Apr 18, 2011

BOIKOT RESTORAN MAMAK KIMMA!

gambar hiasan. kah kah kah!

KENAPA NAK BOIKOT KIMMA?

nampak? tak nampak lu umno. umno bukan kawan gua. get lost



* * * * * * *

TAHUKAH ANDA KIMMA NI BINATANG APA?

sumber : wikimma


notatukartiub:

sesiapa yang tahu mana lagi restoran kimma
sila ambil gambar untuk dipaparkan kepada umum

masanya telah sampai untuk kita semua bangun
dan sedar agar jangan ditipu oleh mamak kimma

di pulau pinang pada awal kemenangan pakatan rakyat
dahulu para eee telah membuat demo
apa yang berlaku masyarakat china dan penyokong
pakatan telah memboikot nasi kandar

akhirnya kedai nasi kandar minta maaf
dan mengatakan bahawa mereka bukan dalang
demo tersebut

apa yang penting ialah semua penyokong
pakatan rakyat wajib memboikot restauran
SYED DAN KHALIFA

dua restoran ini telah dibuktikan sebagai
penyokong tegar kimma


notasemut :

presiden - syed (RESTORAN SYED, biasa nampak)
naib presiden - mohsin (RESTORAN MOSIN, rujuk gambar bawah)


sumber : website kimma


tapi kalau orang nak belanja gua on je takde cerita banyak. cuma dilarang tangkap gambar di restoran geng kimma lalu 'tag' gambar gua di fesbuk. KAH KAH KAH!


UPDATE : semua di [sini]


AKHBAR BAWA SIAL


budaya membaca akhbar di kedai kopi, di rumah atau di mana saja setiap pagi ni sebenarnya budaya yang sangat sihat. cuma masalahnya isi kandungan akhbar tu yang tak sihat. utusan sebagai contoh, penuh dengan artikel berunsur hasutan supaya membenci bangsa cina. gua paling anti benda rasis ni terus terang kabor.

walaupun ditegur berulang kali, namun, umno is umno. jenis bengap semulajadi barangkali. itu belum masuk cerita fitnah. cuba singkap balik sejarah. akhbar mana yang paling banyak kena saman di mahkamah, kalah, dan kena bayar gantirugi terhadap mangsa fitnah? ya, utusan. jadi atas dasar apa gua nak baca akhbar tahi sebegitu?

gua tak nafikan ada berita yang betul dan kadangkala terdapat juga artikel atau cerpen menarik hasil tulisan kawan kawan fesbuk. tapi, disebabkan tahi yang penuh di muka depan, maka jangan harap la gua nak beli. tengok contoh keratan akhbar yang gua letak di atas, gua masih boleh baca utusan walaupun tak beli, bukan? 

itu baru utusan, kalau metro pulak dah lain isunya. tak habis habis jual cerita berunsur lucah, mistik, skandal vip dan gosip artis untuk tarik pembeli. gua tak nafikan cara tu memang berjaya melonjakkan jualan, tapi bila dah selalu sangat, orang jadi muak. cerita pun makin lama makin tawar. boring.

benda yang paling gua benci bila baca akhbar di malaysia ni, sebenarnya, sebab tak telus. ini melibatkan semua akhbar, termasuk melayu, inggeris, cina, tamil dan lain lain. semua bangang. orang beli akhbar sebab nak baca berita, bukan nak tengok ayat 'artis terkenal kahwin lari', 'vvip ditangkap hisap dadah', 'anak menteri anjur parti liar', 'datuk berpangkat ketua setiausaha berkhalwat', 'kerabat lepas tembakan di kelab malam', blablablabla.. dan banyak lagi contoh bangang. ini semua sampah!

bila anak raja petra buat hal boleh pulak bagitau nama. siap nama penuh, umur, sejarah keluarga. semua ada. bila melibatkan pemimpin pembangkang pulak confirm keluar muka depan. gambar penuh hampir separuh page. dan diulang setiap hari walaupun sebenarnya kes tersebut masih samar samar. 'character assasination' lah sangat.

dah lama gua perhatikan benda benda taik ni. gua habis spm tahun 1999. sejak zaman tu scene paper memang macam gampang. walaupun gua bukan ahli politik, gua jadi auto-boikot. pada gua, perkara macam ni sangat mengecewakan. sebab dulu, masa masih duduk bawah ketiak mak, gua antara yang paling semangat kayuh basikal pagi pagi beli suratkhabar. tahu?

notasemut : anak muda nak baca berita. lu, orang orang tua nak perang politik pakai medium lain la. kalau parti pas ada harakah, keadilan ada suara keadilan, kenapa umno nak pakai utusan, berita harian, kosmo, metro, malay mail, the star, new straits times dan lain lain untuk kepentingan politik? bacul la woi! dah la berita tv semua channel duk tayang berita sama. bangsat!



KES VIDEO SEKS : SAH BUKAN ANWAR?


dari mstar, berita bernama melaporkan siasatan dah selesai, tapi masih kabur kabur. isu utama yang masyarakat nak tau ialah pelakon utama video tersebut. kenapa bernama tak tulis anwar tak terlibat? kata dah selesai siasatan. kasi cerita la terang terang sikit. 

kenapa masa video tu mula mula keluar, semua akhbar, tv burukkan nama anwar? siap tayang di berita jam 8 malam lagi. time magrib pasang video skandal yang tak tau asal punca. tahniah negara islam umporno. gua bukan pkr, gua bukan pas, gua jenis asalkan bukan umno. tapi sebagai rakyat, gua ada hak untuk tahu cerita sebenar. dari pagi gua duk refresh bernama dengan utusan punya berita online. haram takde apa.


bila gua bukak keadilandaily pulak, terang tajuk tulis 'polis sahkan bukan anwar'. daripada berpuluh juta rakyat malaysia, berapa ramai je yang bukak keadilandaily ni. gua sendiri pun jarang bukak. kasi umum terang terang kat tv la siapa betul siapa salah. menteri televisyen tu kalau tak reti buat kerja suruh dia berhenti la. suruh dia kerja jadi ejen pembantu rumah indonesia lagi baik. tui!

notasemut : kalau kes ni dah selesai, apa kata kita bukak balik kes altantuya? ehem ehem..

* * * * * * *

UPDATE : keadilandaily dah tarik balik artikel tu. sebab sebenarnya polis belum sahkan lagi. hah nampak? dua dua taik. yang polis kata siasatan dah selesai. tapi still taknak umum keputusan penuh, yang keadilan pulak main langgor je. inilah malaysia. tanah tempat berak ku.

penjelasan lanjut di blog Ameno World. masalahnya sekarang, ada campurtangan pihak ketiga ke yang nak berahsia sangat ni? biasanya kalau sah pelakon tu melibatkan pemimpin pembangkang, confirm dah riuh dalam semua akhbar dah ni. kan?