Dec 13, 2011

mahathir : jangan pakai bomoh untuk menang pilihanraya


KUALA LUMPUR, 13 Dis — Sementara tumpuan negara menuju ke arah pilihan raya umum ke-13, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menasihatkan ahli-ahli politik tidak perlu mendapatkan khidmat bomoh untuk menang.

Kata beliau, kemenangan tidak akan dijamin oleh bomoh, sebaliknya kualiti perkhidmatan dan tingkah laku seseorang akan membawa kejayaan dalam pilihan raya.

“Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan. Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan,” kata beliau dalam entri terbaru blognya, bertajuk “Tajuk” hari ini.

Bekas presiden Umno ini berkata orang Melayu tidak wajar menjadi bangsa penakut kerana ia juga akan menjadi penghalang kepada kejayaan mereka.

“Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani,” katanya lagi.

Dr Mahathir berkata Melayu mempunyai banyak sebab yang menghalang kejayaan mereka.

Oleh itu katanya, tidaklah perlu kita tambah halangan terhadap kejayaan mereka dengan kepercayaan kepada yang karut-karut.


notasemut : kah kah kah! mahathir cakap apa ni? siapa yang wujudkan bangsa melayu penakut? siapa yang memerintah malaysia lebih 20 tahun sampai majoriti melayu jadi layu? mahathir perli siapa (ahli politik) yang pakai bomoh ni? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!



1 comment:

Anonymous said...

perli taib mahmud. Kah KAH kAH!