Oct 31, 2011

sempena CHOGM - anak perempuan najib pecah tabung, shopping $60,000

sumber : curi curi malaysia

notasemut : tahukah anda AUD$60,000 sama dengan berapa ratus ribu ringgit? nampaknya keluarga perdana menteri kita memang bijak menabung sejak kecil


sempena CHOGM - Bersihkan Malaysia Perth BBQ with Najib & Rosmah [gambar]










sumber : facebook

notasemut : ni kalau di malaysia habis basah BBQ kena sembur dengan water cannon


sempena Final Piala Malaysia - punca kekalahan Terengganu

sumber : gawang.my

sumber : dunia sukan online

notasemut : bagi gua yang berjiwa 'asalkan bukan umno', paham paham je la. kakaka


Oct 28, 2011

sempena CHOGM - tuntutan BERSIH di Perth! [gambar]














sumber : facebook


'Gua Ikut Enta' The Movie




dah ramai orang share video DPPMalaysia ni di fesbuk, tapi disebabkan line internet di opis gua ni as slow as rais yatim, maka gua pun belum sempat tengok. untuk memudahkan semua pihak, gua kumpulkan 'Gua Ikut Enta' The Movie (part 1, part 2 dan part 3) di sini. nanti bila bila free senang sikit gua nak tengok.


sempena Final Piala Malaysia - FAM disumpah jadi babi

klik kasi babi besar

sumber : utusan

pagi ni gua try bukak www.fam.org.my tapi dah tak boleh. mujurla ada brader yang sempat printscreen gambor logo baru FAM, boleh juga gua kongsi dengan semua. keh keh keh. kalau nak baca apa yang ditulis, sila klik pada gambar babi. sekian, hidup hacktivist!


Oct 27, 2011

menjelang PRU13 - caj perkhidmatan penumpang pesawat naik

sumber : bernama

notasemut : kadar baru bagi caj perkhidmatan penumpang antarabangsa, caj pendaratan dan parkir pesawat di malaysia adalah yang terendah berbanding negara jiran. pui!


7 Sebab Mengapa Penyokong Terengganu & Negeri Sembilan Perlu Tolak Tiket RM50

1. HARGA TIKET FINAL TIDAK AKAN TURUN BUAT SELAMA-LAMANYA BERMULA TAHUN HADAPAN

Jika stadium penuh pada final tahun ini, percayalah, harga tiket final tidak akan turun di bawah harga RM50 pada final tahun-tahun yang akan datang. Mengapa? Kerana jika stadium penuh tahun ini, maka ia akan dianggap satu kejayaan, sekaligus harga tiket RM50 akan dianggap ‘berpatutan’ dan ‘mampu milik’. Mana-mana ‘lalang’ Terengganu dan Negeri Sembilan yang meredhakan diri diperkotak-katik, bakal menanggung ‘dosa’ membiarkan harga tiket final mahal pada kesemua perlawanan final yang akan diadakan bermula tahun hadapan. Bila penyokong-penyokong lain bertanya “mengapa harga tiket RM50?”, maka mereka akan teringat “ini semua angkara ‘lalang-lalang’ Terengganu dan Negeri Sembilan yang beli tiket RM50 pada tahun 2011 dahulu.”

2. TIADA JAMINAN HARGA TIKET SEMIFINAL ATAU PERINGKAT LEBIH AWAL TIDAK AKAN DINAIKKAN

Jika harga tiket final RM50, apa jaminan harga tiket semifinal pula tidak akan dinaikkan? Apa jaminan harga tiket quarter final juga tidak akan naik? Tiada siapa mampu jamin bukan? Satu-satunya pihak yang boleh jamin ialah FAM. Kuasa kini 100% di tangan FAM: semuanya angkara ‘lalang-lalang’ Terengganu dan Negeri Sembilan yang telah meletakkan 100% kuasa tersebut di tangan FAM.

3. LOMPAT GRANDSTAND? TANGGUNGJAWAB FAM, BUKAN PEMINAT

Antara sebab yang diberikan Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM ialah masalah ‘lompat grandstand’:

“Dulu kita jual tiket RM50 dan RM30, ada penonton yang beli tiket RM30 kemudian lompat ke tempat duduk grandstand, sekarang kita buat keputusan untuk letak satu harga tiket saja.”
- Datuk S. Sivasundram, Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM

Bila masa pula masalah ‘lompat grandstand’ ini menjadi masalah yang perlu ditanggung oleh para penyokong? Bukankah sudah tugas FAM sendiri untuk memastikan kelancaran perjalanan sesuatu perlawanan final Piala Malaysia?

Mengapa pula para penyokong yang perlu dihukum apabila FAM yang tidak buat kerja?

4. BANTERAS ‘ULAT’ TIKET? TANGGUNGJAWAB FAM, BUKAN PEMINAT

“Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin (gambar) berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan bersama wakil kedua-dua pasukan semalam.

Menurut beliau, selain membanteras kegiatan ‘ulat’ tiket, pihaknya juga mengambil kira lokasi tempat duduk penonton yang dilihat tidak banyak perbezaan di Stadium Shah Alam serta ketiadaan ganjaran wang tunai sebagai hadiah untuk edisi kali ini.”

‘Ulat’ tiket ini ialah individu-individu yang melonjakkan harga tiket di pasaran gelap. Kenapa FAM mahu banteras ‘ulat’ tiket dengan cara melonjakkan harga tiket juga? FAM banteras ‘ulat’ dengan cara menjadi ‘bapa ulat’ terbesar?

5. SUKAN BOLASEPAK BERJAYA KERANA PEMINAT, BUKAN FAM

Masa skyjuice buat laman HarimauMalaya.com dan En. Apit kena baling burger, mana penyokong Malaysia? Apa ranking Malaysia? Teruk bukan?

Kini apa ranking Malaysia? Ada perubahan? Ingatlah FAM, ketika ranking Malaysia masih juga tidak berubah-ubah, HANYA penyokong yang membawa perubahan kepada kemeriahan sukan bolasepak negara. Para penyokong bolasepak negara tidak pernah menagih simpati FAM, malah tidak segan-silu mengeluarkan duit poket sendiri, masa dan tenaga untuk menghidupkan kembali sokongan orang ramai terhadap sukan bolasepak tempatan.

Inikah balasan FAM, dengan melonjakkan harga tiket sebanyak 67 peratus?

6. PEMIMPIN-PEMIMPIN SENDIRI MENOLAK HARGA TIKET RM50

“Saya sudah pun merayu dengan FAM melalui (Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan) Datuk Hamidin (Amin) dan Datuk Azzuddin (Ahmad, Setiausaha Agung FAM) supaya dapat dikurangkan harga tiket (perlawanan Terengganu-Negeri Sembilan di Stadium Shah Alam). Sekarang terpulang kepada mereka dan jawatankuasa berkenaan (untuk mengekalkan keputusan Isnin lalu dengan harga baru tiket semua tempat duduk, RM50, mengembalikan kepada harga asal, RM30 atau mengurangkan beberapa peratus daripada harga baru itu).”
- Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Timbalan Presiden FAM

“Kita sendiri di peringkat PBNS tak setuju dengan harga tiket yang melonjak dari RM30 kepada RM50. Ramai yang meminta saya campur tangan tapi itu bukan bidang kuasa saya. Venue dan harga tiket, semua itu FAM yang tentukan. Tapi keputusan telah dibuat.”
- Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan dan Presiden PBNS

"Riuh dah tentang kenaikan harga tiket...SAYA SERBASALAH DAN TAK TAU SIAPA YG BETUL...JKPT Dan JKTP KATA IANYA DGN PERSETUJUAN PBNS&PBNT..TAPI MLM NI PRESIDEN PBNS HUBUNGI SAYA DAN NAFIKAN...YG MANA SATU BETUL?APAPUN SY HARAP PBNS&PBNT SEPAKAT DLM HAL INI...MEREKA BERHAK BERSUARA...BEGITU JUGA PENYOKONG..BERUNDINGLAH JALAN KELUAR YG BAIK..SUARA RAMAI HARUS DI DENGARI...."

“Saya rasa terkejut serta dukacita apabila mendapat tahu FAM menaikkan harga tiket sehingga 70 peratus dan kenaikan tersebut boleh disifatkan sebagai kenaikan yang mendadak.”
- Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

7. FAM ‘CABAR’ KUASA PEMINAT

“Beliau berkata, Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu.”
- Setiausaha Kehormat FAM, Datuk Azzuddin Ahmad

Itu satu cabaran bukan? Hendak beli? Belilah. Hendak pulau? Pulaulah.
Jadi mana satu pilihan para penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan?
Mahu jadi ‘lalang’? Atau jadi insan berpendirian?

Sumber Asal : RimauXI.com


notasemut : percayalah, masalah ni bukan hanya melibatkan penyokong terengganu dan negeri sembilan, tapi melibatkan kita semua. tak percaya lu orang tengok final tahun depan. dan depan depan..



sempena Final Piala Malaysia - sultan ahmad shah minta ketepikan isu RM50

sumber : FAM executive commitee

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah meminta penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan mengetepikan isu kenaikan harga tiket sebaliknya datang beramai-ramai ke Stadium Shah Alam pada Sabtu ini bagi menyokong dan membantu pasukan masing-masing dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.

"Kalau dapat 80,000 orang datang adalah baik untuk kedua-dua pasukan, bukan kepada FAM"

"Kesian juga pasukan negeri-negeri telah belanja berjuta-juta untuk nak perbaiki pasukan masing-masing. Marilah kita beramai-ramai menyokong kedua-dua pasukan ini, dalam masa sama menolong menambahkan pendapatan daripada jualan tiket kepada kedua-dua pihak"

"Tinggal beberapa jam lagi nak sepak mula, takkan nak tukar" - Presiden FAM Sultan Ahmad Shah

Sumber : Bernama


notasemut : masihkah anda ingat sultan barisan nasional? rujuk sini - (Sultan Pahang mahu rakyat terus sokong kerajaan Barisan Nasional - mstar)


WANTED - amil rembat duit zakat

sumber : bernama
eh eh.. ni dekat negeri yang kononnya kadar jenayah dah semakin berkurangan tu kan? ni apa cerita ni? bila lim guan eng perli isu kes culik di johor, ada pihak melenting, siap nak pancung bagai. kes rembat duit zakat ni nak kira guane pulok? ke kes ni kes kecik je sebab duit zakat memang dah biasa kena rembat? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!


sempena CHOGM - rosmoh bawak beg hermes birkin? [gambar bukti]

PM leaves for Perth to attend CHOGM - NST


SHAH ALAM: Datuk Seri Najib Tun Razak today left for Perth, Australia, to lead the Malaysian delegation to the Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM).

