Apr 24, 2011

SETAHUN SELEPAS BENCANA MINYAK BP [GAMBAR]



Bencana minyak BP yang bermula pada 20 April 2010 menyembur sekurang-kurangnya 4.9 juta barel minyak ke Teluk Mexico, menyebabkan kemalangan tumpahan minyak laut terbesar dalam sejarah - dan bencana alam sekitar yang terbesar dalam sejarah AS.

Deepwater Horizon Rig meletup, mengorbankan 11 pekerja, terbakar selama dua hari dan kemudian tenggelam ke dasar Teluk Mexico.

Kesan bencana terhadap persekitaran Teluk, khususnya di sekitar tanah paya Louisiana, adalah sangat buruk. Menurut sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Center for Biological Diversity bulan ini: "Sekitar 6,000 penyu, 26,000 ikan lumba-lumba dan ikan paus, 82,000 ekor burung, ikan-ikan lain dan invertebrata yang tak terhitung jumlahnya mungkin telah menjadi mangsa."

Dr Ed Cake, 70 tahun, seorang biological oceanographer, mengatakan kepada Al Jazeera bahawa kita masih dalam tahap awal dari bencana ini, dan berkata: "Saya tidak mungkin sempat hidup untuk melihat Teluk Mexico pulih. Tanpa pembiayaan dan komitmen serius, hal-hal [ekologi / pemulihan hidupan laut] tidak akan kembali seperti keadaan asal selama beberapa dekad. "

Sumber : Al-Jazeera


TERKINI : POLIS NAK SIASAT RAJA PETRA ATAS LAPORAN PALSU PULAK !

UPDATE : polis nak siasat raja petra atas kesalahan buat laporan palsu, bukannya nak siasat AKUAN BERSUMPAH (JUN 2008)! kah kah kah! dah mati akal ke? pusing sana, rosmoh. pusing sini, najib. last last kita tangkap RPK je la ye dak? kah kah kah!




* * * * * * *

 cerita pukul 8.00 malam tadi



UNTUK MAKLUMAT TERKINI - SILA LAYARI [MALAYSIA-TODAY]