May 9, 2011

tutorial : how to centre your widget, adsense ads and almost everything!

yang sebetulnya gua tengah boring. mengadap fesbuk dari tadi semua up status pasal gula. awal awal tu layan juga, lama lama jadi boring. jadi gua nak share la tutorial tak seberapa ni untuk yang belum tahu (walaupun dah ramai yang tahu).

tajuk tutorialnya ialah, cara menge'tengah'kan benda benda yang takde auto centre. berikut adalah contoh contoh widget yang gua ke'tengah'kan secara manual (dalam bulatan)


caranya mudah saja. cuma klik pada edit widget, dan tambah kod <div align="center"> dan </div> pada penutup kod widget yang nak di-centre-kan tu. mudah bukan? lihat contoh cara letak kod dibawah.


widget yang dah auto berada di tengah tengah seperti ads nuffnang tak perlu buat apa apa. tapi ada juga kod yang tak boleh centre sebab dah terover makan ruang sidebar. yang tu kena adjust page width. caranya pergi dekat design > template designer > adjust width dan ejas la saiz sidebar tu bagi ngam ngam dengan widget yang dah terkeluar dari sidebar tu. ok, happy blogging!

notasemut : jangan lupa baca bismillah

CONFIRM : GULA NAIK HARGA LAGI!

KUALA LUMPUR: Harga gula (kasar dan halus) akan naik sebanyak 20 sen menjadikan harganya RM2.30 per kg bermula pada hari Selasa.

Rasionalisasi subsidi akan menjimatkan kerajaan sebanyak RM116.6 juta, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom pada hari Isnin.

Kenaikan harga gula terakhir adalah Jan (20 sen), Julai (25 sen) dan Disember (20 sen) tahun lalu.

Sumber : The Star

Sumber : Malaysiakini (gua betulkan sikit)


tutorial for blogger : linkwithin or nrelate?

rasanya semua orang tau apa itu linkwithin. ala, benda petak petak kecik (thumbnail) dekat bawah entri yang link pada post post yang lama. gua pun pernah pakai linkwithin ni. cuma bila gua dah padam sesetengah post, linkwithin still rujuk pada post tersebut. dan bila orang klik, dia akan dibawa ke entri yang sudah tak wujud. padan muka semua.


gua jadi tak puas hati. bila gua tak puas hati, gua mengadu pada google. dan macam biasa, google tak pernah mengecewakan gua. rupa rupanya ada pilihan lain untuk pakai sejenis widget yang seakan linkwithin, tapi dinamakan nrelate. benda ni mungkin dah lama ada, tapi gua yang tak tahu. bila ada masalah dengan widget lama, barulah gua tau kewujudan widget baru ni. berikut adalah contoh nrelate.


amacam? nampak lagi stail bukan? jadi tanpa membuang masa gua terus install nrelate pada blog semut ni. hasilnya? tengok di bawah post ni. kalau takde tu maknanya nrelate buat hal! cuma proses installnya agak rumit dan tak semudah linkwithin. tapi hasilnya macam ginih! kelebihannya yang gua suka ialah kita boleh set size thumbnail dan boleh letak berapa banyak link yang kita suka. tapi kalau banyak sangat linknya jadi tak senonoh pulak ye dak? entahlah. terpulang pada taste masing masing

notasemut : tutorial gua ni tak macam tutorial sebenarnya. sebabnya gua malas nak tunjuk proses dari a-z. gua banyak kerja. yang penting gua dah bagi jalan, yang lain pandai pandai la explore sendiri. cubalah!