Oct 27, 2011

sempena Final Piala Malaysia - sultan ahmad shah minta ketepikan isu RM50

sumber : FAM executive commitee

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah meminta penyokong Terengganu dan Negeri Sembilan mengetepikan isu kenaikan harga tiket sebaliknya datang beramai-ramai ke Stadium Shah Alam pada Sabtu ini bagi menyokong dan membantu pasukan masing-masing dalam perlawanan akhir Piala Malaysia.

"Kalau dapat 80,000 orang datang adalah baik untuk kedua-dua pasukan, bukan kepada FAM"

"Kesian juga pasukan negeri-negeri telah belanja berjuta-juta untuk nak perbaiki pasukan masing-masing. Marilah kita beramai-ramai menyokong kedua-dua pasukan ini, dalam masa sama menolong menambahkan pendapatan daripada jualan tiket kepada kedua-dua pihak"

"Tinggal beberapa jam lagi nak sepak mula, takkan nak tukar" - Presiden FAM Sultan Ahmad Shah

Sumber : Bernama


notasemut : masihkah anda ingat sultan barisan nasional? rujuk sini - (Sultan Pahang mahu rakyat terus sokong kerajaan Barisan Nasional - mstar)


No comments: