Nov 16, 2011

menjelang PRU13 - tiada halangan guna dakwat kekal

Tiada halangan bagi melaksanakan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum akan datang, kata pengerusi, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara, Datuk Seri Maxmus Ongkili.

Menurutnya, peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini memberitahunya, perkara itu cukup sekadar pindaan pada peraturan pilihan raya tanpa perlu meminda perlembagaan.

“Beliau jelaskan, ini boleh dilakukan melalui dua cara, iaitu meminda peraturan ataupun perlembagaan,” kata Maximus kepada wartawan selepas mempengerusikan jawatankuasa itu. - malaysiakini


notasemut : eh macam senang je dia benarkan penggunaan dakwat kekal? ke.. ini satu lagi jenis 'gula gula' untuk mengelakkan Bersih 3? keh keh keh


No comments: