kejayaan khalid samad selepas bertindak menyaman syaitan syaitan yang terlibat dalam menerbitkan artikel fitnah 'muka depan' di atas.


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Utusan Malaysia bersalah memfitnah ahli parlimem Shah Alam, Khalid Samad dalam kenyataan yang disiarkan di muka akhbar berkenaan.

Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham Prasad berkata plaintif (Khalid) telah berjaya membuktikan kenyataan itu - yang diambil dari blog ahli parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin - adalah salah.

Hakim bagaimanapun menarik perhatian mengapa ahli parlimen Bandar Baru Kulim itu tidak dinamakan sebagai defendan.

Mahkamah menolak pelindungan bersyarat sebagai pembelaan dalam kes tersebut kerana hakim berkata kehidupan di Malaysia perlu mengambilkira sensitiviti semua kaum, tidak seperti undang-undang di Australia atau United Kingdom.

Dalam penghakiman lisannya, hakim berkata semua defendan bersalah memuat-turun artikel dari blog tersebut tanpa memeriksa kandungannya (berhubung sensitiviti).

Hakim Sandosham menetapkan 11 Oktober untuk mendengar penghujahan tentang gantirugi. - malaysiakini

notasemut : pencacai umno selalu kata harakah juga akhbar fitnah. hah, awat tak saman? utusan berapa kali dah kena saman? berapa kali utusan kalah kerana fitnah dan kena bayar ganti rugi? ingat tak? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

Sep 29, 2011

HUDUD - muhyiddin mudah lupa

sumber : bernama

kah kah kah! apa benda ni muhyiddin? siapa yang start bising bising dulu hal hudud ni? siapa yang hari hari sibuk melaga lagakan tuan guru nik aziz dengan karpal singh time berita jam 8? lepas tu siap ada mat kutty siap cabar pas laksana hudud lepas dia dah tak jadi perdana menteri tu lahanat apa? muslihat politik siapa ni bai? kes lu dengan zaharin dah setel belum? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

untuk yang tertinggal bas, bawah ni gua letak berita dari harakahdaily masa awal awal isu hudud ni timbul itu hari. baca pelan pelan. yang point bawah tu penting. jangan hilang fokus.


Isu hudud petanda akhir pilihanraya
Nasrudin bin Hassan

1. Tidak ada petir, tidak ada guruh, tiba - tiba isu perlaksanaan hukum hudud timbul kembali. Pada pandangan saya, apabila timbul isu perlaksanaan hukum hudud dan ia dimulakan oleh pemimpin dan mantan pemimpin UMNO dan BN maka ia menandakan masuknya musim pilihanraya.

2. Isu perlaksanaan hukum hudud tidak akan kedengaran atau ia tidak akan menjadi polemik jika tidak kerana datangnya musim pilihanraya. Isu ini tidak pernah muncul pada musim panas mahupun musim sejuk. Juga tidak timbul pada musim kemarau atau musim hujan. Bahkan isu hukum hudud ini tidak langsung kedengaran pada musim - musim lain seperti musim haji, musim perayaan, musim cuti hatta musim durian sekalipun. Isu hudud hanya muncul dengan segala ribut polemiknya apabila tiba musim pilihanraya.

3. Hudud adalah sebahagian dari syariat Allah swt yang telah dinaskan di dalam al Quranul Karim. Tuntutan melaksanakannya adalah kekal sejak ia diwartakan oleh Allah swt sebagai Tuhan yang mencipta langit, bumi, manusia dan seluruh alam cakrawala ini. Justeru itu, ia bukan satu isu ! sebaliknya ia adalah ilmu dan syariat yang mesti dipelajari, difahami, dilaksana dan dihayati oleh ummat Islam.

4. Saya kagum dan menyokong kenyataan YAB Ayahanda Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan yang konsisten dengan pendirian dan prinsip perjuangan Islam yang didokong. Sebetulnya adalah satu keistiqamahan yang dituntut kepada semua pemimpin dan anggota Jamaah Islam. Maka saya tidak nampak sebarang isu atau polemik di situ melainkan musim pilihanraya telah tiba.

5. Perbahasan mengenai hudud tidak selayaknya di media kerana ia bukan isu politik untuk dipolemikkan, tetapi ia adalah ilmu dan syariat yang mempunyai kaedah, usul dan feqh yang perlu dipelajari dengan jujur, difahami dengan halus, diamal dengan telus dan dihayati dengan tekun.

6. Perbahasan dan pengkajian mengenai hudud mesti melalui seminar kefahaman yang berterusan, pengajian khusus di pusat pengajian Islam seperti Universiti, madrasah, masjid, usrah, forum, diskusi, wacana, dialog atau halaqah - halaqah tertentu yang dilakukan secara berterusan.

7. Saya menyarankan kepada semua termasuk non muslim dan khasnya kepada pemimpin - pemimpin Umno dan BN yang mahu memahami dan mendalami hukum hudud dan perlaksanaannya supaya daftar dan menyertai kelas pengajian di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad [KUIZM]. Inilah antara tempat yang sesuai untuk belajar, berdiskusi dan berwacana kearah memahami hukum hudud yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh syara'

8. Berbahas dan berpolemik di dada media, pula mendedahkan isu ini kepada komentar orang ramai yang bercakap tidak berasaskan ilmu adalah suatu yang tidak selayaknya berlaku justeru ia akan mendedahkan kesucian hukum Allah swt ini kepada pencemaran fikrah [pemikiran] dan aqidah [keyakinan].

9. Musim pilihanraya hampir serupa dengan musim tengkujuh dalam beberapa aspek terutama ribut yang menghuru - harakan dan petir yang gegak gempita. Kini Umno dan Agensinya sedang porak peranda ekoran siri pendedahan yang konsisten Dewan Pemuda PAS Malaysia terhadap penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan konspirasi memenangkan Umno dan BN melalui cara yang tidak demokratik.

10. Selesaikan dulu kepincangan politik dan ketempangan demokrasi negara kerana inilah isu sebenar yang sedang dihadapi oleh rakyat keseluruhannya mendepani pilihanraya umum yang akan datang.

Hak mereka mengundi tercalar dengan wujudnya ic klon dan nama pemilih yang bertindih.

Kedaulatan negara terganggu dengan wujudnya pemegang ic berkod 71 tanpa dikenali dan diketahui asal usulnya dengan jumlah melebih 170 ribu.

Demokrasi tercemar apabila peraturan yang digubal tidak konsisten dan tidak saksama.

Integriti pengendali sistem pilihanraya [SPR] negara yang tercalar kerana sikap yang bias dan tidak telus.
-------------------------------------------------------------------------
Nasrudin bin Hassan adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Sumber : Harakahdaily


notasemut : hampir seminggu gua tunggu umno nyatakan pendirian pasal hudud. nampaknya mereka juga tidak menyokong. malah siap mempersendakan lagi hukum Allah ni. tahniah

Sep 28, 2011

HOT : editor kanan utusan 'tak sengaja' bogelkan najib

sumber : malaysiakini (berita penuh di dalam)

hah nak kira checkmate ke macam mana ni? macam mana kos belanja najib boleh diperolehi dengan detail dan pantas? maknanya detail pembaziran yang anwar dedahkan selama ni betul la ye dak? kah kah kah! kalau fitnah buat apa nak pakai orang dalam, reka sendiri pun dah cukup. kah kah kah! siapa nak jawab ni?

berikut gua kongsikan dua berita (sebenarnya banyak lagi, sila google sendiri) mengenai perbelanjaan mewah lawatan najib sepanjang menjadi perdana menteri. nah amik!


* * * * * * *

KUALA LUMPUR: Perbelanjaan lawatan rasmi yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri ROsmah Mansor berjumlah RM17,118,650.58 dalam tempoh 2008 hingga 2011.

Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis terhadap soalan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang bertanya tentang jumlah perbelanjaan lawatan rasmi Perdana Menteri dan isteri serta Timbalan Perdana Menteri dan isteri mengikut tarikh, lokasi dan tujuan dari tahun 2008 hingga 2011.

Dalam jawapan tersebut, Najib dan Rosmah membelanjakan RM 1,739,332.85 (2008), RM 4,811,837.48 (2009) RM 5,140,307.99 (2010) dan RM 5,427,172.26 sehingga Jun 2011. Manakala, kos keseluruhan lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri dan isteri bagi tempoh sama berjumlah RM 8,020,328.07.


Bagi peruntukan khas kepada Rosmah pula, Jabatan Perdana Menteri tidak menyediakan peruntukan khas bagi perbelanjaan mengurus. Perbelanjaan hanya diberi terhadap perkara yang melibatkan Pejabat Perdana Menteri sahaja.

“Berbanding ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, nampaknya Rosmah lebih banyak melancong. Kita lihat lawatan rasmi Perdana Menteri telah menjadi jadual pelancongan isterinya,” kata Tian ketika ditemui Keadilandaily.

Namun, kata Tian Chua, sehingga kini rakyat tidak melihat hasil lawatan tersebut membawa pulangan kepada negara.

“Apakah lawatan ini mendatangkan pulangan perdagangan dan perhubungan diplomatik yang lebih baik?

“Jumlah perbelanjaan ini menunjukkan peningkatan setiap tahun. Ketika rakyat terpaksa mengikat perut dan mengubah gaya hidup, Perdana Menteri dan isteri sewenang-wenangnya membelanjakan wang orang ramai untuk perkara yang belum tentu membawa faedah.

“Ketika mereka ke luar negara, permasalahan domestik masih tidak diselesaikan. Apakah ini maknanya rakyat didahulukan,” soal Tian Chua.

Dewan Rakyat sebelum ini pernah dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh yang ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.
Malah, Rosmah didakwa turut berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah di Atlantis, Dubai hanya untuk satu malam.

Sumber : Keadilandaily

* * * * * * *

Najib sewa jet mewah untuk bercuti - Anwar

Penasihat Keadilan Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau yang kecewa kerana di saat rakyat disuruh berjimat cermat dan dibebani dengan kenaikan harga barang keperluan, kenaikan harga minyak petrol dan kadar tol, pemimpin-pemimpin negara membazir wang rakyat untuk bersenang lenang dengan jet-jet mewah.

“Selepas itu Najib dan rombongan 16 orangnya ke Tokyo, kemudian berlepas Honolulu sebelum ke Las Vegas dengan menyewa sebuah jet mewah,” dakwa Anwar yang dipetik daripada laman web Suara KeADILan online.

“Persoalan yang kita ingin tanya ialah, apakah benar berita yang saya terima ini. Sekiranya benar dari mana seorang Timbalan Perdana Menteri (sebelum jadi PM) memperolehi wang yang banyak untuk mampu menyewa sebuah jet eksekutif mewah bagi percutian tidak rasmi? Yang pasti duit ini adalah duit rakyat yang jadi pembayar cukai,” tambah Anwar.

Sumber : Harakahdaily

* * * * * * *

notasemut : ini belum masuk kos belanja cincin jacob&co, gelang zebra dengan beg hermes birkin kulit buaya lagi ye dak? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah! jawab! jawab!


selepas bersih 2.0 - 69 ribu nama pengundi di'bersih'kan dalam 3 bulan

sumber : utusan syaitan

notasemut : kenapa mulai julai baru nak dibersihkan nama nama tu semua? habis selama ni ke mana perginya undi undi mereka? kenapa sebelum julai tak buat kerja? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!


Tragedi letupan di Empire Shopping Gallery Subang Jaya [gambar]

SUBANG JAYA, 28 Sept (Bernama) -- Empat cedera dalam satu letupan yang dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran gas di pusat membeli-belah Galeri Empire di sini, awal hari ini.

Mereka yang cedera dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu terdiri daripada dua pengawal keselamatan rakyat Nepal dan dua pelangan rakyat tempatan yang masing-masing cedera di tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Zainal Abu Bakar berkata letupan berlaku di kawasan aras bawah pusat membeli-belah itu.

"Punca sebenar letupan yang berlaku dalam laluan keluar salah sebuah premis di pusat membeli belah itu belum diketahui dan masih dalam siasatan," katanya kepada Bernama di sini.

Polis telah menutup kawasan sekitar pusat membeli-belah itu menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di kawasan sekitarnya pagi ini.

Seorang penjual kuih di kawasan berhampiran yang hanya mahu dikenali sebagai Niza, 28, berkata letupan itu menyebabkan beberapa bahagian hadapan pusat membeli-belah itu rosak termasuk beberapa kafe, restoran dan kedai pakaian.

"Dengar cerita letupan itu berpunca daripada saluran paip gas yang bocor," katanya kepada Bernama.








sumber gambar : twitter dan facebook

Sep 26, 2011

gambar skandal keluarga anwar ibrahim? biar semut tolong jawab..

sumber :  pahangdaily
tadi gua perasan di facebook ada bising bising sikit pasal gambar di atas yang kononnya gambar peribadi keluarga anwar ibrahim didedahkan. dan macam biasa, ditokok tambah cerita seolah olah gambar anwar dan azwan ali diambil ketika bercuti di sebuah pusat peranginan (nak bagi 'feel' macam gay la tu. kah kah kah!) macam biasa. gua sengih. sengih yang mengundang gua open-new-tab lalu mengadu pada brader google.

kalau pikir dengan akal yang waras, gua rasa gambar gambar di atas ni takde benda pun. gua pun pernah tangkap gambar dengan perempuan berbikini basah lenjun masa kerja sunway lagoon dulu. steady je. mungkin sebab gua bukan ahli politik, dan juga bukan anak seorang ketua pembangkang. kah kah kah!

berbalik pada open-new-tab gua tadi, gua jumpa la tiga keping gambar nurul izzah yang berpakaian sebijik seperti gambar di atas. bukan pakaian je, style tudung pun sama! dan ketiga tiga gambar ni di ambil semasa kempen pakatan rakyat di sarawak itu hari. jadi apa nak heran? mesti la ada sesi tangkap tangkap gambar dengan orang sarawak ye dak? so apa masalahnya? rosmoh je boleh tangkap gambar? gitu? ptui!





dan yang paling kelakar sekali, gua jumpa gambar si azwan ali ni masa dia menghadiri rumah terbuka azmin ali di taman TAR, ampang. nah tengok sendiri. tak payah bagi link la, semua orang tau gambar ni diambil dari fotopages minaq jinggo. sama tak baju dia dengan anwar seperti gambar di atas sekali tu? sama tak? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!





Sep 24, 2011

hari belia - setahun berapa kali?

sumber : bernama hari ini


hari belia negara - MEI 2011



notasemut : setahun berapa kali hari belia ni sebenarnya?

Sep 23, 2011

HARAM ajak rakyat mengundi, HALAL tonton video lucah

SKMM diminta jelas sebab larang video 'Undilah' - Malaysiakini

Pihak berkuasa perlu menjelaskan mengapa stesen-stesen TV tempatan diarahkan supaya berhenti menyiarkan video yang menggalakkan orang ramai mendaftar sebagai pengundi, kata naib presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

"Saya amat terkejut membaca berita bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengarahkan penyiar tempatan berhenti menayangkan hebahan khidmat awam (PSA) - "Undilah" - yang diterbitkan oleh Pete Teo dan dilancarkan pada Hari Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Izzah (kanan) yang juga ahli parlimen Lembah Pantai, adalah antara mereka yang muncul dalam klip video itu yang turut menampilkan ahli politik BN seperti ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong.


* * * * * * *




A Pete Teo PSA Music Video promoting the vote. Features vocals by Afdlin Shauki, Namewee & Tengku Razaleigh Hamzah and many Malaysians including @Aisehman, Baki Zainal, Bront Palarae, Chelsia Ng, Daphne Iking, Jehan Miskin, Johan F. Khairuddin, Karamjit Singh, Lai Ming, Lee Chong Wei, Nurul Izzah Anwar, Rosnah Abd Rashid Shirlin, Rina Omar, Reshmonu, Sharifah Amani, Sazzy Falak, Reza Salleh, Tengku Azmil Zahruddin, Tony Fernandes, Wardina Safiyyah, Wee Ka Siong, Yasmin Yusuf, Albert Law, A. Kohilan Pillay, Jason Lo, Mohan, Khalid Samad, Aizat Amdan, Tee Hui Ling, Usha Nandhini, Chia Ting Ting, Nur Farina, Sassi Tharan Rajoo, Nik Nazmi, Tony Pua & David Lai.

notasemut : video ni takde mat bangla, mat indon, nepal, filipina dan lain lain. sebab tu skmm tak suka. lain kali buat video yang siap ada adegan lucah. confirm hari hari keluar tv3. pete teo, please take note.


Sep 22, 2011

mahathir jijik wakil rakyat mewah - mokhzani beli bugatti veyron? [gambar]

Mahathir: Rakyat pandang jijik wakil rakyat mewah - Malaysiakini

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegur wakil rakyat BN supaya mengubah imej mewah yang ditonjolkan sehingga menyebabkan rakyat berasa jijik dengan parti itu.

kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah! cakap siang pandang pandang woi orang tua. ni anak lu baru angkat Bugatti Veyron ni apa cerita? 





sumber : planet wan

yang atas ni yang terbaru. yang bawah ni nak kira macam mana pulak? jijik ke tak jijik ni mahathir? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!





notasemut : tapi gua paham mahathir ni sebenarnya attack siapa. bukan wakil rakyat BN, tapi rosmoh! kah kah kah! maunya dia tak menyirap, cincin rosmoh je boleh beli berapa bijik Bugatti Veyron tu. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!


sempena penutup syawal - rancangan hujung minggu semut yang serba percuma

SABTU

sumber : hilangpunca

sumber : sindiket sol-jah

sumber : aloyparadoks

maskara shorties kali ni mesti pergi sebab gua dah terlepas maskara shorties tahun lepas disebabkan kesibukan kerja. gua harap tak hujan la malam tu nanti. berminat? sila rujuk map di SINI. oh ya, tayangan ini adalah percuma!


* * * * * * *

AHAD

hasil dari kehebatan isteri gua main game anjuran peel fresh di facebook, kami menang 4 tiket percuma!

sebenarnya dah lama tiket ni ada di rumah. sebelum expired, baik pekena wayang ye dak?

dan ini lah cerita pilihan kami. hantu bonceng? pui!

notasemut : segala permintaan sesi tarik teh, balik kampung, open house/kenduri luar dari kawasan lembah klang, ceramah politik, forum perdana, perhimpunan aman dan lumba haram tidak akan dilayan. terima kasih.


Sep 21, 2011

menjelang pilihanraya umum - zaharin VS muhyiddin [mari kita tengok siapa yang terbogel]

sumber : wall facebook zaharin

amboi marah betul setiausaha umno bahagian bandar tun razak ni ye dak? tapi bagus la, bila marah macam ni baru keluar semua benda yang selama ni umat melayu tak tahu. kah kah kah! pada yang berminat untuk study lebih lanjut apa 'sebenarnya' yang berlaku dalam umno bandar tun razak khasnya, boleh la lawat wall facebook beliau yang setakat hari ini masih terbuka untuk dibaca oleh masyarakat fesbuk di SINI. gua sempat la printscreen sikit kat atas tu. tapi kalau nak lagi best pergi baca sendiri dan baca pula komen komen di bawah setiap status berapi beliau. terima kasih zaharin. oh ya terima kasih juga harakahdaily yang cerita pasal isu ni. (rujuk: Blogger Umno gelar Muhyiddin 'anak paria'- Harakahdaily)

notasemut : zaharin ni juga adalah blogger sang kelembai. muhyiddin ada blog tak? teringin juga gua nak tengok fight antara blogger ni. kah kah kah!


