May 6, 2011

WASIAT TERAKHIR OSAMA BIN LADEN

sumber : alanba.com, kuwait

Sebuah sumber akhbar Kuwait telah menerbitkan mesej terakhir pemimpin Al-Qaeda Osama Bin Laden untuk isteri dan anak-anaknya.

Dokumen empat halaman bertarikh 14 Disember 2001, sebulan selepas serangan 9 / 11, yang membuatkan dia menjadi orang yang paling dikehendaki di dunia.

Di dalamnya, Bin Laden meminta maaf kepada anak-anaknya untuk ketidakhadiran dalam hidup mereka, "Kamu, anak-anak saya, saya minta maaf kerana meluangkan begitu sedikit masa kerana saya memenuhi keperluan Jihad," tulisnya.

Ia juga mengarahkan anak-anaknya supaya tidak mengikuti jejaknya - khusus memberitahu mereka untuk tidak menyertai Al-Qaeda. Dia mengutip petikan dari teks-teks Islam sebagai justifikasi untuk melarang anak-anaknya supaya terlibat di dalam 'perang suci'.

Dokumen ini membuktikan usaha Osama Bin Laden selama ini untuk menghancurkan Amerika dan Israel. Tidak ada kenyataan untuk membahagikan aset miliknya, meskipun sedia maklum bahawa Bin Laden memiliki kekayaan peribadi bernilai puluhan juta dolar.

Pemimpin tersebut juga memberi pesanan untuk isteri-isterinya, "jangan fikir untuk berkahwin lagi, dan mengabdikan diri kepada anak-anak anda dan membimbing mereka ke jalan yang benar."

Dia menandatangani dokumen "Abu Abdullah Muhammad Osama Bin Laden."


notasemut : gua kongsi apa yang gua jumpa. percaya atau tidak, itu terpulang. tapi gua percaya nasik lemak bukan punca obes!

Kematian Osama, 100 pemuda Indonesia sedia korban nyawa

“Seratus pemuda dari Solo bersedia untuk mati bagi membalas dendam atas kematian Osama,” laung Choirul, seorang ulama di Al Kaida Solo dan juga seorang anggota Barisan Pembela Islam (FPI) yang mempunyai sejarah keganasan termasuk serangan ke atas bar-bar, kelab malam dan pejabat majalah Playboy Indonesia. 
“Perjuangan dia tidak akan berakhir,” kata Choirul di hadapan sekumpulan 60 kaum lelaki yang menutup mereka bagi mengelakkan identiti dikenali. 
- petikan dari Malaysian Insider

notasemut : macam macam hal. yang ekstrem terus dengan perjuangan ekstrem. di syria, libya dan bahrain, terus dengan perjuangan menjatuhkan kerajaan masing masing. tapi kita? sebelah sini sibuk berjuang tolak politik kotor, sebelah sana siang malam perjuangkan video lucah. sebagai anak bangsa malaysia, gua malu. 

pemain bolasepak digantung seumur hidup


Pemain bolasepak dari Kazakhstan, Armand Masimzhanov telah dilarang bermain untuk seumur hidup selepas serangan tendangan kung-fu merbahaya pada pemain lawan.

Pasukannya sudah hampir untuk menang 3-2 atas Lokomotiv, di divisyen dua Kazakhstan di mana pergaduhan berlaku ketika tinggal tiga minit masa kecederaan.

Insiden panas tercetus ketika pasukan Kairat telah dibentes kasar oleh pemain lawan di tengah padang.

Keadaan menjadi huru-hara melibatkan kedua-dua belah pihak dan Masimzhanov, yang duduk di bangku simpanan, melakukan tendangan ala kung-fu pada belakang badan pemain Lokomotiv, Radmir Muksinova.

Polis mengambil keterangan empat pemain dan seminggu kemudian jawatankuasa disiplin Persekutuan Bola sepak Kazakhstan Masimzhanov membuat keputusan untuk melarangnya dari bermain seumur hidup dengan alasan dia telah melakukan "keganasan yang dahsyat."

perpaduan umno + pas = sudah kencing jilat balik [gambar kencing]

sumber : bernama hari ini


Mahfuz: Usah samakan isu Umno-PAS bersatu dengan Fatah-Hamas
May 06, 2011 - MalaysianInsider

KUALA LUMPUR, 6 Mei — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata usaha mahu menyatukan parti mereka dengan Umno, komponen teras BN, tidak boleh disamakan dengan kesediaan Fatah dan Hamas untuk bersatu demi rakyat Palestin.

Kata beliau, kedua-dua Fatah dan Hamas bersatu untuk menghadapi keganasan Israel yang menjajah bumi Palestin.

“Fatah dan Hamas boleh bersatu menentang Israel, mengapa Umno dan PAS tidak dapat bersatu membela umat Melayu?

“Pertamanya, Hamas setuju untuk bersatu dengan Fatah semata-mata atas tujuan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Israel.

“ Penjajahan yang zalim, yang mencengkam kebebasan rakyat Palestin dan penjajahan yang menidakkan keadilan sejati kepada rakyat dan bumi Palestin,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Mahfuz (gambar) memberikan pendirian PAS ini ketika timbul semula isu syor penyatuan Umno-PAS, yang sebenarnya berlarutan sejak pasca-pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Dalam komen balasnya semalam, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya mempertahankan kenyataannya sambil berkata, mengapa pemimpin-pemimpin PAS harus melenting apabila beliau mengatakan pihak yang menentang penyatuan Umno dan parti Islam itu sebagai pengkhianat Islam.

“Hairan kenapa ada yang melenting? Ini demokrasi? Saya cakap ikut nas al-Quran dan Hadis. Itu tugas saya,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Malah kata beliau, jika Hamas dan Fatah boleh musalahah-berdamai di Mesir pertengahan minggu ini, “kenapa tidak (PAS-Umno) di Malaysia?”

“Golongan ekstrem dalam dua parti (Umno dan PAS) mesti disekat. Malaysia sedang menuju wajah baru. Lupakan sikap lama yang buruk,” katanya lagi.

Selain itu, Juanda menyifatkan Islam di Malaysia memerlukan banyak pembangunan dan PAS boleh menyumbang ke arah pembangunan tersebut.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyoal bagaimana PAS boleh bersatu dengan Umno sedangkan “Umnolah yang menjajah” bumi dan rakyat Malaysia, bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia, mencengkam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat dan bumi Malaysia.

Kata beliau, bagaimana boleh “kami PAS bersatu dengan golongan, yakni Umno yang mengamalkan budaya rasuah, yang mempratikkan budaya politik samseng dan mempersendakan hukum Allah s.w.t.”

Kata Mahfuz, PAS akan terus memperjuangkan usaha untuk meminda perlembagaan dan undang-undang agar badan keadilan dan perundangan benar-benar bebas dan bertanggungjawab kepada Parlimen.

Begitu juga Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pendaftar Pertubuhan diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.

“Kesimpulannya 'kembalikan 'supremacy' Parliamen yang telah dinodai oleh kerajaan Umno dan BN semenjak merdeka lagi.

“Jika Umno jujur, dia bentangkan pindaan perlembagaan dan undang-undang. Kalau Umno itu ikhlas, maka pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Kata Mahfuz, PAS menentang Umno bukan kerana ia Umno tetapi kerana mereka “merompak negara dan mereka (parti Umno, bukannya ahli-ahli Umno) adalah musuh nombor satu negara.”


 * * * * * * *

notasemut : ok, dah jelas kenapa idea perpaduan ni idea bangang? kalau tak jelas lagi sila lihat gambar dibawah. lu nak berpadu padu, terpulang, itu hak masing masing. tapi ingatlah, umno adalah sebuah parti melayu kaki kencing dan gua taknak kena kencing. kah kah kah!


Klik gambar dan perhatikan betul betul apa yang setan umno 3 ekor ini lakukan.

HARI KEMARAHAN RAKYAT [gambar dari masjid negara]

Polis halang Saf Anti Fitnah masuk ke pjbt JAWI.

Cikgu Azmi TERAS sedang berucap. Akan serah memo kepada Raja2 Melayu tolak politik fitnah.

Rozan di Pelancaran Hari Kemarahan Rakyat di Masjid Negara.

Hancur Utusan. Hancur TV3! - Jonah

Di hdpn bgunan TV AlHijrah. Kemarahan rakyat ada hadnya. Imej Msia teruk di mata dunia - Azmi TERAS
Kredit gambar : Sidiqin Omar


300 berdemo di Masjid Negara, sebelum ke Jawi untuk tolak fitnah

KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 peserta Gerakan Saf Tolak Fitnah (Saf) berkumpul secara aman di perkarangan Masjid Negara, dalam demonstrasi ‘Hari Kemarahan Rakyat’ selesai solat Jumaat sebentar tadi.

Mereka melaungkan slogan ‘tolak fitnah’, selain dilihat turut mengoyakkan akhbar propaganda milik Umno, Utusan Malaysia.

Perserta berkenaan kemudian berjalan menuju bangunan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang terletak berhampiran Masjid Negara.

Program itu anjuran Saf Anti Fitnah (SAF) yang menggabungkan badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Teras, Sekratariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Muafakat Perubuhan Islam Kedah (Wehdah), Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jama’iy) dan Insititut Penyelidikan dan Pengembangan Syariat.

Penganjuran perhimpunan itu turut mendapat kerjasama dengan Gabungan Pemuda Pakatan Rakyat Anti Politik Lucah/Fitnah (Maruah)

Kira-kira 10 wakil dari yang terdiri antaranya Timbalan Ketua AMK, Khairul Anwar Zainuddin, Presiden Teras, Azmi Abdul Hamid, Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohd Nazri Yunus, Timbalan Ketua Penerangan AMK Pusat, Rozan Azen Mat Rasip, masuk ke Pejabat JAWI.

Turut hadir bekas imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus.

Mereka menyerahkan memorandum kepada Pengarah Jawi sebagai membantah tindakan yang dilakukan Trio Datuk T, melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul Jumaat lalu.

Mereka turut menuntut supaya Jawi mengambil tindakan qazaf terhadap trio berkenaan yang melakukan fitnah terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, kira-kira 50 hingga 60 anggota polis beruniform, dilihat berada di sekitar perkarangan masjid.

Mereka merampas sepanduk dan mengarahkan supaya kain rentang yang dipasang peserta terbabit diturunkan. Pihak polis juga tidak membenarkan pembesar suara digunakan dalam demonstrasi berkenaan.

Bagaimanapun, tidak ada sebarang tangkapan dibuat pihak polis.

- KeadilanDaily

SELAMAT HARI JADI ALTANTUYA!

Tahukah anda najib jadi tetamu hotfm tadi? Seronok sakan dia kena jilat dj hotfm.


* * * * * * *

FLASHBACK :

Kenyataan Terbuka

6 MEI 2009


SELAMAT ULANG TAHUN ALTANTUYA DAN DESAKAN BUAT PM

Jika Altantuya Sharibu tidak ditembak mati di Shah Alam, hari ini beliau akan merayakan ulangtahun ke 31 kelahiranya.

Kematian Altantuya yang terlibat menjadi orang tengah dalam pembelian peralatan pertahanan Malaysia telah mengundang seribu satu persoalan. Imej negara telah menjadi buruk ekoran terlalu banyak 'spekulasi' muncul berkenaan kes tersebut.

Kira – kira 19 buah media seluruh dunia telah menerbitkan artikel dengan jelas mengaitkan Najib Razak, yang kini merupakan Perdana Menteri Malaysia terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

Malah ada cubaan menutup kes tersebut dengan melebel Altantuya sebagai model yang menjadi perempuan simpanan. Walaupun siapa Altantuya beliau dan keluarganya berhak mendapat keadilan.

Terlalu banyak 'misteri' dalam perbicaraan Altantuya seperti ;

- apa motif dua orang anggota Unit Tindakan Khas PDRM yang terlatih menjadi pengiring setia membunuh warga Monggolia yang mereka tidak kenali ? Merujuk kes Mona Fendi yang mengarahkan pembantunya Juraimi membunuh seorang ADUN Bn jelas bukan sahaja Juraimi di hukum gantung tetapi yang mengarahkan Juraimi juga dihukum gantung. 2 tertuduh pembunuhan Altantuya ini dibawah arahan siapa ?

