Oct 14, 2011

FITNAH khalid samad - utusan syaitan diarah bayar RM60,000

sumber : semut - 30 sept 2011

hah ingat lagi kes ni? kes fitnah utusan syaitan terhadap khalid samad yang disiarkan di muka depan pada september 2009. tadi mahkamah arahkan utusan bayar RM60,000 sebagai ganti rugi kerana menyiarkan tulisan tanpa mendapatkan pengesahan berkaitan kandungannya terlebih dahulu. kah kah kah! apa lagi pencacai, saman la harakah pulak. itu hari lu orang kata harakah pun sebar fitnah juga. amacam ada berani? kah kah kah!

nah baca berita penuh di bawah yang diambil dari malaysian insider..


KUALA LUMPUR, 14 Okt ─ Mahkamah Tinggi mengarahkan Utusan Malaysia membayar RM60,000 kepada Ahli Parlimen PAS Khalid Samad berhubung satu artikel berbaur fitnah disiarkan dua tahun lalu.

Wakil rakyat Shah Alam itu menang dalam kes saman ke atas akhbar milik Umno pada 30 September lalu.

Artikel itu bertajuk Zulkifli bidas Pak Janggut”, disiarkan pada September 2009.

Hakim Mahkamah Tinggi Komersial Dr Prasad Sandosham Abraham mengeluarkan perintah kepada Utusan dan Ketua Pengarang kumpulan itu Datuk Abdul Aziz Ishak agar membayar ganti rugi kerana menyiarkan tulisan tanpa mendapatkan pengesahan berkaitan kandungannya terlebih dahulu.


1 comment:

MOH KEMBARA said...

Salam, adeeiii abih bonus tahun ni!