Sep 8, 2011

sempena prepaid kena cukai - ubah gaya hidup

kadar baru selepas cukai ni akan bermula pada 15 september 2011


hah, amacam? tension? bengang? marah? terajang pintu? hempas bantal? belajar buat isyarat asap? bela burung penghantar surat? kah kah kah! sejujurnya, gua tak efek sangat dengan hal cukai prepaid ni. ye la, alangkan zaman bujang pun gua ni jenis pemalas nak topup + talipon makwe, inikan pulak bila dah kawin. bertambah tambah la malasnya. keh keh keh

lagipun dekat opis tu, kedudukan talipon betul betul depan meja gua. siap bos gua pernah sound, "u tolong pantau penggunaan phone, i tak kisah kalau u nak pakai untuk personal matter, tapi jangan lama sangat. dan paling penting, jangan bagi budak budak salah guna phone tu. fyi, akaun bil phone tu bawah kuasa u, kalau over limit, i cari u. nah salin lock & unlock code.." dan macam biasa gua akan balas dengan dua patah perkataan paling power, iaitu, "baik bos!"


disebabkan itu, gua punya tabiat malas topup makin menjadi jadi, dan ini sebenarnya memberikan kelebihan kepada gua. sampaikan pihak hotlink (selalu) terpaksa pujuk gua suruh topup dengan tawaran kredit percuma. biasanya offer pertama (free RM3) gua buat buat tak nampak dan malas nak layan, sampai la hotlink keluar offer yang berbaloi baloi, contoh seperti di bawah. topup RM10, free RM10. kah kah kah! puas hati gua ketawa sambil gores kad prepaid beli dekat kedai belakang. kah kah kah!



pengajarannya, kalau ada cara lain untuk berhubung, gunakan sebaik mungkin. dalam kes gua, gua jadikan facebook sebagai pusat perhubungan utama. tak kira la dengan kawan-kawan, keluarga atau saudara mara. semuanya gua mesej melalui facebook. kalau orang sms pada henpon pun gua tetap reply dekat akaun facebook dia balik. kah kah kah! kecuali hal hal urgent, baru la gua akan pakai phone pejabat.. 

notasemut : itu hari kerajaan juga yang suruh kita ubah gaya hidup dan amalkan hidup berjimat cermat, kan?  


1 comment:

hana said...

haha
mmg bertambah malas nak topup pas ni..
la ni pn topup sekali je berbulan2...
pe de hal sgt kan???hehe