Dec 22, 2011

TIME Person Of The Year - The Protester


"The Protester" has been named Time's "Person of the Year" for 2011.

The news magazine cited dissent across the Middle East that has spread to Europe and the United States and said these protesters are reshaping global politics.

Time's "Person of the Year" is the person or thing that the magazine feels has most influenced the culture and the news during the past year, for good or for ill.

Time said it is recognizing protesters because they are "redefining people power" around the world.

Last year, Facebook founder and CEO Mark Zuckerberg got the honour. - AP


notasemut : tahniah la pada semua yang terlibat. keh keh keh


Dec 20, 2011

isu adam adli - utusan putar sampai hangit [gambar bukti]

sumber : utusan syaitan

kalau ikutkan gua takdela sokong 100% tindakan adam adli turunkan bendera ketua umno di laman 'rumah' mereka sendiri. tapi benda dah jadi, kira gua sedekah padan muka je la. kah kah kah! tapi sebenarnya benda yang buat gua jadi sokong tindakan adam adli ialah, lihat sendiri laporan berita seperti di atas. daripada tak sokong 100%, gua terus jadi sokong 200%. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!

sumber : we are all adam ali

notasemut : ya, kami semakin bertambah setiap hari. umadbro?


kes lembu shahrizat - pendedahan beli kondo mewah di singapura [dokumen bukti]

PKR hari ini membuat pendedahan terbaru berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek fidlot melibatkan keluarga menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil -- kali ini berhubung pemilikan kondominium mewah dianggar bernilai RM10 juta di Singapura.

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution mendakwa demikian ketika mendedahkan dokumen yang didakwa menunjukkan bahawa menteri itu, sejak Januari tahun lalu, memiliki satu unit kondominium mewah Orchard Scotts di Anthony Road.

Kondominium dengan keluasan lantai 2,282 kaki persegi itu dibeli dengan harga SGD4.1 juta, dakwa ahli parlimen Machang itu lagi dalam satu sidang media hari ini.

Menurut rekod pihak berkuasa Singapore Redevelopment Authority, keluasan unit kondominium itu merupakan antara yang paling selesa di kawasan pusat bandar Singapura, kata Saifuddin.

Saifuddin mendakwa kondominium itu didaftarkan atas nama suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak mereka – Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.

Rekod berkenaan adalah hasil carian di agensi yang mengawal selia tanah negara itu, Singapore Land Authority, kata Saifuddin lagi yang turut mengedarkan rekod berkenaan kepada wartawan dalam sidang media di ibu pejabat parti itu. - malaysiakini



dokumen penuh di [SINI] dan [SINI]






notasemut : apa macam panglima ludah? nak ludah ke nak jilat? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!


Dec 19, 2011

cerita lucah tak tentu hala - jom flag blog "Papagomo"

dari blogger Hanief

Jom flag blog "Papagomo"
1. Klik http://bit.ly/vnNosO
2. Pilih 'Nudity'
3. Klik 'Continue'
4. Share gambar ini dan sebarkan dengan meluas!

* * * * * * *

tadi gua try google papagomo. dah ada bulat bulat merah. kah kah kah!


sumber : WOT

notasemut : power to the people!


Dec 16, 2011

sempena menang saman RM200,000 - lim guan eng derma kepada badan amal :)

Kenyataan Sidang Akhbar oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, di George Town pada 15 Disember 2011.


Keputusan Mahkamah Tinggi Terhadap Penerbit Utusan Malaysia Menunjukkan Bahawa Liputan Utusan Malaysia Adalah Berniat Jahat Dan Bertujuan Menipu Pembaca, Serta Membuktikan Bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, DAP dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Bukan Anti-Melayu atau Anti-Islam

Semalam, penerbit Utusan Malaysia telah didapati bersalah oleh YA Hakim Tuan Varghese George Varughese kerana memfitnahkan YAB Ketua Menteri secara menipu, tidak jujur dan berniat jahat, dalam rencana yang bertajuk “Kebiadaban Lim Guan Eng” yang diterbitkan pada 20.12.2010, dan diperintahkan supaya membayar gantirugi am dan gantirugi keterlaluan sebanyak RM200,000 serta kos sebanyak RM25,000 kepada YAB Ketua Menteri. Utusan Malaysia sebelum ini telah mengamok dengan pembohongan dan ketidakbenaran yang bertujuan untuk menyifatkan DAP dan Ketua Menteri sebagai anti-Melayu dan anti-Islam, maka YAB Ketua Menteri tiada pilihan lain melainkan mengeluarkan saman fitnah untuk membela nama baiknya. YAB Ketua Menteri selepas itu telah mengumumkan bahawa RM200,000 tersebut akan didermakan kepada badan-badan amal.

Penghakiman ini sekaligus membuktikan bahawa polisi-polisi YAB Ketua Menteri, DAP dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sejak 2008 memang bertujuan untuk membela semua Rakyat Pulau Pinang dengan sebaik mungkin, tanpa mengira kaum atau agama. Penghakiman ini menunjukkan secara konklusif bahawa YAB Ketua Menteri, DAP dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat bukan anti-Melayu atau anti-Islam, seperti yang didakwa secara palsu dan berniat jahat oleh Utusan Malaysia.

Dalam penghakimannya, YA Hakim Tuan Varghese telah memutuskan bahawa dakwaan “terburu-buru dan tidak bertanggungjawab” oleh Utusan Malaysia yang menyifatkan YAB Ketua Menteri sebagai rasis dan menentang apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu, adalah tidak berasas sama sekali. YA Hakim juga memutuskan bahawa dakwaan YAB Ketua Menteri telah membuat suatu ucapan yang rasis, menentang Melayu dan institusi-institusi Melayu, adalah sesuatu yang amat sukar dipercayai, apabila tidak ada sebarang bukti bahawa para pendengar ucapan itu, yang majoritinya Melayu, telah merasa tersinggung.

Tambahan pula, YA memutuskan bahawa ketujuh-tujuh dakwaan Utusan, iaitu bahawa YAB Ketua Menteri telah:

- menindas orang Melayu dan melenyapkan satu demi satu perkampungan Melayu di bumi Pulau Pinang;

- membatalkan atau menghalang perarakan Maulidur Rasul pada tahun 2010 (yang sebenarnya telah diadakan);

- tidak membenarkan peniaga-peniaga Melayu untuk berniaga di KOMTAR semasa bulan Ramadan;

- merobohkan gerai-gerai milik penjaja Melayu;

- menggunakan dana dari sumber perjudian untuk memberi RM100 kepada warga emas;

- merobohkan kampung-kampung Melayu di Kg Jalan Pokok Asam dan Kg Genting, Balik Pulau; dan

- mengusir penduduk-penduduk India dari Kg Buah Pala,

semuanya tidak disokong oleh fakta-fakta, malah berdasarkan maklumat yang diputarbelitkan dan “half-truths” atau “kenyataan separuh benar”. YA Hakim telah berkata bahawa “half-truths” atau “kenyataan separuh benar” itu sebenarnya “tidak benar sama sekali”, dan setelah mengkaji dakwaan-dakwaan tersebut, berpendapat bahawa dakwaan-dakwaan itu berniat jahat dan bertujuan untuk menipu pembaca-pembaca Utusan Malaysia. YA juga memutuskan bahawa Utusan Malaysia telah mengamalkan “selective vendetta” atau dendam terhadap Ketua Menteri dan DAP dengan tujuan untuk memfitnahkan mereka secara tidak adil.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menerima dan menyokong sepenuh-penuhnya keputusan YA Hakim dalam perkara ini. Jelas bahawa YAB Ketua Menteri telah didapati tidak bersalah dalam ketujuh-tujuh dakwaan oleh Utusan Malaysia di atas, dan juga bahawa YAB dan Kerajaan Negeri tidak pernah mengambil apa-apa tindakan yang bersifat anti-Melayu atau anti-Islam seperti yang didakwa. Kami berasa amat kesal dan kecewa melihat keadaan media massa arus perdana pada hari ini, yang dikuasai oleh parti-parti komponen Barisan Nasional dan sering dipergunakan untuk memecahkan keharmonian kaum dan agama di Malaysia.

Kami berharap bahawa Utusan Malaysia dan media massa arus perdana yang lain akan mengambil iktibar daripada keputusan YA Hakim dan menghayati seruannya bahawa pengamalan kewartawanan yang bertanggungjawab adalah amat penting kepada sistem demokratik di Malaysia.

MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG




* * * * * * *

notasemut : dalam banyak banyak tulisan di atas, gua paling suka yang ni - YAB Ketua Menteri selepas itu telah mengumumkan bahawa RM200,000 tersebut akan didermakan kepada badan-badan amal. dan pada masa yang sama, utusan akan terus melakukan kerja kerja syaitan seperti biasa.


Dec 13, 2011

World Shoplifting Ranking - Malaysia di tangga ke-sembilan!

Shoplifting is up in 2011, and 10 countries have been pinpointed as the worst offenders. This year's Global Retail Theft Barometer -- a study from the Centre for Retail Research that measures 'shrinkage,' or loss in the retail sector resulting from shoplifting, employee fraud, administrative errors and organized crime -- surveyed 43 countries and interviewed 1,187 large retailers worldwide. It concluded that shrinkage was up $119 billion, or 6.6 percent in 2011. Over 35 percent of the interviewed retailers said actual and attempted shoplifting had increased last year. Almost a quarter of the shopkeepers registered higher numbers of employee theft.

The survey is based on the cooperation of large retailers, and, as its author Josua Bamfield tells the Los Angeles Times, its results are incomplete. Yet Bamfield says the results do accurately reflect the trend, scope and global ranking of the problem. The LA Times writes that retail industry analysts say the report's conclusions are consistent with their research.

According to the index, the highest risk sectors were accessories and outerwear, while few thieves were interested in fresh meat or cheese.

The lowest-ranking countries on this year's Global Retail Theft Barometer were Japan, Hong Kong, and Taiwan. - Huffingtonpost

Source : Centre for Retail Research, Nottingham UK

notasemut : gua tak hairan sangat dengan benda ni semua. ye la kan, alangkan menteri lembu pun 'dibenarkan' rompak RM250 juta tanpa sebarang tindakan. jadi, budaya merompak ni kira mencontohi para pemimpin la. kakakaka. bangang.



mahathir : jangan pakai bomoh untuk menang pilihanraya


KUALA LUMPUR, 13 Dis — Sementara tumpuan negara menuju ke arah pilihan raya umum ke-13, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan ahli-ahli politik tidak perlu mendapatkan khidmat bomoh untuk menang.

Kata beliau, kemenangan tidak akan dijamin oleh bomoh, sebaliknya kualiti perkhidmatan dan tingkah laku seseorang akan membawa kejayaan dalam pilihan raya.

“Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan. Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan,” kata beliau dalam entri terbaru blognya, bertajuk “Tajuk” hari ini.

Bekas presiden Umno ini berkata orang Melayu tidak wajar menjadi bangsa penakut kerana ia juga akan menjadi penghalang kepada kejayaan mereka.

“Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani,” katanya lagi.

Dr Mahathir berkata Melayu mempunyai banyak sebab yang menghalang kejayaan mereka.

Oleh itu katanya, tidaklah perlu kita tambah halangan terhadap kejayaan mereka dengan kepercayaan kepada yang karut-karut.


notasemut : kah kah kah! mahathir cakap apa ni? siapa yang wujudkan bangsa melayu penakut? siapa yang memerintah malaysia lebih 20 tahun sampai majoriti melayu jadi layu? mahathir perli siapa (ahli politik) yang pakai bomoh ni? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!



Dec 8, 2011

FLASHBACK - SPR batal dakwat kekal 4 hari sebelum pilihanraya [gambar arkib utusan]

sumber : arkib utusan 4 mac 2008 

amacam? best kan berita ringkas utusan syaitan pada 4 mac 2008? dan keesokannya, keluar pulak berita 'sampah' panjang lebar seperti di bawah. saja gua copy paste sebagai rujukan/peringatan buat anak muda yang tak sempat melalui zaman durjana PRU-12 pada 2008.


Arkib : 05/03/2008

Guna dakwat dibatal -- Ada pihak beli dari luar negara rancang calit kuku pengundi – SPR

Oleh HAMDEN RAMLI

PUTRAJAYA 4 Mac – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal pada kuku dalam pilihan raya umum 8 Mac ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, laporan keselamatan yang diterima SPR mendedahkan terdapat pihak tertentu di Malaysia telah membeli dakwat itu dari luar negara.

Pihak itu dikatakan merancang untuk mencalitkan dakwat itu pada kuku pengundi di kawasan luar bandar bagi menimbulkan kekeliruan dan syak wasangka mengenai status pengundi berkenaan.

Menurut Ab. Rashid, jika pengundi-pengundi itu hadir untuk mengundi pada hari pilihan raya, sudah tentu ia akan menimbulkan keraguan di kalangan ejen calon dan petugas SPR mengenai status pengundi itu.

Ekoran terbongkarnya komplot tersebut dan selepas mendapat nasihat dari segi perundangan dan ketenteraman awam, SPR dalam mesyuarat hari ini memutuskan untuk membatalkan cadangan penggunaan dakwat kekal itu.

Keputusan SPR itu juga selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak asasi rakyat untuk mengundi dalam pilihan raya.

‘‘SPR berasa amat dukacita atas keputusan yang dibuat ini. Namun demi menjamin kelancaran proses pengundian dan demi ketenteraman serta keselamatan awam, keputusan ini perlu dibuat.

‘‘Saya berharap semua pihak boleh menerima keputusan ini dengan hati terbuka,” kata Ab. Rashid pada sidang akhbar di sini.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor.

Menurut Ab. Rashid, selain bercanggah dengan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan, penggunaan dakwat kekal itu dikhuatiri akan mencetuskan kekecohan di tempat pengundian Sabtu ini.

Keadaan tersebut, ujarnya, boleh menimbulkan kekecohan di tempat mengundi yang mungkin menular sehingga sukar dikawal.

SPR baru-baru ini telah mengimport 30,000 botol dakwat kuku itu dari India dengan kos RM1 juta.

Penggunaan dakwat berwarna hitam itu diperkenalkan kerana beberapa parti politik mendesak SPR melaksanakan suatu kaedah bagi menyekat perbuatan yang dianggap sebagai penipuan dalam proses pengundian.

Sementara itu, Musa ketika mengulas pembatalan penggunaan dakwat itu berkata, pada masa ini polis sedang menjalankan siasatan terhadap empat kes membabitkan empat individu berlainan yang disyaki mempunyai kaitan dengan cubaan menipu menggunakan dakwat kuku itu.

Menurut Ketua Polis Negara, dua daripada kes yang disiasat itu berlaku di Perlis dan masing-masing satu di Kelantan dan Kedah.

Katanya, keempat-empat lelaki berkenaan yang bekerja sendiri dan berusia antara 20 hingga 33 tahun sedang disiasat kerana cuba menipu.

‘‘Modus operandi mereka ialah pergi ke kampung-kampung untuk meletak dakwat pada kuku pengundi dan mereka memberitahu pengundi kononnya tanpa dakwat itu mereka tidak boleh mengundi.

“Kami mengklasifikasikan kes ini sebagai cubaan menipu dan bahagian jenayah perdagangan sedang menyiasat,” katanya.

Musa memberitahu, siasatan awal polis mendapati pihak yang terbabit cuba menimbulkan kekeliruan semasa pilihan raya dan ekoran perkembangan itu polis menghantar laporan kepada SPR bagi suruhanjaya itu menimbangkan penggunaan dakwat itu Sabtu ini.

Ab. Rashid pula menjelaskan, dari sudut perundangan, seseorang pemilih berdaftar tidak boleh dinafikan haknya untuk mendapatkan kertas undi hanya kerana terdapat dakwat kekal pada kukunya.

Beliau berkata, hak seseorang pemilih berdaftar untuk mengundi dijamin di bawah Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan dan hak tersebut tidak boleh dinafikan kecuali jika pemilih berdaftar berkenaan hilang kelayakan untuk mengundi di bawah undang-undang.

Hak asasi

‘‘Hak ini merupakan hak asasi seseorang pemilih berdaftar. Undang-undang yang memperuntukkan selainnya adalah ultra vires (bercanggah) Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Ab. Rashid menolak dakwaan pembatalan itu dibuat kerana SPR menerima tekanan daripada pihak tertentu.

‘‘Jangan tuduh SPR tidak mahu buat (guna dakwat kuku). SPR mahu buat apa sahaja bagi meyakinkan semua pihak tiada penipuan dalam proses pilihan raya. Bagaimanapun, keadaan tidak mengizinkan kita kali ini. Kena sabarlah,” katanya.

Mengenai jumlah wang yang telah dibelanjakan SPR bagi membeli dakwat kuku itu yang diimport dari India, beliau berkata, ia tidak terlalu banyak.

‘‘Kami akan menyelesaikan perkara itu. Lagipun masih ada negara lain yang menggunakan dakwat itu. Kami akan berhubung dengan mereka,” katanya.

Ditanya sama ada kajian telah dibuat terlebih dahulu sebelum SPR mengumumkan pelaksanaan cadangan itu, beliau menjelaskan, kajian SPR sebelum ini terhad kepada cara-cara penggunaan dakwat dan SPR hanya merujuk kepada Akta Pilihan Raya.

‘‘Kita tidak melihat jauh lebih mendalam dari segi Perlembagaan Persekutuan. Kita hanya sedar kemudian, iaitu selepas pertimbangan dan selepas mendapat nasihat daripada pakar undang-undang,” ujar Ab Rashid.

Beliau menambah, terpulang kepada kerajaan sama ada untuk meminda Perlembagaan Negara bagi membolehkan penggunaan dakwat kuku dilaksanakan dalam proses pilihan raya di Malaysia pada masa depan.

Sementara itu, Abdul Gani pada sidang akhbar yang sama ditanya sama ada dakwat itu boleh digunakan pada pilihan raya akan datang.

Abdul Gani berkata, Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda terlebih dahulu bagi menyediakan peruntukan mengenai hak seseorang untuk mengundi.

“Anda boleh lihat Artikel 119, dan terdapat juga Akta Pilihan Raya serta peruntukan Perlakuan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya.

“Pindaan boleh dibuat jika kerajaan ketika itu bersetuju, jika Parlimen setuju... jika Parlimen meluluskannya dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, baru ia menjadi undang-undang,” katanya.

Sumber asal dari utusan telah dipadam (rujuk gambar bawah), tapi gua jumpa artikel atas ni di SINI

sumber : arkib utusan 5 mac 2008 (berita muka hadapan)

notasemut : saja gua kasi merah nama 3 tan sri tu. takde apa apa, saja je.. dan berikut, gua sertakan berita berita berkaitan beberapa hari sebelum pilihanraya umum ke-12 itu hari. perhatikan nama nama mangkuk hayun menteri yang banyak bunyi.

sumber : arkib utusan 6 mac 2008
sumber : arkib utusan 6 mac 2008
sumber : arkib utusan 7 mac 2008
senyum kambing 8 mac 2008


Dec 7, 2011

debat isu lembu - selepas lebih sebulan, KJ jawab surat Rafizi [gambar surat]

ini surat jemputan debat dari rafizi


Saya telah menghantar surat secara rasmi kepada YB Khairy Jamaluddin dan mencadangkan tarikh 12 Disember 2011 untuk berdebat mengenai skandal NFC.


YB Khairy sebelum ini mengesahkan bahawa beliau sudi berdebat, asalkan mengambil kira kekangan masa beliau.


Surat ini telah pun dihantar melalui faks, email dan pos laju kepada beliau di alamat ibu pejabat UMNO.

dan di bawah ni jawapan dari ketua pemuda lembu umno, khairy jamaludin. perhatikan tarikh surat di atas, dan berapa lama umno ambil masa untuk membalas. lepas tu tak dinyatakan tarikh bila mahu bertemu untuk berbincang. bangang bukan? ya, mereka yang bangang ini lah yang telah memerintah malaysia selama lebih 50 tahun. kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!




Dec 5, 2011

kemalangan kereta mewah - 10 cedera [gambar]





sumber gambar : guardian

8 Ferraris, Lamborghini smashed in Japan crash - CBC

An outing of luxury sports car enthusiasts in Japan ended in an expensive freeway pileup — smashing a stunning eight Ferraris, a Lamborghini and two Mercedes likely worth more than $1 million together.

