Apr 11, 2011

UPDATE: Juruterbang Helikopter Meninggal Dunia


maklumat terkini yang gua dapat dari sarawak update, helikopter tersebut terbalik selepas menurunkan bodyguard muhyidin di Wisma Sanyan, Sibu. kalau tengok pada keadaan heli, nampak agak teruk. tapi gua belum dapat info mengenai keadaan pilot dan penumpang. nanti gua update


maklumat dari malaysiakini
Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Sibu Townsquare.Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare." Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh dari ketinggian 10 kaki," katanya. Berikutan itu, juruterbangnya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital. Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu. Dua daripadanya adalah milik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air. Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.


gambar mangsa

* * * * * * * *

UPDATE: Juruterbang Helikopter Terhempas Meninggal Dunia (mstar)

PETALING JAYA: Ini adalah berita yang baru diterima - juruterbang yang membawa helikopter yang terhempas di Sibu pada tengah hari Isnin, disahkan meninggal dunia. 
Juruterbang Sahimi Ghazali telah dilaporkan meninggal dunia pada jam 8.30 malam tadi. 
Sebelum kejadian, Allahyarham telah menurunkan tiga penumpang termasuk Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pelajaran Hafiz Abdul Halim, di Dataran Sibu pada jam 1.40 tengah hari, Isnin. 
Sebaik sahaja kemalangan itu berlaku, beliau telah dibawa ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan segera. 
Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berkejar ke hospital untuk menziarahi Sahimi sebaik sahaja mendapat tahu akan kemalangan tersebut. 
Beliau telah ditugaskan membawa staf pejabat menteri dalam lawatan ke Sibu. 

AL-FATIHAH DAN TAKZIAH 
BUAT KELUARGA MANGSA 



radiasi meningkat, jepun perluas zon evakuasi

susulan daripada cerita sebelum ini - Fukushima Is Horrifically Worse Than You Have Been Told, hari ini kebenarannya semakin terserlah. 

* * * * * * *

Reuters - Jepun merancang untuk memperluaskan zon evakuasi sekitar kilang nuklearnya kerana tahap radiasi yang sangat tinggi, media tempatan melaporkan pada Isnin, dengan jurutera dilihat seakan tidak mampu untuk kembali mengawal enam reaktor bermasalah akibat gempa dan tsunami raksasa bulan lepas.

Berikutan kegagalan Jepun mengatasi krisis nuklearnya, disebabkan oleh gempa bumi 11 Mac dan tsunami, Perdana Menteri Naoto Kan dan parti pimpinannya menderita kekalahan memalukan dalam pemilihan tempatan pada Ahad manakala jiran China dan Korea Selatan terus menyuarakan kritikan.

Jurutera kilang Fukushima Daiichi di utara Tokyo menyatakan bahawa mereka masih belum dapat memulihkan sistem pendinginan reaktor yang terjejas teruk.

Mereka berharap untuk berhenti mengepam air radioaktif ke laut hari Isnin, hari berikut dari apa yang dirancang.

Empat minggu selepas krisis nuklear terburuk di Chernobyl sejak suku abad yang lalu, kerajaan bergerak untuk memperluaskan zon evakuasi 20 km (12 batu) kerana radiasi pada paras tinggi, surat khabar Asahi melaporkan.

Kerajaan sebelum ini menolak untuk memperluaskan zon, walaupun didesak oleh Badan Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan negara-negara seperti Amerika Syarikat dan Australia menyarankan warganya untuk berada 80 km jauhnya dari kilang tersebut.





gambar dan berita asal - reuters

wartawan omega


rasanya tak perlu gua ulang balik apa yang wartawan perkakas umno ni dah buat semalam. hampir semua siaran berita perdana semalam tunjuk kebebalan dia bertanyakan kenapa anwar tak serahkan jam omega pada polis walhal pihak polis pun tak pernah mintak. kah kah kah! kes video pun sampai sekarang masih samar samar, pihak polis masih belum sahkan siapa sebenarnya yang terlibat dalam video tersebut. yang semua tau, ketua polis kata 'rakaman' itu tulen. jadi buat apa nak serahkan jam pada pihak polis?

betul kata anwar, wartawan perkakas umno ni kalau dilayan hanya akan membantu akhbar utusan untuk spin cerita pada keesokan harinya. tengok muka depan utusan syaitan hari ni. betul bukan? kah kah kah! padahal gua tengok semalam anwar cuma jawab soalan. cuma masa dia tengah jawab tu si wartawan perkakas umno ni potong cakap dia dengan tanya macam macam soalan merepek. bukan sekali tapi banyak kali. etika kewartawanan tak dipersoalkan? anwar berang pulak yang jadi bahan. kah kah kah!


notasemut: jualan jam omega di malaysia dijangka merosot pada suku kedua tahun 2011 berikutan daripada kes bangang video made in thailand ini. sekian.