Nov 16, 2011

BOIKOT KR1M! - susu 1malaysia ditarik balik dari pasaran

sumber : kedai rakyat 1malaysia


Susu 1M'sia ditarik balik, sos cili masih di pasaran

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah menarik balik susu tepung jenama itu dari pasaran, sehari selepas dakwaan bahawa kandungannya melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Dalam satu kenyataan di laman web hari ini, KR1M berkata produk itu telah dikeluarkan buat sementara waktu tetapi tidak memberikan sebarang sebab bagi berbuat demikian.

“Pembekal susu tepung KR1M telah dimaklumkan dan produk berkenaan telah dikeluarkan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak,” petik kenyataan itu.

Mengenai dakwaan sos cili jenama 1Malaysia yang didakwa mempunyai tahap raksa dan plumbum melebihi paras yang dibenarkan, pengendalinya menafikan perkara itu.

“Buat masa ini, ujian makmal dari pembekal menunjukkan bahawa formula produk itu mematuhi keperluan Akta Peraturan-Peraturan Makanan,” petik kenyataan itu lagi. - malaysiakini


notasemut : hah apahal tarik balik pulak ni? itu hari kata tony pua fitnah. buletin utama sebentar tadi kata 'politik sempit' pembangkang. ni apa cerita ni? kah kah kah! masalahnya dah berapa ramai yang minum susu ni? kira pergi mampus ke macam mana ni kerajaan? kalau pakatan rakyat tak dedahkan, tak ke jahanam? nak harapkan susu lembu shahrizat? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!




No comments: