Oct 17, 2011

MARAN - takungan air pecah, penduduk terjejas dan gangster tunjuk taring [gambar]







sumber : tv3

berikut petikan daripada berita tersebut. baca yang highlight merah tu. amacam?

Lebih seribu penduduk di dua ladang dekat Sri Jaya, Maran, Pahang terputus hubungan sejak semalam kerana banjir lumpur.

Kejadian dipercayai berpunca daripada takungan air sebuah lombong bijih besi yang pecah kira-kira 10 malam semalam.

Krew kami ke lokasi sebaik menerima email mengenai kejadian itu yang dikirim seorang penduduk.

Melalui jalan ladang hampir dua jam akhirnya kami tiba di tempat kejadian.

Ibarat padang jarak padang terukur seluruh penempatan penduduk dipenuhi lumpur.

Beberapa kenderaan termasuk lori hantu yang dipercayai digunakan untuk kerja-kerja mengangkut bijih besi turut dihanyutkan lumpur.

Berdasarkan kesan pada dinding kedai dan rumah penduduk dinaiki lumpur lebih satu meter setengah.

Ekoran kejadian itu pengusaha lombong menggunakan berpuluh-pupuh kenderaan berat bagi membersihkan banjir lumpur di kampung ini.

Manakala pekerja asing termasuk dari Bangladesh dan Indonesia pula dikerahkan membersih sisa lumpur di kediaman penduduk dan kedai.

Menurut penduduk kejadian berlaku terlalu pantas mulai 10 malam semalam.

Ia berpunca dari takungan air di atas bukit yang digunakan untuk membersih bijih besi pecah secara tiba-tiba.

Akibatnya jalan utama yang menghubungkan ladang berkenaan dan pekan Sri Jaya ditenggelami lumpur dan tidak dapat dilalui semua jenis kenderaan ringan dan hubungan penduduk terputus sama sekali.

Kira-kira 50 pelajar sekolah menengah dan rendah dari dua ladang serta kampung berdekatan tidak dapat ke sekolah.

Mereka termasuk enam pelajar yang sedang menduduki peperiksaan menengah rendah PMR.

Kegagalan mereka hadir untuk menduduki peperiksaan itu meresahkan ibu bapa.

Bagaimanapun penduduk kampung yang ditemui enggan ditemuramah.

Ia berikutan sekumpulan lelaki yang menaiki kenderaan pacuan empat roda berlegar mengawasi tempat kejadian.

Kumpulan yang dilengkapi walkie taklkie dipercayai tonto bertindak agresif dipercayai mahu merahsiakan bencana ini.

Kami cuba mendapatkan ulasan daripada pengurusan syarikat perlombongan terbabit, tetapi gagal.

Manakala ulasan daripada Pejabat Tanah dan Galian serta agensi berkaitan akan kami perolehi esok.

Sementara itu kehadiran krew kami ke lokasi, nyata tidak disenangi kumpulan lelaki yang dipercayai tonto ini.

Usaha kami untuk masuk ke kawasan yang terjejas teruk akibat banjir lumpur dihalang.

Kumpulan terbabit melakukan pelbagai provokasi.

Selain memberi amaran supaya kami segera meninggalkan kawasan kejadian mereka turut meletakkan beberapa buah kenderaan berat di atas jalan bagi menghalang krew kami masuk ke kawasan ladang.

Sebuah kereta penduduk yang dinaiki jurukamera kami pula turut dilanggar dari belakang.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan yang dialami.

Bagi mengelak kejadian lebih buruk krew kami mengambil keputusan keluar dari lokasi kejadian dengan diringi kumpulan lelaki terbabit.

sumber : utusan syaitan

notasemut : ni baru tragedi yang melibatkan kolam takungan kilang proses bijih besi, kalau lynas macam mana? siapa berani jamin tiada 'takdir' yang akan melanda loji takungan sisa radioaktif lynas nanti? siapa?


No comments: