Mar 26, 2011

earth hour 1malaysia

malam ni earth hour. dan sebagai tanda sokongan, satu dunia sepakat untuk matikan segala lampu, kipas, air-cond, tv, komputer dan semua jenis peralatan yang menggunakan tenaga elektrik. earth hour ni bermula sejak 2007 di sydney, australia. negara kafir yang kalau ikut fahaman melayu umno, semuanya negatif, semuanya tak elok. dan sekarang, aktiviti padam lampu selama sejam ni dah jadi ikutan satu dunia. tahniah dan terima kasih diucapkan.

tapi, trend earth hour di malaysia ni tak semurni yang disangka. hasil pengalaman gua sendiri tahun lepas, gua rasa malaysia ni tak payah la support earth hour. kenapa?

earth hour start pukul 8.30 malam kalau tak silap. lepas tu kena time malam minggu pulak, kalau kerajaan, mungkin dah gaji rasanya hari ni. macam tahun tahun lepas, ngam 8.30 malam boleh nampak lampu rumah padam satu persatu. kalau apartment, nampak cantik tengok dari jauh sebab lampu padam secara random. lepas tu, nampak ramai keluar rumah dengan bau wangi wangi, rambut tersisir rapi. diorang nak pegi mana ramai ramai? diorang nak keluar pusing town! dan pada gua, earth hour di malaysia fail seawal 8.35 malam. earth lebih suffer selepas 5 minit rakyat malaysia padamkan lampu!

yang berkereta dah start enjin kereta. yang start kereta terus pasang air-cond malam malam pun ramai, itu lagi bangang. yang budak budak bujang pulak dah start motor masing masing, kalau satu rumah duduk 5 orang, confirm semua keluar, asing asing. apa barang malam minggu keluar kongsi motor ye dak? itu baru satu rumah. kalau satu blok apartment tu ada 100 biji rumah? dah jadi berapa? kat sunway tu yang ada beratus ratus blok apartment, dah jadi berapa? itu baru sunway, belum masuk puchong, subang, petaling jaya, bangsar, shah alam, cheras, ampang dan lain lain kawasan berkepadatan tinggi. ini merupakan malapetaka yang maha dahsyat!

kalau baru 5 minit dah fail, yang seterusnya paham paham sendiri la kalau kat lembah klang ni. jalan sesak, kemalangan, tayar pancit, kereta overheat, polis cari makan, kucing kena langgar dan lain lain lagi. kesimpulannya, hasil dari support earth hour, bumi akan lebih menderita dengan peningkatan asap secara mendadak, terutamanya dari malaysia. thanks malaysian. yang untung masa earth hour ni tak lain tak bukan, kedai mamak.

earth hour ni tujuannya baik, tapi takde siapa nak didik masyarakat yang pencemaran karbon dioksida ni sangat tidak baik, especially waktu malam. tak tau? pergi tanya pokok!

notasemut: harap kerajaan guna la media yang ada untuk mendidik, bukan untuk menyebarkan fitnah. dengor dak menteri rogol amah? nak gua cerita pakai siku?

opis gua sendiri pun tak support earth hour! kah kah kah!

*lagi cerita earth hour - Ironi Earth Hour.

hari ini dalam sejarah


          1. sebab hari ni gua buat comeback
          2. sebab hari ni first lady kena maki. kah kah kah!

          nak tengok? nah KLIK SINI!!