The Prime Minister who is accompanied by his wife, Datin Seri Rosmah Mansor, left from the Royal Malaysian Air Force (RMAF) base in Subang near here at 5pm.

Among those who bade farewell were Deputy Minister of Information Communication and Culture Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Deputy Minister in the Prime Minister's Department Datuk Dr Mashitah Ibrahim and People's Progressive Party (PPP) president Datuk M. Kayveas.

Najib who is expected to arrive in Perth tonight, will attend five bilateral meetings, the Commonwealth Business Forum (CBF) on Thursday and three relaxed sessions on Saturday and Sunday.

Held biennially, CHOGM brings together leaders from Commonwealth member countries to discuss issues related to political, global financial crisis,
climate change and sustainable development, among others.

The meeting with the theme 'Developing National Resilience, Building Global Resistance' is held over four days starting tomorrow (Oct 27.) - Bernama


PETALING JAYA, 26 Okt -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengaminkan doa sebelum berlepas ke Perth, Australia bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Pangkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Subang, hari ini. -- fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA fotoBERNAMA sumber : umno online

tahukah anda, birkin? :)
untuk yang belum tahu sejarah dan rekabentuk birkin, sila rujuk - ROSMOH dan BIRKIN [koleksi 15 gambar]


menjelang PRU13 - ketua menteri melaka rayu hotel kenakan 5% caj warisan


caj warisan? kah kah kah! ingat negeri melaka je ada warisan, negeri lain takde? senang cerita macam ni la, cakap je terang terang yang lu orang nak pakai duit banyak untuk pilihanraya akan datang. amacam? 


Oct 26, 2011

sempena Final Piala Malaysia - tiket RM50 kekal

"Harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium, keselamatan dan beberapa faktor lain"

"Malaysia adalah sebuah negara demokrasi di mana penyokong bebas memilih untuk memulau perlawanan akhir nanti dan FAM tidak mempunyai sebarang kuasa bagi menyekat keputusan mereka itu " - Setiausaha Kehormat FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

petikan daripada : utusan


Oct 25, 2011

Himpun gagal - lebih 90,000 disekat polis, laluan bas dialih, stesen komuter dan lrt ditutup

memang kelakar betul bila baca berita berita yang ditulis pasal kegagalan Himpun sejak kebelakangan ni. tapi bila gua belek belek balik, rupanya berita sehari sebelum perhimpunan tersebut merupakan berita yang paling pecah perut sekali. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah! tak percaya? nah, baca berita eksklusif di bawah ni!


sumber : utusan akidah fitnah


sumber : dari lensa semut
notasemut : memang tak sia sia gua turun Himpun itu hari, boleh tengok dengan mata kepala sendiri apa yang berlaku. paling tak boleh blah, dah masuk waktu asar pun depa boleh pungpangpungpang cerita pasal selamatkan akidah. kah kah kah! epic fail!


Oct 24, 2011

sempena Final Piala Malaysia - tiket RM50

sumber : utusan

sumber : n9futbol

sumber : ultras tranung
sebagai penyokong kepada pasukan yang gagal layak ke final, gua turut kecewa dengan harga tiket yang diumumkan oleh FAM. RM50 untuk perlawanan akhir di stadium yang padangnya jahanam adalah sangat tidak berbaloi. nah tengok la sendiri kualiti padang yang sempat gua tangkap masa Himpun 1.0 pada sabtu, 22 okt 2011




lynas punya taik, karam dapat datuk


tahniah karam singh walia kerana berjaya dapat gelaran datuk dari 'pahang'. sedap juga, lepas ni boleh gua gelar lu datuk karam lynas. kah kah kah!

sumber : malaysiakini

notasemut : kesian wartawan yang bongkar tragedi takungan air lombong bijih yang pecah di maran itu hari, mesti sampai bila bila tak dapat datuk. (rujuk : MARAN - takungan air pecah, penduduk terjejas dan gangster tunjuk taring)


Oct 23, 2011

dari lensa semut - HIMPUN 1.0 di stadium shah alam [50 gambar]




















































kepada mereka mereka yang dulu kutuk gua kaw kaw sebab join Bersih 2.0 yang kononnya merupakan agenda kristian, tetapi pada masa yang sama tak turun support Himpun 1.0 semalam, dikesempatan ini gua ingin mengucapkan - FUCK YOU.

notasemut : sebenarnya gua jenguk Himpun ni sebab nak tangkap gambar je. sengaja gua tangkap 2 gambar scoreboard untuk menunjukkan masa gua datang dan balik. harap maklum.