Sep 20, 2011

menjelang pilihanraya umum - pertama kali najib berkata benar

sumber : bernama

kah kah kah! senak perut gua ketawa dari tadi. tambah pulak bila baca komen komen daripada wall facebook berita harian online di bawah. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

sumber : berita harian online facebook page

notasemut : rakyat semakin bijak. tahniah!


Sep 19, 2011

menjelang pilihanraya umum - satu penghinaan besar dalam sejarah peradaban pilihanraya oleh najib

sumber : umno online

kalau dah namanya pemimpin umno, tak sah la kalau tak membodohkan umat melayu ye dak? untuk adik adik yang masih belum layak mengundi dan tak berapa paham isu ni, sila baca petikan dari wikipedia di bawah

Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan. - sumber wikipedia

maknanya di sini, kalau lu orang tetap sokong BN walaupun dah tahu yang calonnya ialah seekor syaitan, maka.. entahlah, gua dah kehabisan ayat untuk mencerminkan malapetaka yang akan berlaku, atau mungkin lebih tepat - yang sedang berlaku.

notasemut : kenapa najib keluar kenyataan macam ni? adakah ini satu pengakuan ikhlas bahawa calon BN semuanya bangang bangang belaka? atau ada masalah perebutan kerusi yang kronik di dalam BN? katak katak nak campak ke mana pulak nanti? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!


Sep 17, 2011

mansuh ISA keputusan BN, bukan perjuangan PAKATAN - najib

ini perjuangan siapa?

sumber : bernama

apa lu merepek ni najib? kenyataan bangang macam ni memang menjatuhkan imej lu yang dah sedia busuk tu bai. harap guna la otak tu untuk berfikir sebelum keluar kenyataan. bukan apa, gua turun sekali masa Gerakan Mansuhkan ISA itu hari. sampai muntah juga overdose kena tear gas. (rujuk - dari lensa semut




Sep 15, 2011

najib umum ISA mansuh, hisham umum ISA diganti baru tidak lama lagi

sumber : bernama 10:11pm

sumber : bernama 10:51pm

kah kah kah! nampak tak si hisham cakap apa?

Proses menggubal undang-undang baru menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang telah dimansuhkan tidak akan mengambil masa yang lama kerana kerajaan tidak perlu membentangkan sebarang pindaan.

tidak perlu membentangkan sebarang pindaan? kah kah kah! neraka apakah ini? baik najib umumkan ISA sebenarnya tak mansuh, tapi tukar nama je tadi ye dak? senang sikit orang kampung nak paham. kah kah kah! malaysia boleh! selamat hari malaysia! apa yang selamat? adik beradik sedara mara pemimpin tertinggi umno je yang selamat. najib dengan hishamuddin ni anak siapa? cucu siapa? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!


menjelang pengumuman penting najib - selangor perkenal gaji minima RM1500 tahun depan


SHAH ALAM 15 SEPTEMBER : Bermula Januari tahun hadapan, setiap kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bakal menikmati skim gaji minima RM1,500.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, pelaksanaan gaji minima ini adalah di antara pelan-pelan tindakan tiga tahun Pakatan Rakyat 2011-2013 yang akan dilancarkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim esok.

Pakatan Rakyat sebelum ini menerusi Buku Jingga berjanji memperkenalkan skim gaji minima untuk semua pekerja di Malaysia dalam janji 100 hari pentadbirannya di Putrajaya.

“Kini kita terjemahkan janji itu dengan melaksanakannya terlebih dahulu di negeri Selangor,” katanya.

Berbagai pelan tindakan telah dirangka yang merangkumi pelbagai aspek; pembangunan negeri dan kebajikan rakyat. Ia merupakan janji gagasan itu bagi menghadapi pilihan raya umum yang mungkin diadakan akhir tahun ini ataupun awal tahun hadapan.

Pelan tindakan ini juga bakal menyediakan peruntukan RM5 juta untuk pembangunan kampung baru di seluruh Selangor.

Tahun lalu, sebanyak RM4.6 juta diperuntukkan bagi membantu 465 kampung melaksanakan program kemasyarakatan di mana sebanyak RM10,000 diberikan untuk setiap kampung membabitkan kampung tradisional dan kampung baru Cina di seluruh Selangor.

Bagi meningkatkan kualiti kemudahan untuk rakyat, kerajaan negeri juga setuju untuk menyediakan dana sebanyak RM4 juta untuk membaiki jalan-jalan di kampung-kampung tradisi di negeri ini.

Sementara bagi hal ehwal keselamatan pula, RM3 juta akan diperuntukkan bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan yang mencatatkan peratusan jenayah yang membimbangkan. Pemasangan CCTV akan dimulakan di Subang Jaya.

Manakala RM1 juta pula akan diperuntukkan kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini bagi kegunaan penyelenggaraan longkang, jalan raya dan jambatan di kawasan masing-masing.

Sementara itu, kerajaan negeri juga bakal melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan atau pilihan raya kerajaan tempatan bermula tahun hadapan di Petaling Jaya. - Selangorkini

notasemut : hah apa cerita ni? mana dia perdana menteri yang ke hulu ke hilir laung 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' tu? last last, habuk pun tarak. malu la woi!


selepas bersih 2.0 - utusan menggelupur sampai sanggup buat kajian palsu

sumber : utusan syaitan

ok berita ni sumpah kelakar. berita macam ni la yang buat utusan ni dibenci umat manusia seluruh alam, kecuali spesis dungu. kenapa?

tengok tajuknya - 'kajian di eropah, dakwat kekal mudah dipadam'. serius gua minat tajuk ni sebab gua memang minat benda benda yang melibatkan kajian. tapi bila gua baca perenggan pertama lagi gua dah menyirap, apa hal nak petik nama pembangkang pulak ni? kajian buat la cara kajian. ok fine. disebabkan minat dengan kajian, gua teruskan membaca..

masuk perenggan kedua, ketiga dan seterusnya, gua surrender. dengan lafaz bismillah, gua angkat dua jari tengah tegak tepat ke arah monitor. ini berita palsu! ini bukan kajian, lahanat! ini lu reka cerita sendiri untuk bodohkan melayu yang baca akhbar lu! melayu yang kerjanya bodohkan melayu adalah keturunan melayu paling sial! kalau macam ni bila pemikiran anak bangsa nak maju! bodoh! kepala bapak kau hanjing! ptui!

gua 'wish' siapa yang terlibat dalam menerbitkan berita kajian palsu ni ditimpa bala yang paling power sekali. lu jaga baik. 

notasemut : selain tajuk, cuba kira ada berapa perkataan kajian dalam berita di atas? hah dapat? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!


Sep 14, 2011

umno saman lim guan eng - ezam ahli pas ke?

lahanat baju biru kelabu ketiak basah ni siapa?

dalam ramai ramai dia sorang ada mikrofon maknanya dia lead ke apa?

kalau ezam dari parti KITA, mestila pembantu dia juga dari parti KITA. dan begitu juga dengan  semua pencacai yang pakai lilitan merah dekat kepala tu, kan? kan? masalahnya sekarang, ezam laknat ni dari parti mana? nah jemput baca berita dibawah..

sumber : utusan syaitan laknatullah

sumber : bernama


dan jawapan terbaik :)

Lim Guan Eng berkata beliau sedia berdepan dengan Umno di mahkamah berhubung perkara itu, dan berkata adalah tidak masuk akal untuk memohon maaf kepada "parti yang berbohong".

Malah, dakwanya, Umno adalah parti yang bertanggungjawab terhadap 'fitnah dan pembohongan' yang dilemparkan kepada kerajaan negeri, dan ia sepatutnya memohon maaf atau jika tidak, akan menyaman balik, jika perlu. - dipetik dari Malaysiakini


notasemut : ingat lagi pak lah pernah kata ezam ni join umno secara ikhlas dan tanpa syarat, serta tidak akan diberi layanan istimewa. sekarang ni apa jawatan ezam? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!