Nov 16, 2011

satim diman gadai tanah selangor [video]




SHAH ALAM 16 Nov: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendedahkan penyelewengan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman berhubung penjualan tanah milik kerajaan negeri.

Tanah tersebut diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bagi pembangunan pendidikan sains, sebelum dijual kepada sebuah syarikat di mana Satim sendiri merupakan ahli lembaga pengarah.

Pendedahan tergempar itu dinyatakan Khalid semasa sesi penggulungan Belanjawan Selangor 2012 di Bangunan Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, semalam.

“Datuk Satim Diman jual tanah yang awalnya dimiliki PKPS, lepas itu dijual kepada Nikmat Inai Sdn Bhd di mana Satim adalah salah seorang pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah.

“Inilah berjayanya Satim Diman menjadi orang tengah untuk mengaut untung atas angin ‘atas dasar’ Bumiputera,” Kata Khalid.

Menurutnya, tindakan keji Satim itu turut dilakukan bekas Menteri Besar sebelum ini yang bersekongkol dengan isteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin politik setempat membolot beberapa lot tanah.

“Tanah itu dijual kepada satu kumpulan barisan elit yang dinamakan taman industri sedangkan tanah itu berstatus pertanian.

“Syarikat yang beli tanah ini tak patut buat taman industri sebab tidak dapat kelulusan. Sebab ada sifat kroni dan sifat tidak amanah, taman industri alam ini kena bayar RM390 juta,” katanya yang juga Adun Ijok.

Selain itu, katanya, ladang 12,000 ekar di Sabah yang didakwa dijual oleh PKPS pada 2006 turut berlaku penyelewengan.

“Ladang ini djual RM8,000 seekar kepada syarikat Bumiputera Rimbunan Hijau iaitu syarikat ada kaitan dengan BN,” kata beliau.

Menurut Khalid, Umno sanggup menggadai hak Melayu dengan berselindung di sebalik perjuangan membela hak Melayu dan bumiputera.

“Tiga contoh ini menunjukkan Umno BN sentiasa menggunakan isu Bumiputera dan memperjuangkan hak Melayu namun mereka adalah dalang yang menghakis hak kepentingan rakyat Selangor,” kata beliau.


notasemut : nama satim diman ni nama melayu ke? ke sejenis pendatang? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!


No comments: