Apr 27, 2011

GADIS MUSLIM MUKA DEPAN PLAYBOY

sumber : cari sendiri

Seorang pelakon wanita muslim telah menimbulkan kemarahan kumpulan fanatik Islam apabila beraksi bogel untuk majalah Playboy. Wanita tersebut dicap sebagai "pelacur" setelah tampil dengan aksi ghairah di muka depan majalah Playboy edisi Jerman.

Dan kumpulan fanatik Islam telah mengeluarkan mesej ancaman di internet.

Dibesarkan di Jerman oleh orang tua Turki konservatif, mengatakan bahawa dia takut "diaibkan" golongan tertentu pada masa akan datang. Sila, 25 - bintang iklan sabun di Jerman - mendakwa sesi fotografi itu merupakan reaksi terhadap "perhambaan" dari zaman silamnya.

Dia menambah: "Yang ingin saya katakan dengan foto-foto ini adalah, kita tidak harus hidup dengan peraturan yang ditujukan ke atas kami (para gadis)".

Namun laman web Islam sedang dipantau oleh badan perisikan Jerman - selepas mengeluarkan ancaman tentang "memalukan perempuan muslim" dan "melacurkan diri untuk wang".

Salah satu poster di laman Watch Jihad menulis: "Dia harus sangat berhati-hati ..." Lain-lain hanya mengatakan: "Dia perlu membayar."

Sebuah pemilik kedai kebab, ketika ditanya di TV Jerman apa yang akan dia lakukan jika Sila adalah putrinya, menjawab: "Aku akan membunuhnya, itu tidak sesuai dengan budaya kami ..."

Komuniti Islam Jerman telah menyeru untuk memboikot Sila.



SKANDAL SOFA PUTIH


pergi la siapa siapa yang rasa macam nak pergi. konsert justin bieber boleh pergi takkan pesta buku tak boleh pergi. justin bieber tu bukannya membaca pun. sebab tu masa konsert dia selamba jerit "hello manila!" padahal pada masa tu dia berada di malaysia. nampak? nampak tak padahnya bila kurang membaca? 

gua? gua confirm tak boleh pergi. siapa siapa yang pergi, sambil belek belek buku tu ingat ingat la dekat gua yang tengah tunggang terbalik menangkap gambar pengantin bersanding di kedah sana. tahukah anda nama kedah diambil dari kadaram, perkataan Tamil (Hindu) yang merujuk kepada kerajaan Hindu lama yang pernah menakluk kawasan tersebut?

cukup. rasanya tak perlu gua politikkan perkara ni dengan lebih lanjut. kalau jumpa mahathir kutty, kirim salam xoxo. selamat membaca!


TAHUKAH ANDA TRICUBES LAMBAT 3 TAHUN ?

sumber : tricubes (hari ini, tak tau la kalau esok esok dah tukar pulak)


notasemut : dah la lambat 3 tahun, ada hati nak mintak 50 sen pulak! kah kah kah! kompeni lembab macam ni yang diberi kepercayaan untuk manage email 1malaysia? jahanam beb.. jahanam...



Pelopor Harakah, Ustaz Mashhudi Bunyani meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 27 April: Salah seorang pelopor akhbar Harakah, Ustaz Mashhudi Bunyani, 68, meninggal dunia sekitar jam 8.30 pagi ini di rumahnya di Kampung Sungai Penchala, di sini.

Allahyarham yang menghidapi strok sejak beberapa tahun lalu menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan anak-anaknya di rumahnya setelah mengadu sesak nafas secara tiba-tiba.

Kematiannya di luar jangkaan isteri dan anak-anaknya kerana sebelum itu Allahyarham kelihatan sihat, malah rancak berbual-bual dengan ahli keluarganya.

Pemergian Allahyarham ke rahmatullah bukan sekadar mengejutkan seluruh ahli keluarga dan seluruh kakitangan Harakah, malah kesemua rakan-rakan yang mengenalinya.

Allahyarham yang meninggalkan seorang balu, Selamah Hussain, 59, dan 9 orang anak merupakan petugas awal akhbar Harakah sejak akhbar itu mula diterbitkan, manakala jawatan terakhirnya di Harakah adalah sebagai Pengarang Rencana.

Beliau berhenti dari berkhidmat sepenuh masa di akhbar Harakah sekitar empat tahun lalu kerana menghidapi strok, tetapi masih terus terlibat sehingga ke akhir hayat bagi pengisian kolum 'Mauidzah' Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Semasa hayatnya, Allahyarham turut menyumbangkan masa, tenaga dan kebolehannya bagi kerja-kerja penyusunan buku, terutama buku-buku Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terbitan unit buku Harakah.

Jenazah Allahyarham dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz, Sungai Penchala dan dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Islam Sungai Penchala.

Selain kakitangan Harakah dari kesemua bahagian di ibu pejabatnya di ibu negara, antara pemimpin PAS terawal yang menziarahinya Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Subky Latif.

Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian turut mengimami solat jenazah.

Anak ketiga Allahyarham, Nasrullah, 35, menjelaskan, kematian Allahyarham diterima dengan reda oleh kesemua ahli keluarganya kerana ia sudah termaktub dalam ketentuan Allah.

"Walaupun pemergiannya merupakan satu kehilangan amat besar kepada kami, tetapi kami bersyukur kepada Allah kerana arwah ayah meninggal dunia dengan senang atau dalam keadaan mudah," jelasnya.

Sumber : Harakahdaily


SUPER STORMS AND TORNADOES HIT CENTRAL U.S [VIDEO]


notasemut : kita doakan yang baik baik sahaja hendaknya untuk rakan rakan yang berada di sana.