Sep 13, 2011

klip video vk lingam disahkan tulen tapi mahkamah kata tak perlu semak semula

sumber : bernama
kes vk lingam ni sebenarnya memang boring kalau nak diikutkan. maunya tak boring, dah hampir 10 tahun masih tak setel setel. yang terbaru, suruhanjaya diraja dapati klip video adalah tulen dan vk lingam merupakan orang terakhir yang bercakap dengan ahmad fairuz (rujuk perenggan terakhir berita di atas). hah, kan dah jelas terbukti. tapi macam biasa, mahkamah persekutuan pulak kata tak perlu buat semakan semula terhadap hasil penemuan suruhanjaya diraja. kah kah kah! malaysia boleh!

apa semua ni? sampai bila nak main wayang ni? dah dekat 10 tahun dah ni woi! kalau ikut cerita hindustan, konspirasi peringkat tetinggi macam ni memang takkan setel punya, selagi hero tak ambil tindakan sendiri belasah sekor sekor yang terlibat. itu kalau ikut cerita hindustan la. habis, kat malaysia ni, kena tunggu sampai kiamat baru nak setel? mungkin ada jawab 'ya' dalam hati. tapi sebenarnya tidak.

benda durjana macam ni sebenarnya boleh setel, tapi kena putuskan dulu talian hayat mangkuk mangkuk ni semua. selagi BN perintah, gua berani kerat kuku la yang depa semua yang terlibat ni takkan di ambil tindakan. dah la tak ambil tindakan, yang si mahathir siap dilantik sebagai canselor pertama universiti perdana semalam! kah kah kah! kah kah kah kah! kah kah kah!

notasemut : untuk yang dah lupa pasal kes video lingam ni, boleh masuk sini - klip video lingam (wikipedia). kalau nak lebih, sila google sendiri. sekian.

No comments: