Nov 22, 2011

pendedahan ringkas - sistem sekuriti CIMB dikawal zionis Israel? [bukti dari israel biz news & wiki]

sumber : bernama

ok semalam gua terserempak dengan berita bernama atas ni. tahniah la sebab cimb dapat anugerah bank internet terbaik walaupun pada gua cimbclicks tu takde la power sangat. online transaction gua pun kadang kadang sangkut lagi. tapi peduli apa. benda anugerah dekat malaysia ni memang gua tak percaya sangat. alangkan merong mahawangsa yang entah apa apa pun boleh dapat anugerah filem terbaik. kah kah kah!

berbalik pada cerita bank. gua cuba google siapa yang power sangat handle sistem sekuriti cimb sampai dapat anugerah bank terbaik ni? last last jumpa, jawapannya NICE SYSTEMS LTD. seperti dalam berita di bawah, NICE ni handle sistem sekuriti CIMB secara 'remote'. senang cerita memang power la. lagi power berita ni disiarkan di globes - Israel business news.

sumber : globes - israel's business arena

disebabkan naik nama israel dalam berita atas ni, gua pergi melawat wikipedia. dan gua dapati CIMB merupakan antara pelanggan 'terbesar' kepada NICE SYSTEMS LTD yang beribu pejabat di mana? ya, di Ra'anana, Israel. ni bukan gua tuduh ni. ni wikipedia yang bagitau. sila rujuk gambar segiempat dibawah.


sumber : nice wikipedia
dan untuk kepastian lanjut, gua lawat pula website nice.com dan dapat alamat penuh dia. rujuk petak merah di bawah. no talipon pun ada. gambar bawah tu pulak gua dapat dari reuters finance. siapa yang minat benda benda saham ni boleh la pergi pantau NICE SYSTEMS LTD (NICE.TA) di Tel Aviv Stock Exchange sana.

sumber : nice.com

sumber : reuters finance
ok itu pendedahan pasal NICE SYSTEMS LTD. apa pula kaitannya dengan mossad? sebenarnya gua saja gatal tangan google 'nice systems mossad' dan dapat la 2 petikan artikel untuk dikongsi dengan semua seperti di bawah ni. tak kenal mossad? sila google sendiri.

masalahnya bila CIMB 'menyerah kuasa' kepada kompeni yang beribu pejabat di Israel untuk menghandle sistem sekuriti bank tersebut, adakah anda yakin segala maklumat kewangan dan data peribadi anda selamat di tangan mereka? yang mana juga diuruskan oleh bekas pegawai risikan mossad Israel?

sumber : mossadassassins
sumber : haaretz.com

notasemut : tensen juga tulis benda benda macam ni. dalam tv, bukan main lagi pemimpin umno ni benci israel. mahathir siap ada video tunjuk dia power debat dengan yahudi. padahal, pada zaman dia la banyak urusan perdagangan malaysia dengan israel (rujuk : Perdagangan Malaysia - menurut IsraelAsiaCenter.Org) dan sekarang, terima kasih kepada CIMB, akaun gaji gua tiap tiap bulan pulak di handle zionis.

7 comments:

Anonymous said...

bro saya kerja di data center cimb dan muamalat bank ( bank islamic ni). Tohmahan saudara adalah tidak benar sama sekali..meh saya cerita sikit yer sebelum penubuhan cimb bank..ianya bermula dengan pergabungan Bank bumi putra dan Bank of commerce dan menjadi Bumiputra commerce bank dan data center di jaga oleh kakitangan sendiri. Dan pertengahan Bumiputra commerce nie atas arahan Bank Negara.. Data center dikehendaki dioutsourcekan.. maka Company yg ber ibu pejabat di Texas, US iaitu Eletronic Data System (EDS) mendapat kontrak menjaga data center bumiputra commerce, dan bila adik si najid ambil alih bumiputra commerce bank ianya di tukar nama Cimb Bank. Dan pada akhir 2009 kalau tak salah saya...Hawlett packard mengambil alih EDS di US. Jadi secara tak langsung semua business EDS diambil alih oleh Hawlett Packard (HP) sehingga hari nie. termasuk Bank muamalat. Kalau pun Nice tu terbabit cuma 3rd party vendor jer bro.. sebab HP mengawal selia semua pasal System cimb nie.. data center nya di Bangi bro.. saya pun dari bank bumiputra sampai hari nie kerja di sini dari 1992 .. kini saya masih disini cuma majikan jer berubah dari staff bank ker HP.. Jadi takyah buat cerita ok bro..insaf lah

lembu dan kondo said...

EDS (HP) pun dari Israel bro..

EDS International yang berpengkalan di US pula berasal dari negara haram Israel dan antara sumbangan besar EDS International ialah sistem persenjataan tentera Israel. Maka setiap pembayar riba', pelabur dan penerima keuntungan dari CIMB adalah sebenarnya terlibat secara tidak langsung membantu tentera Israel membunuh anak Palestine dengan tembakkan tepat di kepala.

http://edyesdotcom.blogspot.com/2011/11/jawapan-menteri-di-parlimen-mengesahkan.html

Anonymous said...

aku kengkadang x paham, kalo company malaysia/tempatan beli product or service drp Israel related companies, kecoh la sana sini..

korang makan MCD? ada minum starbucks?? PC/laptop korang tu brand ape? mcm2 lg la top 100 companies yg ada kaitan ngan Israel, yang tiap2 hari korang guna tanpa korang sedar..

sEmut said...

keh keh keh. gua dah agak mesti ada yang petik itu ini. kenapa tak petik facebook sekali?

makan mcD, minum starbucks ada melibatkan risiko 'kebocoran' maklumat peribadi dan data kewangan seseorang tak?

kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

Awg Jabar said...

Kepada mr anonymous the 1st coment ....commerce international merchant banker adalah penggalak riba = dengan yahudi...Sapa kepala n bord director Eletronic Data System (EDS) n Hawlett Packard... sapa???? (sila search...hang kat data centre...) dua2 co dari usa... aku kerja Bank Bumiputra Malaysia Berhad awai dari hang lagi....jenis pengampu... umoq dah separuh abad fikirlah ... hang mati bawa virus yahudi...

Norasiyah Shaari said...

try cari kat wikipedia tp xjmpe yg part major customer.
xde pon dlm nie senarai customer CIMB.

try search nie http://www.niceactimize.com/index.aspx?page=clients
dlm nie bank yg ada kat malaysia guna hikmat nice hsbc and citibank jea nampak.

Sniper said...

Salam,

Sebenarnya kesemua sistem perbankan yang ada di Malasyia dan seluruh dunia dibangunkan berdasarkan sistem Yahudi iaitu Rockefeller (Pengasas Bank of America).

Di mana dalam sistem perbankan ini, setiap negara akan ada satu Central Bank yang mana majoriti pemegangnya adalah Rockefeller.

Ciri-ciri system perbankan Central ini ialah adalah urusan konvensional riba dan melibatkan penggunaan matawang kertas.

Tujuan sistem perbankan ini dibangunkan adalah untuk menjadi salah satu senjata proksi Yahudi Zionis untuk merosakkan bangsa manusia dan orang Islam khususnya.

Bagaimana mereka merosakkan manusia? Anda fikir-fikirkan. Ianya ada dalam kehidupan seharian kita, anak-anak, saudara-mara, pakcik-makcik dan rakyat.

Dunia sementara akhirat selamanya.
Angan2 manusia terlalu panjang sehingga melewati batas umur mereka. Sedangkan agama di yatimkan, tiada sesiapa yg sanggup berjuang untuknya sepenuhnya.