May 11, 2011

teksi baru untuk new york, teksi buruk untuk kuala lumpur

Nissan Motor Japan telah memenangi kontrak untuk menyediakan teksi kuning generasi baru New York.

Perjanjian itu, yang dianggarkan bernilai $ 1 bilion diumumkan oleh Mayor Michael Bloomberg.

Rekaan asal adalah dari model minivan Nissan NV200.

Van tersebut, yang menewaskan pengeluar kereta Ford Motor US dan Karsan Otomotiv Turki mendapat kontrak 10 tahun, secara berperingkat mulai tahun 2013.

Michael Bloomberg mengatakan bentuk kotak NV200 Nissan sesuai bagi pergerakan sekitar kota, dan cat kuning akan memberikan sentuhan ikon New York.

Kenderaan ini mempunyai tingkap bumbung untuk menawarkan pemandangan pencakar langit di bandar, dan pelbagai kelengkapan lain.

"Untuk pertama kalinya, kita akan mempunyai teksi yang bukan 'dari rak', tetapi disesuaikan dengan keperluan setiap pemilik, pemandu dan penumpang dari bandar kami," kata David Yassky (Taxi and Limousine Commissioner).

"Orang-orang akan jatuh cinta dengan teksi ini sebaik sahaja mereka masuk ke dalamnya. Ia akan mewakili New York City dengan baik."

Kenderaan ini juga akan dilengkapi navigasi satelit, sehingga penumpang yang meninggalkan koridor utama Manhattan tidak perlu risau dengan pemandu yang tidak tahu jalan sekitar.

Nissan adalah yang paling jimat bahan bakar dan yang paling murah dari tiga finalis, iaitu sekitar $ 29,000 bagi setiap kenderaan.

Sebahagian besar teksi yang digunakan sekarang, Ford Crown Victoria, sebuah kereta yang hanya melakukan sekitar 12 batu pada setiap galon, berbanding dengan 25 batu pada setiap galon untuk NV200 Nissan.

13,000 teksi New York berwarna kuning mengangkut sekitar 600,000 penumpang sehari, dan hanya kenderaan ini dibenarkan untuk mengambil penumpang dari tepi jalan.

NV200, yang akan dibina di kilang Nissan di Mexico, adalah yang pertama yang direka khusus untuk digunakan sebagai teksi New York City.

Sumber : BBC

* * * * * * *

buruk bodoh jijik hina penipu. sebijik macam umno

KAH KAH KAH! KAH KAH KAH!

tahukah anda page HOT FM kena hack?

hampir 800,000 peminat page HOT FM kini terpaksa melayan kerenah Jack dan kawan kawan.

antara status update oleh geng lanun. keh keh keh
masa mula mula di hack. kah kah kah steady!


sebenarnya semalam lagi gua dah perasan benda ni, tapi memandangkan masa tu banyak isu lain yang perlu diketengahkan, jadi gua tangguh niat nak kongsi cerita hot fm kena hack. mujur petang ni ada masa terluang sikit, dapatla gua kongsi snapshot yang gua ambil dari wall hot fm seperti di atas. 

dan setakat ni gua perhatikan gelagat jack and co. yang hack page hot fm ni agak bertanggungjawab juga la. takde la dia pakai bahasa kesat ke, berkelakuan tak senonoh ke, berlagak sombong ke, lanun lanun ni siap buat poll lagi untuk fan hot fm sama ada nak pulangkan balik page pada owner ataupun tidak. kah kah kah!

notasemut : adakah ini cabang baru lawak 'hangit' hot fm? hehehe sumpah gua tak tau.

TRAGEDI BUNUH DIRI DI BURJ KHALIFA DUBAI

gambar : the sun

DUBAI, United Arab Emirates - Seorang lelaki dipercayai dari asia membunuh diri dengan terjun dari bangunan pencakar langit tertinggi di dunia di Dubai, menurut laporan media tempatan pada Selasa.

Laporan daripada pegawai keselamatan menyatakan bahawa lelaki itu jatuh dari tingkat 147 dan mendarat di atas dek di tingkat 108. Ini adalah kes bunuh diri pertama melibatkan menara mercu tanda tersebut, yang dibuka pada Januari 2010.

Laporan di laman Berita Teluk menyatakan lelaki itu mengambil keputusan untuk membunuh diri selepas pertikaian dengan syarikatnya.

Sumber : Huffpost

ENTRI MARAH SEMPENA HARI JADI KE-29


hari ni hari jadi gua yang ke 29. biasanya memang gua tak celebrate benda benda hari jadi ni, tapi disebabkan kecemerlangan brader di atas, gua ada senyum sikit la sempena hari jadi tahun ni. thank you mr ryan giggs! congrats manchester united!

tahun 2009 merupakan antara hari jadi yang paling gua celebrate. mana taknya, mahkamah tinggi isytiharkan nizar mb perak yang sah! tapi malang, esoknya, diulangi esoknya, hakim mahkamah rayuan yang dilantik vk linggam menolak dan seterusnya merampas kerajaan pakatan perak secara haram jadah! bangsat!

dan bermula dari episod rampasan kuasa tu, gua jadi rebel. tua muda lelaki perempuan sepupu sedara pekida perkasa semua gua maki takde kesian. lantak la apa orang nak kata. peduli apa gua. kalau nak fight kita lawan dengan fakta! bukan atas nama ketuanan melayu bacul! tahu?

satu lagi, walaupun hari jadi tahun ni gua ada senyum sikit, tapi tak bermakna gua dah cool. gua tetap gua, lawan tetap lawan!

sumber : bernama 11 mei 2009

sumber : bernama 6 mei 2011