Mar 31, 2011

blogger umno (gambar dulu, kini, selamanya)

gua tengok dah ramai geng blogger taruk gambor ni dekat blog masing masing dua tiga hari lepas. mungkin ramai yang tertanya tanya. siapa dia ni? orang ke big foot? kah kah kah! betul ke blogger umno? 

yang baru start baca blog blog politik, mungkin tak berapa kenal. tapi gua dah ikut secara serius aktiviti geng cybertroopers umno ni sejak 2008 lagi. hari hari berperang di forum tranungkite.net. berhujah, berdebat, mengecam, mengutuk, kena basuh dengan orang agama, kena maki, kena ban dengan admin yang perasan bagus dan banyak lagi kenangan yang tak dapat dilupakan. zaman tu kalau ada prk memang bn takde harapan. dah ujung ujung ni je diorang buat comeback. gua steady, gua ok!

di pendekkan cerita, hari ni gua selongkar balik gambor lama lama yang minaq_jinggo simpan, dan akhirnya terjumpa la koleksi lama gambor geng cybertroopers. lu orang bandingkanla sendiri. keh keh keh



 gambar blogger melayu umno yang tengah 'panas' sekarang

*

*


flashback : gambar masa sesi rais yatim bertemu blogger, april 2009

*

*



flashback : gambar masa pelancaran bloggers patriot, ogos 2009

*

*

tambah lauk : parpukari akan jadi beban kepada zambry dan UMNO
(thanks naim for the link)

tambah lauk lagi : siapa parpukari?

tambah kicap sikit : fesbuk parpukari?

dapatkan CEWAH sekarang!


Andai bila dah habis baru nak terhegeh-hegeh tanya, "ada lagi tak? Ada lagi tak?". Gua tak layan. Gua buat sombong sambil bagi makan burung merpati. - Pipiyapong


Setakat ini CEWAH boleh dibeli di:


1. Stall Burger Rokes, Wangsa Walk (18:00 hingga 02:00)
2. UYA Distro SS15 Subang Jaya
3. Rumah Agam Pipiyapong di Ukay Perdana (02:00 hingga 16:00)
4. Secara Online


* * * * * * * * * * * *

apa yang gua dapat tolong promote CEWAH ni? takde, tak dapat apa. gua ikhlas, seikhlas datuk T buat tayangan porno percuma di carcosa. gua cuma balas balik apa yang dia dah tolong gua. cewah!


tahukah anda kenapa gua selalu membebel pasal nuklear dan radiasi?

nah ini jawapannya. dua keping label ni gua baru terima dari supplier sejam yang lepas. selama ni, memang gua tau ada tempat tempat tertentu di plant ni yang beradiasi, tapi kenapa baru sekarang nak order dan tampal label! waddehe! anyway, terima kasih pada bos bos yang alert pasal benda ni (sebab fukushima?) dan diharapkan pemantauan berterusan secara serius dilakukan supaya tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.


notasemut: tahukah anda gua sebenarnya mutant?

1000 mayat terbiar tanpa disentuh berhampiran loji nuklear fukushima

kebimbangan terhadap radiasi telah menghalang pihak bertanggungjawab dari mengumpulkan sebanyak hampir 1000 mayat korban gempa dan tsunami dari dalam 20 kilometer radius zon evakuasi, menurut jurucakap polis.

sumber mengatakan bahawa mayat telah 'terkena radiasi tahap tinggi selepas kematian'. pandangan ini disokong oleh pengesanan kadar radiasi pada tubuh yang ditemui di okuma, wilayah fukushima, sekitar 5 km dari stesen tenaga nuklear fukushima daiichi.

pihak berkuasa sedang mempertimbangkan cara untuk mengumpulkan mayat tersebut, kerana dibimbangi bahawa polis, doktor dan keluarga mangsa akan terkena radiasi semasa proses menguruskan mayat.

baca selanjutnya >> 

 

makan . tulis . menang !

anda seorang blogger?
anda seorang fotografer?
suka jalan-jalan makan-makan?
suka makan sambil tangkap gambar?
suka kongsi pengalaman makan sedap di blog?

kalau ya, maka anda sekarang berada di landasan yang benar!
tourism selangor akan menganjurkan pertandingan makan.tulis.menang sepanjang bulan april dan menawarkan hadiah yang sangat lumayan! 

dan kepada mereka yang ada masa lapang, boleh la join Selangorlicious! "Foodster Competition" Official Launch di ;

        Fullhouse Lifestyle Store and Cafe (map here)
        C-2 Sunway Giza Mall, Kota Damansara
        7:00pm - 9:00pm (sila rujuk gambar di bawah untuk maklumat lanjut)






link link berkaitan:

https://www.facebook.com/pages/Selangorlicious
http://twitter.com/#!/Selangorlicious
http://www.youtube.com/user/Selangorlicious
http://about.me/selangorlicious