- secara jelas wujud pengakuan Altantuya dibunuh dengan pistol (bom C4 untuk menghapus bukti) malangnya mengapa pistol tidak dibawa ke mahkamah ? Pistol , arahan siapa dan milik siapa ?

- benarkah Altantuya datang ke Malaysia setelah mengetahui RM500 juta (komisyen/rasuah) hasil jual beli peralatan pertahanan sudah di perolehi Razak Baginda (orang rapat Najib), dan kedatangan beliau untuk menuntut 'bahagian' seperti yang dijanjikan ? Mengapa rekod imegresen Altantuya hilang ?

Maka dengan ini bersempena dengan Ulangtahun Kelahiran Altantuya kami kumpulan anak muda (Solidariti Anak Muda Malaysia) dengan ini mendesak Perdana Menteri Malaysia

- menyaman dan minta 19 media dunia mohon maaf kerana menyiarkan artikel Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya jika ia fitnah bukan sekadar menggunakan kuasa mengugut dan mengancam dalam negara. Untuk makluman Polis telah di gunakan untuk merampas topeng Altantuya, mengugut tempat percetakan supaya jangan bekerjasama mencetak bahan melibatkan Altantuya dan mempergunakan akta polis menghalang nama Altantuya disebut dalam majlis dibawah permit polis.

- menjelaskan mengenai kewujudan tersebarnya salinan beberapa pesanan ringkas antara nombor yang dikatakan digunakan oleh Najib dengan satu nombor yang dikatakan dimiliki oleh seorang peguam berbincang mengenai kes Altantuya. Salinan berbalas pesanan ringkas ini jika benar dihantar oleh Najib menunjukkan 'sesuatu' cuba diselindungkan dalam kes Altantuya ini. Maka penjelasan yang jelas perlu dibuat.

- mempersembahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong untuk mewujudkan sebuah suruhanjaya siasatan Di Raja mengenai kes Altantuya ini. Banyak kes sebelum ini gagal dicari kebenaran hanya dengan siasatan polis dan pendakwaan biasa. Contohnya dalam siasatan polis gagal mendapati siapa yang memukul Anwar Ibrahim dalam tahanan sebaliknya bila ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja maka Ketua Polis Negara dikenal pasti melakukannya.

Kes Altantuya ini bukan sahaja melibatkan imej individu sebaliknya imej negara, kerana yang dituduh terlibat ialah orang nombor satu negara. Desakan di atas harus ditunaikan dengan segera untuk memulihkan semula imej dan mencari kebenaran.

Solidariti Anak Muda Malaysia merupakan ikatan anak muda dari perbagai latar belakang yang ingin melihat Malaysia berdaya saing dihormati dipentas dunia dan rakyatnya sejahtera dijamin keadilan dan keharmonian.

Dikesempatan ini juga kami ingin mengucapkan Selamat Hari ulangtahun kelahiran Altantuya dan takziah kepada anggota keluarganya. Sambutan hari ini telah kami maklumkan kepada anggota keluarganya lebih awal dan bapanya meminta kami menyampaikan salam buat semua yang terlibat dan media yang hadir.

Che'GuBard

Penyelaras, Solidariti Anak Muda Malaysia

Nota : Kenyataan ini dibacakan di depan pejabat Jabatan Perdana Menteri Malaysia sebelum upacara potong Kek Ulangtahun Altantuya, dan selepas itu Kek Ulangtahun Altantuya dan salinan Kenyataan akan diserahkan kepada kakitangan JPM untuk disampaikan kepada Perdana Menteri Malaysia untuk tindakan beliau.


semalam minyak dunia TURUN, hari ni TURUN LAGI!

petang khamis, 6.00PM (waktu malaysia)

pagi jumaat, 8.00AM (waktu Malaysia)

TURUN!  TURUN!
TURUN NAJIB !!!