Apr 12, 2011

PELABUR ASING LARI ATAU MASUK KE PERAK?

sebenarnya dari pagi tadi gua pantau persidangan dun perak melalui fesbuk idham lim, yb titi serong. apa yang berlaku sepanjang persidangan dapat diketahui dengan jelas setiap kali beliau update status. contohnya isu pelabur asing lari seperti yang gua printscreen di bawah ni.


tiba tiba di utusan online, yang memetik berita bernama keluar berita di bawah. kah kah kah! apa kejadah ni woi? sebagai seorang yang berfikiran anti utusan syaitan, maka secara auto gua tak percaya berita di bawah ni. tapi memandangkan raja nazrin hanya membaca teks, jadi gua pun sengih je la. takkan nak maki pulak ye dak?

klik kasi besor

kalau ikut bernama, 5396 peluang pekerjaan baru dijangka dapat diwujudkan. dijangka? gua orang perak gua tau la woi. member gua yang di ipoh pun dah mula mesej di fesbuk gua tanya kalau kalau ada kerja kosong di lembah klang. apa cerita ni zambry! budak yang mesej gua tu dari sekolah rendah tak pernah keluor perak. tapi sebab dia dah dewasa dan hidup semakin sempit, jadi dia nekad nak berhijrah ke tempat yang ada peluang pekerjaan, dan dibayar setimpal dengan kelulusan dia.. paham? kerja banyak tapi bangla indon je kerja baik tak payah la woi.

ok balik pada cerita asal, gua nak percaya berita mana ni? kenapa wartawan tak dibenarkan masuk? kenapa? untuk halang dari cerita perkara sebenar yang berlaku dalam dewan? pergi mati la lu zambry! harkkktuihh!!!


lagi cerita bergambar masa dun perak bersidang tadi, dari blog yb idham lim

Terdesak dan dalam ketakutan, BN kerah polis jaga sidang DUN Perak




skala malapetaka nuklear jepun meningkat ke tahap 7, tahap paling bahaya!

TOKYO - Sumber berita mengatakan Jepun telah memutuskan untuk meningkatkan tahap bahaya krisis nuklear akibat gempa dan tsunami kepada 7 - iaitu tahap tertinggi dan sama dengan bencana 1986 di Chernobyl di Kesatuan Soviet.

Mengutip sumber-sumber di Jepun Nuklear dan Badan Keselamatan Industri, agensi berita Kyodo dan NHK melaporkan bahawa NISA akan meningkatkan tahap serius bencana radiasi nuklear di kilang Fukushima Dai-ichi meningkat ke tahap 7 daripada 5, sebelum ini.


The International Nuclear and Radiological Event Scale


apakah maksud LEVEL 7?


Impact on people and environment
- Major release of radio­active ­material with widespread health and environmental effects r­equiring implementation of planned and extended ­countermeasures

There have been only two such events to date:
Chernobyl disaster, 26 April 1986. A power surge during a test procedure resulted in a criticality accident, leading to a powerful steam explosion and fire that released a significant fraction of core material into the environment, resulting in a death toll of 56 as well as estimated 4,000 additional cancer fatalities among people exposed to elevated doses of radiation. As a result, the city of Chernobyl (pop. 14,000) was largely abandoned, the larger city of Pripyat (pop. 49,400) was completely abandoned, and a 30 km exclusion zone was established.

Fukushima I nuclear accidents, a series of events beginning on 11 March 2011. Rated level 7 on 11 April 2011 (genap sebulan) by the Japanese government's nuclear safety agency. Major damage to the backup power and containment systems caused by the 2011 Tōhoku earthquake and tsunami resulted in overheating and leaking from some of the Fukushima I nuclear plant's reactors (Note: Each reactor accident was rated separately as level 5; the situation as a whole was rated level 7). An exclusion zone of 20km was established around the plant.


post berkaitan dalam blog gua:



jangan suka suka 'like' video atau app

berhati-hati fesbukers semua. jika perhatian anda dicuri oleh posting video bertajuk "Tornado Randomly Appears During Soccer Game", kemungkinan seseorang sedang cuba memecah masuk akaun anda.

posting video berjudul "This is the best April Fools' prank ever!", hanya akan meninggalkan pengguna merasa bodoh.

ahli keselamatan Symantec melaporkan bahawa aplikasi Facebook tersebar luas dengan tujuan mencuri password. mengklik pada mesej tersebut memaksa download script yang memaparkan mesej to login walaupun pengguna sudah login.

screen shots of malicious app
(courtesy of Symantec)
setelah butiran login dimasukkan, aplikasi jahat akan menghantar dua permintaan POST, yang pertama untuk Facebook, dan yang lain ke server berbahaya di mana alamat e-mel pengguna dan password disimpan. 

aplikasi palsu yang sangat terperinci akan menyembunyikan halaman asal, bahkan pengguna yang berhati hati mungkin menyemak URL dan hanya mendapati "apps.facebook.com" di bar maklumat. 

pengguna yang klik "suka" pada link tersebut akan posting secara automatik pada profil pengguna, sehingga menyebarkan kod jahat. 

selain klik dengan lebih berhati hati, Symantec menawarkan Norton  Safe Web percuma untuk aplikasi supaya dapat menghapuskan risiko bahaya.

kajian oleh para pakar keselamatan telah menunjukkan bahawa mencuri wang tunai dan butiran kad kredit tidak mendatangkan pulangan lumayan bagi pencuri online. sebahagian besar kini memilih untuk mencuri identiti dan menyasarkan laman rangkaian sosial popular untuk dijadikan korban.

artikel asal : Channel News Asia


notasemut: yang gua perasan kalau ada benda seksi semua nak klik play. lepas tu merebak. padahal benda tu bukan video pun sebenarnya. perangai serupa eskay.