Nov 10, 2011

kes shahrizat lembu - bongkar dengan fakta [dokumen bukti]

SEMAKAN dalam hansard parlimen bertarikh 31 Oktober 2011, muka surat 105, Noh Omar dilihat cuba membela kegagalan projek Fidlot Nasional yang diberikan kepada keluarga Shahrizat Jalil.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Noh Omar mendakwa setakat ini, kerajaan hanya meluluskan RM181 Juta sehingga 31 Julai 2011 kepada syarikat keluarga Shahrizat Jalil (Sebut Kroni), National Feedlot Corpration Sdn Bhd.

Namun begitu hasil carian penyata kewangan NFC di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, SSM mendedahkan sebaliknya. Kerajaan sebenarnya telah memberi kesemua pinjaman berjumlah RM257 juta kepada National Feedlot Corpration, NFC.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009, dokumen SSM ini mendedahkan bahawa Hutang Jangka Panjang (Non-current liabilities) NFC berjumlah RM256,082,518.




sumber : milosuam

gua nak ulas panjang panjang pasal shahrizat lembu ni bikin hati panas je. jadi untuk mengelakkan gua memaki hamun tak tentu arah, gua tambah dokumen bukti di bawah sebagai rujukan pada mereka yang berminat. nah amik!






sumber : Era Pasca Facebook
notasemut : nampak tak ada berapa kompeni semuanya?


No comments: