May 1, 2011

diari langgar kedah - edisi ron 95


  • 10.32 PM, KHAMIS 28 APRIL 2011 - DEPAN RUMAH
  • shell ron 95 = RM 60 (meter terus full, asalnya dah berkelip)
  • set trip = 0 km
  • bertolak pukul 12.00 AM, 29 APRIL


  • 2.54 AM, JUMAAT 29 APRIL 2011 - CIMB TAPAH
  • sampai tapah lepas hampir 3 jam bawak rilek ikut jalan lama yang penuh liku
  • singgah keluarkan duit sponsor (trip gua ditanggung beres oleh pengantin. sekian)
  • baru gua tau jarak ke kampung lebih kurang 200km ikut jalan lama
  • lepas cucuk duit, perjalanan diteruskan merentas perak sampai pulau pinang (jalan lama)
  • sampai jawi (p.pinang) gua naik highway sebab jalan lama dah mula sibuk
  • tol jawi - juru - sg. petani selatan = RM 2.80 + RM 3.60 = total RM 6.40
  • gua sampai juru time subuh. hujan lebat dan gua bantai tidur 3 jam di hentian rehat
  • bangun tidur terus cari sarapan sambil ikut jalan lama sg. petani - alor setar


  • 11.42 AM, JUMAAT 29 APRIL 2011 - CALTEX ALOR SETAR
  • minyak RM 60 yang gua isi habis ngam ngam sampai alor setar
  • jarak menunjukkan lebih kurang 500km dari rumah gua ke alor setar, ikut jalan lama
  • isi caltex techron ron 95 = RM30
  • orang kabor siang siang tak elok isi minyak banyak dan gua percaya mazhab tersebut
  • pusing pusing alor setar sambil tunggu rombongan pengantin yang tersangkut jalan sesak di juru
  • minyak ni juga yang gua gunakan sepanjang 2 hari menginap di homestay mukim jabi, kedah
  • kebanyakan route gua ialah alor setar - langgar - pokok sena dan sekali terlepas sampai ke kuala nerang.
  • setel urusan kahwin, gua pecut pergi uitm sg. petani ambil adik gua yang dah start cuti. angkut dia dan barang barang semua balik kampung. 
  • lepas setel dengan pak guard uitm, gua kembali ke pangkal jalan, yakni menuju ke kampung - tapah
  • walaupun nak cepat, gua tetap ikut jalan lama


  • 11.11 PM, SABTU 30 APRIL 2011 - SHELL NIBONG TEBAL 
  • akhirnya minyak yang gua isi di pagi jumaat habis ngam ngam bila sampai area nibong tebal pulau pinang, masa on the way balik.
  • jadi gua congak isi minyak agak agak boleh lepas sampai ke kl nanti
  • shell ron 95 = RM 40. muktamad
  • lepas tuang minyak gua terus henjut ke tapah. kali ni laju sikit sebab dah tau selok belok simpang jalan lama
  • sampai tapah gua bantai tidur, walaupun plan asal nak terus gerak balik kl
  • pagi lebih kurang pukul 10.30 AM, gua gerak sarapan dan menuju ke uitm shah alam
  • sampai shah alam gua terus pass file sijil seorang lagi adik gua yang tertinggal di tapah
  • setel hal penyerahan sijil, gua terus gerak balik ke rumah


  • 1.33 PM, 1 MEI 2011 - ESSO FEDERAL HIGHWAY SHAH ALAM
  • seperti dijangka, minyak RM40 yang gua isi di nibong tebal habis di shah alam dalam perjalanan balik ke rumah
  • total trip juga menunjukkan dah hampir 1130km perjalanan gua
  • ini gambar terakhir sepanjang trip gua kali ni. dah sampai rumah gua tak tangkap gambar. malas dan tak penting rasanya. keh keh keh

notasemut : sumpah! segala catatan penggunaan minyak, masa dan lokasi adalah benar dan tiada sebarang teknik photoshop atau menipu resit minyak dilakukan. segala bantahan tidak akan dilayan. oh ya, sepanjang perjalanan pada waktu malam gua tak pasang air-cond langsung, dan purata kelajuan adalah 90km/j. gambar gambar lain selain dari gambar meter kereta ini akan diupload kemudian. gua melayu, orang melayu kena malas.

p/s: sebenarnya masa kenduri itu  hari ada perhimpunan agung pas pokok sena. gua nampak banner siap ada gambar husam musa. tapi disebabkan komitmen job tangkap gambor pengantin, maka gua tak sempat buat buat sibuk di majlis yang penuh meriah sampai jalan langgar sesak teruk pada hari tersebut.


SIAPA SEMAIL AWANG?


ni berita lawak apa ni woi? kalau macam ni gua nak buat repot polis jugak la. repot yang mewakili jutaan NGO dari seluruh dunia. kah kah kah! kenapa berita terkini dari utusan takde bagitau pasal semail? kah kah kah! hidup ismail awang!

anak dan cucu gaddafi terbunuh


Anak bongsu kepada Muammar Gaddafi, Saif al-Arab terbunuh dalam serangan udara tentera NATO awal pagi semalam.

Serangan itu dibuat selepas puak pemberontak dan NATO menolak rundingan untuk mengakhiri krisis di negara itu.

Turut terbunuh dalam kejadian itu adalah tiga cucunya.

Muammar Gaddafi dan isteri yang turut berada dalam rumah di Tripoli itu ketika kejadian bagaimanapun terselamat daripada serangan itu.

Sumber : Reuters