Nov 30, 2011

kes lembu shahrizat - pendedahan pembelian mercedes RM500,000 dan tanah presint 10 RM3.3 juta

1 - Kereta mewah jenis Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622.00

2 - Dua bidang tanah di Putrajaya dengan harga RM3,363,507.00 melalui NMLC.

3 - Melancong ke Indonesia dan Thailand berjumlah RM455,423.00

“Kalau dia singsing lengan, angkat kain.. kita akan dedah lagi lepas ni,” kata Rafizi.

* * * * * * *

PKR hari ini meneruskan pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot yang diusahakan keluarga Menteri pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil – kali ini didakwa melibatkan pembelian kereta mewah dan juga lot tanah di Putrajaya.

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa dana National Feedlot Corporation (NFC) itu digunakan untuk membeli sebuah kereta mewah Mercedes Benz berharga RM534,622 pada Disember 2009.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini, Rafizi mendakwa pembelian itu dibuat oleh National Meat and Livestocks Corporation, sebuah syarikat milik penuh keluarga Shahrizat.

Dakwanya, bayaran untuk membeli kenderaan terbabit pada Disember 2009 dibuat NMLC melalui dana yang disalurkan melalui NFC.

"(Bayaran untuk) menyelenggara pula dibuat terus daripada akaun NFC. Saya pasti ia adalah untuk kegunaan pengarahnya," dakwanya lagi.

Selain itu, Rafizi juga mendakwa, NMLC telah membeli dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya dengan bayaran berjumlah RM3,363,507.

Pendedahan hari ini timbul berikutan tindakan Shahrizat yang menggunakan peluang berucap di perhimpunan agung Umno hari ini untuk menyerang pemimpin PKR berhubung siri pendedahan berhubung dakwaan penyelewengan dana NFC. - malaysiakini

* * * * * * *

notasemut : untuk mereka yang ketinggalan pendedahan sebelum ni (rujuk: kes shahrizat lembu), bawah ni gua tampal lagi sekali bukti yang memaparkan kedua-dua syarikat (NFC dan NMLC) dimiliki oleh.. lihat sendiri senarai nama pada 2 gambar terakhir. siapa tak nampak dia lembu.



sumber : entri sebelum ni

sempena PAU - SONGKOK BERLOGO UMNO kini di pasaran [gambar]

sumber : forum lowyat
jadah apa ni? sejak bila umno jadi 'entiti' ketiga? ke, umno dah naik pangkat nombor dua? siapa boleh jawab ni? kenapa tak keluarkan songkok jenis macam bawah ni terus? senang sikit gua nak kasi jari tengah pada si pemakai. kah kah kah! bangang!

gambar hiasan
gambar hiasan 2.0

Nov 29, 2011

KILL THE BILL - PARLIMEN, 29 NOV 2011 [30 gambar]

seperti biasa, hobi gua bila tak dapat join mana mana perhimpunan aman, gua akan kumpul gambar gambar orang lain dan kongsi di blog. sekian, terima kasih.




























pencacai

pencacai pencacai

pencacai malu asyik kena tangkap gambar. terus bukak baju kuning! kah kah kah!


- terima kasih atas sumbangan gambar -


syella kamaruddin kahwin dengan prince william celup [gambar clear sikit]


sumber : beautiful nara
gambar gambar atas ni versi muka kertas pasir, bawah ni pulak yang clear sikit. masalahnya sekarang siapa kenal prince william celup ni? dengarnya vvip. gua taknak dengar lagi nama musa hassan, nazir razak dan sebagainya. gua nak nama lain pulak. kalau ada link bukti lagi bagus.

bukan apa, tindakan merahsiakan nama suami syella ni dah menimbulkan banyak fitnah. dah lama gua perhatikan. dan atas sebab itu la juga gua up entri yang macam ni. sekurang kurangnya gua tak fitnah. kenapa prince william celup? nah bandingkan sendiri gambar atas dengan gambar bawah sekali. amacam? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

gambar lepas gua buang pasir sikit sikit

dan di bawah, maklumat tambahan untuk mereka yang dok-tahu-gapo-satu (sumber forum lowyat)

Rakan media, Gua Malaysia melaporkan satu perkara yang menjadi perhatian OHBULAN! berkenaan perkahwinan mewah Syella Kamaruddin bernilai RM15 juta tanpa tajaan daripada mana-mana pihak. Syella Kamarudin mengakui bahawa dia menerima hantaran berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta, namun menafikan hantaran kereta Mini Cooper seperti yang dipaparkan dalam artikel OHBULAN! tempoh hari.

“Tentang hantaran mewah itu pula, memang benar saya mendapat sebuah banglo bernilai RM 5 juta, tetapi hantaran sebuah Mini Cooper itu tidak betul. Suami saya berikan kereta Audi R8. Mini Cooper itu hanya digunakan sementara kerana kereta Audi itu masih belum sampai.”

Majlis resepsi yang diadakan selama 3 hari bermula 11-13 November turut meraikan perkahwinan 2 orang adiknya dan dihadiri oleh 1300 tetamu itu yang rata-ratanya adalah ahli keluarga terdekat & rakan.

Syella turut berkata bahawa dia tidak kisah apa tanggapan orang ramai mengenai pembaziran kerana baginya perkahwinan adalah sekali dalam seumur hidup.

“Saya tak rasa perbelanjaan ini membazir kerana saya berpendapat perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Saya tidak kisah apa orang hendak kata, yang penting semua perbelanjaan itu saya dan suami keluarkan sendiri. Bukan tajaan mana-mana pihak, saya membelanjakan kira-kira RM800 ribu manakala selebihnya daripada suami saya.”

Fakta mengenai kereta :

Harga semasa Mini Cooper – RM195000
Harga semasa Mini Cooper S – RM250000
Harga semasa Audi R8 – RM800000, Audi R8 G

* * * * * * *

prince william (ori) and kate


Nov 28, 2011

boikot kosmo = boikot utusan = boikot produk umno

ini gua kutip dari facebook.

ini gua rembat dari kosmo online.

ini 'hadiah' buat harimau muda.

notasemut : hari ni ramai betul orang marah ke kosmo, jadi saja gua kumpul muka depan kosmo hari ni buat kenang kenangan. sebenarnya gua tak terkejut pun dengan berita macam ni. ye la, kosmo ni kan utusan syaitan yang punya. (rujuk: kosmo wikipedia) utusan tu pulak siapa yang punya? anwar ibrahim? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!


selangor 2012 - dulu air percuma, akan datang internet percuma!

Langkah Kerajaan Selangor memperkenalkan Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) perlu diteruskan dalam bentuk menyemarakkan penyampaian informasi dengan memperkenalkan Agenda Masyarakat Berinformasi, Negara Demokratik.

Pembahas Selangor yang juga Adun Rawang, Gan Pei Nei mencadangkan agar pimpinan negeri yang diketuai oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdu Khalid Ibrahim merangka strategi informasi ini sebagai langkah penerangan kepada masyarakat yang lebih konprehensif.

“Agenda ini membawa misi untuk mewujudkan masyarakat yang demokratik, bebas, dengan menyalurkan ilmu, berita dan informasi yang berdasarkan fakta dan kebenaran, bukannya politik fitnah yang telah menjadi budaya Umno-BN,” katanya.

Setakat ini, kerajaan negeri Selangor menyampaikan segala informasi mengenai program kepada rakyat melalui portal TV Selangor dan akhbar Selangor Kini serta Selangor Times.

Selain itu, beliau berkata kerajaan Selangor akan menyediakan perkhidmatan Wi-fi dan Broadband di seluruh negeri pada tahun hadapan yang merangkumi kawasan bandar dan luar bandar secara percuma.

Katanya tujuan penyediaan mekanisma perhubungan ini akan membukaan minda rakyat dengan informasi yang benar memberikan ruang kepada semua pihak mengemukakan idea baru dan tidak terkongkong dengan propaganda Umno- BN, ujar beliau lagi.

“Kerajaan Selangor juga harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan memberikan kursus dalam bidang ini untuk menguasai informasi dan teknologi terkini dalam dan luar negara,” katanya.

Di bawah cadangan ini, semua pihak termasuk pimpinan negeri dan masyarakat perlu membuat satu perbincangan dan dialog terbuka setiap minggu bermula tahun hadapan diseluruh 56 Dun Selangor agar maklum balas dan suara hati rakyat dapat di dengar dan dasar kerajaan dapat diperjelaskan. - selangorkini

notasemut :  gua simpan berita ni baik baik. apa apahal nanti senang gua nak buat serangan balas. sebagai salah seorang daripada berjuta penduduk selangor yang dah bertahun menikmati kemudahan air percuma, gua rasa tak mustahil perkara ni dapat dilaksanakan. cuma standard la yang hujung hujung kampung tu mungkin lambat sikit. jadi, jangan cepat melatah.


Nov 24, 2011

pendedahan promosi minyak buletin utama - PLATINUM OIL website copy paste

sumber : platinumoil.my
walaupun hari ni gua agak down, gua gagahkan juga tengok buletin utama. untung untung dapat tengok rosmoh. tapi malangnya, rosmoh tiada. dalam banyak banyak berita bohong, gua tertarik dengan satu segmen khas mengenai promosi minyak pelincir keluaran PLATINUM OIL & GAS SDN BHD. bukan apa, kalau dah keluar segmen khas, itu merupakan satu pengiktirafan besar dan pada masa yang sama, kompeni tersebut dapat jimat berjuta juta ringgit kos iklan sebab memang confirm buletin utama tadi ditonton oleh berjuta rakyat malaysia.

persoalannya, benarkah minyak tersebut betul betul power? langkah pertama, gua google. dah memang tabiat gua tengok dengar berita sambil menghadap internet. jadi sekelip mata gua jumpa website tersebut, namanya - www.platinumoil.my. lihat gambar di atas. poyo bukan? kompeni baru wujud tiba tiba dah claim 'WORLD NO 1'. peh!

dengan hati panas akibat tertipu-pandang-pertama, gua terus masuk ruangan ABOUT US seperti di bawah. hah nampak? kalau tak nampak boleh klik gambar kasi besar.

sumber : platinumoil.my/aboutus
disebabkan gua dibesarkan di dunia automotif, gua kagum juga la susunan ayat yang menerangkan background kompeni tersebut. tapi disebabkan gua benci buletin utama dan panas dengan ayat 'WORLD NO 1', gua cuba selidik lebih lanjut. hasilnya, gua jumpa website dibawah. namanya - www.platinumoil.eu

apa yang bestnya website bawah ni? perhatikan betul betul ayat yang gua highlight merah. semua ayat yang berwarna merah, ada ditulis dalam ABOUT US di atas. kah kah kah! apa ni woi? apa barang salin bulat bulat. cuma tukar nama kompeni, tahun dan beberapa info je. yang lain, sebijik sama! kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

[sila klik kasi besar] sumber : platinumoil.eu/company

[sila klik kasi besar] sumber : platinumoil.eu/general info

sumber : facebook platinum oil

notasemut : ini gua baru dedahkan pasal ABOUT US, belum pasal PRODUK dia lagi. keh keh keh


Nov 22, 2011

pendedahan ringkas - sistem sekuriti CIMB dikawal zionis Israel? [bukti dari israel biz news & wiki]

sumber : bernama

ok semalam gua terserempak dengan berita bernama atas ni. tahniah la sebab cimb dapat anugerah bank internet terbaik walaupun pada gua cimbclicks tu takde la power sangat. online transaction gua pun kadang kadang sangkut lagi. tapi peduli apa. benda anugerah dekat malaysia ni memang gua tak percaya sangat. alangkan merong mahawangsa yang entah apa apa pun boleh dapat anugerah filem terbaik. kah kah kah!

berbalik pada cerita bank. gua cuba google siapa yang power sangat handle sistem sekuriti cimb sampai dapat anugerah bank terbaik ni? last last jumpa, jawapannya NICE SYSTEMS LTD. seperti dalam berita di bawah, NICE ni handle sistem sekuriti CIMB secara 'remote'. senang cerita memang power la. lagi power berita ni disiarkan di globes - Israel business news.

sumber : globes - israel's business arena

disebabkan naik nama israel dalam berita atas ni, gua pergi melawat wikipedia. dan gua dapati CIMB merupakan antara pelanggan 'terbesar' kepada NICE SYSTEMS LTD yang beribu pejabat di mana? ya, di Ra'anana, Israel. ni bukan gua tuduh ni. ni wikipedia yang bagitau. sila rujuk gambar segiempat dibawah.


sumber : nice wikipedia
dan untuk kepastian lanjut, gua lawat pula website nice.com dan dapat alamat penuh dia. rujuk petak merah di bawah. no talipon pun ada. gambar bawah tu pulak gua dapat dari reuters finance. siapa yang minat benda benda saham ni boleh la pergi pantau NICE SYSTEMS LTD (NICE.TA) di Tel Aviv Stock Exchange sana.

sumber : nice.com

sumber : reuters finance
ok itu pendedahan pasal NICE SYSTEMS LTD. apa pula kaitannya dengan mossad? sebenarnya gua saja gatal tangan google 'nice systems mossad' dan dapat la 2 petikan artikel untuk dikongsi dengan semua seperti di bawah ni. tak kenal mossad? sila google sendiri.

masalahnya bila CIMB 'menyerah kuasa' kepada kompeni yang beribu pejabat di Israel untuk menghandle sistem sekuriti bank tersebut, adakah anda yakin segala maklumat kewangan dan data peribadi anda selamat di tangan mereka? yang mana juga diuruskan oleh bekas pegawai risikan mossad Israel?

sumber : mossadassassins
sumber : haaretz.com

notasemut : tensen juga tulis benda benda macam ni. dalam tv, bukan main lagi pemimpin umno ni benci israel. mahathir siap ada video tunjuk dia power debat dengan yahudi. padahal, pada zaman dia la banyak urusan perdagangan malaysia dengan israel (rujuk : Perdagangan Malaysia - menurut IsraelAsiaCenter.Org) dan sekarang, terima kasih kepada CIMB, akaun gaji gua tiap tiap bulan pulak di handle zionis.