Police say they believe the collision Sunday was touched off when the driver of one of the Ferraris tried to change lanes and hit the median barrier. He spun across the freeway and the other cars collided while trying to avoid hitting his car.

Video of the crash aired by NTV, a major national network, showed several smashed, bright red Ferraris cluttering the freeway.

Even a used Ferrari in Japan can fetch $100,000 or more, meaning the total damage may exceed $1 million.

Police declined to comment on the total amount of damage, but said some of the vehicles were beyond repair.

NTV quoted the driver of one of the tow trucks brought in to clear the scene as saying it was the most expensive crash site he had ever seen.

No one was seriously injured, but police in Yamaguchi prefecture said 10 people were treated for bruises and cuts. Police say 14 cars were involved altogether.

The luxury cars were being driven by a group of automobile enthusiasts on their way to nearby Hiroshima.


dari lensa semut - Rapat Rakyat bersama MB Selangor [60 gambar]

Rapat Rakyat bersama Menteri Besar Selangor

Ahad 4 Disember 2011 (malam akhir Selangor Agro-Fest 2011)

Isu semasa, dasar, program dan perkembangan Selangor dan Malaysia.

Tetamu khas:

YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
YB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
YB Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang
YB Tuan Lim Kit Siang

Bacaan puisi oleh Sasterawan Negara Dato' A Samad Said











notasemut : di sini gua kongsi 10 gambar je, nak tengok lagi 50 gambar sila masuk [SINI]


Dec 4, 2011

menjelang PRU13 - 13 produk kedai 1 malaysia ditarik balik!


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejumlah 13 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 dan tindakan telah diambil untuk memastikan ia dikeluarkan daripada rak-rak jualan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong berkata, produk-produk itu ialah susu segar, susu sejat, susu pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam tin, kordial mangga, minyak sapi, kacang tanah, mentega kacang berkrim,mentega kacang ranggup, sardin tin, dan sos tomato.

Katanya, produk-produk ini juga tidak menepati spesifikasi penglabelan, komposisi produk dan tidak menepati aspek keselamatan makanan.

Liow juga berkata, ekoran dari itu, pihak kementerian turut menjalankan pemeriksaan ke atas 30 kilang yang membekalkan makanan-makanan berkenaan ke kedai KR1M.

Beliau menyatakan pihak kementerian juga telah mengambil 93 sampel dari 43 produk makanan yang dijual di KR1M untuk tujuan analisis.

Katanya lagi, Kementerian Kesihatan akan terus memantau kualiti makanan yang dijual di kedai KR1M dan konsumer yang mempunyai maklumat ke atas sebarang produk yang meragukan supaya menghubungi pihak berkuasa dengan serta merta.

Isu mengenai kualiti produk yang dijual di KR1M yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh kementerian telah dibangkitkan oleh ahli parlimen DAP, Tony Pua baru-baru ini.

Dalam hubungan ini, kata Liow tindakan Tony Pua mengumumkan tentang perkara tersebut secara terbuka telah menjejaskan pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana apabila pemeriksaan dilakukan sebahagian daripada produk yang meragukan itu telah pun dikeluarkan dari rak jualan.

Bagaimanapun Liow berkata, pihak kementerian telah berjaya mengesan siapakah pihak yang mengeluarkan produk-produk makanan itu.

Tambah beliau dari Januari hingga Ogis tahun ini, 125,709 barangan yang dibawa masuk ke Malaysia telah diperiksa di bawah Sistem Maklumat Keselamatan Makanan.

“Hasil siasatan dan ujian mendapati, 1.1% daripada barangan ini didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985,” ujarnya.

Untuk produk tempatan pula, 41,518 sampel telah diambil dari Januari hingga September tahun ini dan daripadanya 4.9% telah didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985. 


notasemut :  kedai  rakyat 1 malaysia ni mydin yang handle. maknanya gua secara auto terus tak percaya produk jualan mydin juga. selamat tinggal mamak mydin. terima kasih tony pua.