May 15, 2011

PROTES PEMBALAKAN HARAM TEBEDU, JENTERA BERAT DIBAKAR! [gambar]








Sarawak Report telah menerima foto-foto eksklusif yang menunjukkan tindakan keras dan kemarahan yang mendalam oleh masyarakat sekitar Tebedu, Serian, yang biasanya hidup tenang dan patuh kepada undang-undang.

Kejadian berlaku pada dua minggu yang lalu, sebagai serangan terhadap Taib kerana menebang kawasan hutan dara berharga di kawasan tersebut.

Ketua kampung diancam dan terdapat serangan belum pernah terjadi sebelumnya pada mesin dan pengangkutan lori milik syarikat balak. Pekerja syarikat yang kebanyakannya terdiri daripada pekerja asing, telah melarikan diri terlebih dahulu.

Dilaporkan bahawa kejadian ini sangat jarang berlaku kerana masyarakat Bidayuh adalah miskin dan biasanya pemalu. Antara yang rosak akibat dibakar ialah 4 lori, mesin berat dan 5 bangunan untuk perumahan bagi pekerja asing.

Sebuah jambatan yang digunakan untuk pengangkutan kayu balak juga telah dirosakkan. Gambar gambar di atas mendedahkan kerosakan yang dilakukan. Terdapat lebih kurang 500 orang penduduk dari 10 komuniti rumah panjang yang menerima kesan daripada aktiviti pembalakan tersebut.

Wakil penduduk memberitahu Sarawak Report bahawa tindakan mereka lahir dari rasa marah mendalam dan pengkhianatan oleh komuniti bersatu terhadap apa yang mereka sah anggap sebagai pembalakan haram di tanah air dan wilayah mereka.
"Kami telah mencuba setiap kaedah lain untuk menghentikan mereka, tetapi tiada seorang pun yang ambil peduli.." kata wakil penduduk, yang sebelum ini telah membuat 2 laporan polis beberapa bulan lepas supaya menghentikan pencerobohan syarikat balak terhadap tanah mereka.

Baca seterusnya di Sarawak Report : TROUBLE FOR TAIB IN TEBEDU