Apr 4, 2011

Hotel di Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400!

oleh sebab semua orang buat review, gua pun nak kongsi apa yang gua jumpa.

tertarik dengan review dari edyesdotcom di sini, gua pun terus pergi menyiasat.

Kedua, timbul persoalan - Rahim dan Eskay mendakwa video ini dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Tetapi tulisan di dalam video tersebut apabila diterjemah menyebut "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400, Copyright 2011"!!

Adakah video ini sebenarnya video lucah yang dikutip dari Thai yang tiada kaitan dengan Malaysia? Mungkin atas alasan ini Eskay mengemukakan soalan "Bila kali terakhir DSAI ke Thai?" Kerana baru menyedari akan tulisan yang tertera dalam video tersebut!

Ini kerja gila! Kutip video CCTV hitam putih yang kebetulan pelakonnya adalah sama tapi tidak serupa dengan DSAI demi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim?

Atau, adalah Eskay yang menjadi pelakon seks tersebut memandangkan latarbelakang Eskay yang begitu sinonim dengan Thailand!!

google punya google, maka jumpa la hotel hotel yang berkaitan dengan tulisan siam pada video tersebut, yang apabila ditranslate berbunyi..
"Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400 (ini nombor poskod!), Copyright 2011"



Sumber : Siamhotel.net



Sumber : Tripadvisor (gambar atas dan bawah)


perlukah gua cerita lebih lanjut mengenai industri sex di thailand? perlukah gua cerita kenapa jabatan kerajaan suka buat lawatan ke thailand? perlukah gua cerita apa yang kawan gua cerita semasa geng jantan jantan sangap Lembaga Air Perak buat lawatan ke sana? dan rasanya satu dunia pun tahu macam mana heavennya industri sex di thailand ni. perlukah gua cerita? masalahnya gua jenis suka bercerita sambil letak gambar. karang jadi blog porno pulak. jadi pandai pandai la lu orang google sendiri

notasemut: masalahnya sekarang siapa nak sponsor gua ke thailand pergi cari bilik hotel yang dimaksudkan sampai dapat? kah kah kah! 

rakaman original yang jauh lebih bahaya dari video porno carcosa

hah, amacam? dah puas layan video porno carcosa arahan rahim tamby chik? jumpa jam tangan? jumpa laptop atau handphone yang digunakan untuk update twitter? kah kah kah!

ok, ini bukan porn. video ni saja gua kongsi sebagai pengajaran buat semua supaya sentiasa alert semasa memandu. daripada share video orang pakai tuala berjalan kehulu kehilir baik gua share benda realiti yang kita tempuhi hari hari ye dak? terutama bagi mereka yang setiap hari memandu kereta pergi dan balik kerja. berhati hatilah. risiko ada di mana mana.

apa lagi tekan la 'play'! video carcosa tak payah disuruh laju je tangan tu klik 'play'. kah kah kah!


jadi ingatlah. selain baca bismillah, amalkan baca doa dan mengucap dua kalimah syahadah juga. kita tak tau bila kita nak pergi tinggalkan dunia yang serba mengarut ni. akaun fesbuk hari hari kita ambil tahu, akaun di hari penghitungan nanti ada pernah kita ambil kisah?

UPDATE: Korban banjir Thailand meningkat kepada 51 orang


View Thailand Flood Map in a larger map

45 orang kini disahkan terbunuh dalam kejadian banjir dan tanah runtuh yang disebabkan oleh badai hujan lebat yang melanda sepuluh wilayah selatan sejak 23 Mac 2011, menurut Menteri Kesihatan Awam Jurin Laksanawisit.

Seorang mangsa juga dilaporkan hilang, mengikut laporan dari Institut Perubatan Kecemasan Thailand.

19 dilaporkan maut di Nakhon Si Thammarat, 10 di Surat Thani, 9 di Krabi, 3 di Phatthalung dan 2 masing-masing di Chumphon dan Trang, menurut menteri itu lagi.

* * * * * * *

TERKINI: Isnin 4 April, 5.30PM - Jumlah mangsa yang disahkan maut meningkat kepada 51 orang.

21 dilaporkan maut di Nakhon Si Thammarat, 10 di Surat Thani, 9 di Krabi, 6 di Phattalung, 2 masing-masing di Chumphon dan Trang dan satu di Phangnga. Lemas adalah punca utama kematian, menurut Dr Paijit.

Manakala lebih kurang 30,000 orang mangsa berhadapan dengan penyakit susulan banjir, terutama masalah pernafasan dan foot fungus, katanya.

Sumber: Bangkok Post