Sep 28, 2011

Tragedi letupan di Empire Shopping Gallery Subang Jaya [gambar]

SUBANG JAYA, 28 Sept (Bernama) -- Empat cedera dalam satu letupan yang dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran gas di pusat membeli-belah Galeri Empire di sini, awal hari ini.

Mereka yang cedera dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu terdiri daripada dua pengawal keselamatan rakyat Nepal dan dua pelangan rakyat tempatan yang masing-masing cedera di tangan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Zainal Abu Bakar berkata letupan berlaku di kawasan aras bawah pusat membeli-belah itu.

"Punca sebenar letupan yang berlaku dalam laluan keluar salah sebuah premis di pusat membeli belah itu belum diketahui dan masih dalam siasatan," katanya kepada Bernama di sini.

Polis telah menutup kawasan sekitar pusat membeli-belah itu menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di kawasan sekitarnya pagi ini.

Seorang penjual kuih di kawasan berhampiran yang hanya mahu dikenali sebagai Niza, 28, berkata letupan itu menyebabkan beberapa bahagian hadapan pusat membeli-belah itu rosak termasuk beberapa kafe, restoran dan kedai pakaian.

"Dengar cerita letupan itu berpunca daripada saluran paip gas yang bocor," katanya kepada Bernama.








sumber gambar : twitter dan facebook

No comments: